CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3090|Reply: 15

[Tempatan] 2 kemalangan maut berasingan di hempap kayu balak.

[Copy link]
Post time 23-3-2017 04:58 PM | Show all posts |Read mode


Pemandu lori maut dihempap 3 batang balak

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x690.

Mayat Saad di bawah balak lebih dua pemeluk sebelum dialihkan.

Sungai Petani: Pemandu lori balak berusia 50 tahun maut dihempap tiga balak ketika menurunkan kayu berkenaan di sebuah kilang papan di Pekan Lama, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku jam 5.30 petang ketika mangsa, Saad Darus dan rakannya, Mohd Rifahmi Mohd Isa, 27, sedang membuka ikatan rantai dan penahan besi pada kayu balak terbabit yang berada di atas lori.

Namun ketika mangsa mahu beredar untuk menyimpan besi penahan, secara tiba-tiba tiga batang balak dianggarkan seberat dua tan setiap satunya menggelungsur jatuh sebelum menimpa mangsa.

Bagaimanapun, Mohd Rifahmi terselamat dan mengalami cedera ringan di bahagian belakang pinggang, akibat kejadian itu.

Saad yang beralamat di Batu 2, Jalan Kuala Ketil, dekat sini, mati serta-merta di tempat kejadian.

Ketika ini usaha mengeluarkan mangsa sedang dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x405.




Lagi pemandu maut dihempap ketika turunkan balak

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518.

MAYAT mangsa bersebelahan lori balak dipandunya. FOTO ihsan Polis

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x540.


Hulu Terengganu: Pemandu lori maut selepas dihempap balak ketika menurunkan balak dari lori dipandunya di kilang kayu di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Azman Aziz, 56, beralamat di Lorong Warisan Puteri A15/1 Bandar Warisan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

"Kejadian berlaku ketika mangsa memunggah turun kayu balak dari lori di kilang kayu terbabit.

"Polis menerima laporan kejadian pada 9.40 pagi dan kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.


http://www.hmetro.com.my/node/215726









Quote:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
balak mana ditebang ni?
banyak btl...
sian mangsa..ajal di trmpat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:46 PM | Show all posts
takziah..

siannya mati di tempat keje
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk buat mcm mana dh tertulis ajal dihempap balak...ajal masing2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:15 PM | Show all posts
Hmmmm, baca tajuk igtkan kemalangan melibatkan kenderaan yg bergerak atas jalan dihempap kayu balak yg jatuh x semena2 ala2 citer Final Destination......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah Abg Ad @ Saad Darus

Macik kenal arwah...sedih bila dapat berita arwah kena timpa balak pada hari Rabu lepas...pukul 5 ptg sbelom kejadian..,kawan macik selisih dgn lori arwah dekat Bandar Puteri Jaya..kawan called arwah tanya kenapa kayu tinggi sangat...tak sangka itu kali terakhir nampak wajah arwah...setengah jam kemudian dapat panggilan dari Fahmi (kelindan) cakap Abg Ad kena timpa balak

Sedih...kejadian jadi bukan sebab salah bukak rantai...rantai kayu dah lama bukak..macam biasa arwah dan Fahmi akan tunggu sekejap takut2 kayu bgolek.,.lepas pastikan tiada pergerakan kayu...arwah dan Fahmi pergi bawah perot lori...nk simpan barang..,Fahmi berada dalam sikit...siapa sangka sekelip mata kayu bgolek jatuh atas arwah yg sedang membongkok..toleh2 tengok dah diam...panggil nama pn tak bersahut.,Fahmi lari cari forklift..bila angkat sedikit kayu..tengok arwah dah takde...macik menangis tau masa menaip komen ni..,.huhuuuu sodehhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.kalau dah ajal kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 23-3-2017 08:22 PM
Arwah Abg Ad @ Saad Darus

Macik kenal arwah...sedih bila dapat berita arwah kena timpa balak pada ...

Terima kasih mcik atas cerita yg detail ni...

Kesiannya.....

Moga rohnya di tempatkn bersama org org beriman....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 06:05 AM | Show all posts
siannya..

pergi keje sihat walafiat..

balik keje dah arwah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 09:22 AM | Show all posts
Innalillah.. takziah untuk keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 09:26 AM | Show all posts
she replied at 23-3-2017 08:22 PM
Arwah Abg Ad @ Saad Darus

Macik kenal arwah...sedih bila dapat berita arwah kena timpa balak pada ...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
sedih baca ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 09:27 AM | Show all posts
kebetulan ke hapa, baru 3 hari lepas mak teh bermimpi dihempap kayu balak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:17 PM | Show all posts
takziah... smoga keluarga bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Sedihnya meninggal mcm ni. Apatah lg prsaan keluarga mangsa terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Sedihnya meninggal mcm ni. Apatah lg prsaan keluarga mangsa terlibat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.731659 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list