CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5101|Reply: 19

Edisi Jimat Cermat: Dah Expired Tapi Masih Boleh Makan

[Copy link]
Post time 23-3-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by JeepersCreepers at 23-3-2017 05:54 PM

6 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Telah 'Expired'

Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Telah 'Expired'

Kebiasaannya ramai di antara kita akan mengalami masalah makanan tamat tempoh atau expired, lebih-lebih lagi golongan remaja yang masih bujang kan?

Tahukah anda bahawa tidak semua makanan yang telah luput tarikh itu perlu dibuang dan tidak boleh dimakan.

Di sini kami kongsikan makanan yang telah tamat tempoh, tetapi masih boleh dimakan dan tidak perlu membazir.



1. Keju
Jika terdapat keju yang telah luput tarikh di rumah anda dan dilihat terdapat kulat pada bahagian permukaan keju tersebut, anda hanya perlu buang bahagian yang rosak tu dan bahagian selebihnya masih lagi boleh dimakan.



2. Pasta
Pasta dikatakan boleh bertahan antara satu hingga dua tahun. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya bahan tersebut tidak mengandungi air. Pasta yang sudah dimasak juga boleh bertahan selama tiga minggu sekiranya tidak terkena air.



3. Roti
Mungkin ramai di antara kita yang tahu tentang roti yang telah tamat tempoh, namun sekiranya ia tidak berkulat dan masih kelihatan elok dan tidak berbau masam, ianya selamat untuk dimakan.



4. Yogurt
Yogurt yang telah tamat tempoh tetapi masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk, masih boleh dimakan selepas satu hingga dua minggu dari tarikh luput yang tertera pada yogurt tersebut.



5. Coklat
Pasti ramai penggemar manisan ini pernah mengalami masalah tarikh luput pada coklat kan? Kebiasaannya akan muncul lapisan putih pada permukaan coklat. Lapisan putih yang terdapat pada coklat itu bukan kulat. Ia sebenarnya dipanggil chocolate bloom yang terhasil dari gula ataupun lemak. Ianya selamat untuk dimakan jika anda disimpan di dalam suhu sejuk beku.



6. Bijirin
Kalau anda simpan cereal atau bijirin di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, ianya masih boleh dimakan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput yang dinyatakan.

Sumber : Sajakongsi.com
Olahan : Izzat Ridzwan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
oh gitu... byk dah membuang roti gardenia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:13 PM | Show all posts
roti tue slagi xbrkulat mmg mkn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cleopatralady replied at 23-3-2017 06:46 PM
oh gitu... byk dah membuang roti gardenia

Sama la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Roti, yogurt tu i tak berani nak makan bila dah lepas tarikh luput. Kang tumbuh kulat kat badan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:21 PM | Show all posts
Mmg dulu masa u selalu makan roti expired. Beli sebungkus dua, tapi nak perabis semua  tu perlu seminggu ke dua minggu bila takde sape berminat nak makan. Tapi kalau kacang, tak payah pelawa, dua bungkus letak kejap je hilang semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2017 09:19 AM | Show all posts
ok noted.. good info..
tq tt..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:48 AM | Show all posts
roti tu pun i tau yg masih boleh makan even dah expired selagi x berkulat masa i keje nurse aid. tp yogurt, i x yakin pulak. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 24-3-2017 10:48 AM
roti tu pun i tau yg masih boleh makan even dah expired selagi x berkulat masa i keje nurse aid. tp  ...

Tula..klu yogurt tu mcm was2 sikit sbb dah sedia masam2 sikit kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 24-3-2017 09:19 AM
ok noted.. good info..
tq tt..

Most welcome     
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:54 AM | Show all posts
JeepersCreepers replied at 24-3-2017 10:50 AM
Tula..klu yogurt tu mcm was2 sikit sbb dah sedia masam2 sikit kan

tulaaa. i ada byk jugak yogurt sbb konon2 simpan nak buat stok. last2 x makan. haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu roti iols belasah je makan selagi kulat tak naik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kalo shopping barang dapur selalu la beli roti, yougurt buat stok gitu.. Last2 sibuk kerja smpai terlupa pernah beli roti, yogurt etc..
Tau2 dh expired.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:52 PM | Show all posts
betul la.. selalu jugak makan roti expired selagi tak berkulat.. selalu je beli yg 50% off tu.. esok dah expired.... tapi elok je lagi makan je la....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yogurt yg belom buka dah expired 2 bulan I mkn..dpt 2x gak mkn..pastu baru perasan. Sudahnye buat masker muka je la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2017 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 27-3-2017 06:59 PM
Yogurt yg belom buka dah expired 2 bulan I mkn..dpt 2x gak mkn..pastu baru perasan. Sudahnye buat ma ...

Seronok nak beli yogurt kan sbb semua nmpk sedap. Pastu tak termakan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 11:13 PM | Show all posts
selagi roti tak berkulat iollss makan walaupon dah expired
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols slalu beli barang kat giant yg esok lusa nk expired, terutamanya roti..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sheqim replied at 29-3-2017 11:26 PM
Iols slalu beli barang kat giant yg esok lusa nk expired, terutamanya roti..hehehe

Zaman meleset ni kena pepandai  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:59 PM | Show all posts
aq selalu beli roti massimo yg besar...
pas mkan ikat mati lupa tngk  Expired date
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079022 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list