CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 11

[Tempatan] Awie Tampak Kacak Bila Melakukan Aerobik!

[Copy link]
Post time 23-3-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG - Senamam aerobik atau senamrobik merupakan sukan yang memberi banyak kebaikan serta menyeronokkan kerana diikuti rentak muzik secara berkumpulan.

Antara manfaat aerobik untuk kesihatan adalah seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan dan memberi kecerdasan minda bagi mengurangkan tekanan.


Mula berjinak dengan sukan ini sejak lima tahun lalu, Mohd Zawawi Yusoff, 44, turut membawa jiwanya ke Gua Musang setelah berkhidmat di daerah ini dua tahun lalu.

Katanya yang juga anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua Musang, dia mula meminati sukan ini setelah mengikuti kursus kecergasan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Sejak dari itu, saya terus mengikuti persatuan kecergasan di Negeri Sembilan di mana ketika itu saya bertugas di kawasan tersebut.

"Pada 2015, saya bertugas di Gua Musang dan saya lihat, masyarakat di sini tidak didedahkan dengan aktiviti kecergasan terutamanya ketika hujung minggu.

"Jadi, saya terdetik untuk membawa masyarakat di sini untuk turut sama bersenam dengan saya di mana ia merupakan aktiviti kecergasan yang mudah dan tidak memerlukan tempoh yang lama," katanya yang berkhidmat 17 tahun bersama JBPM.

Mahu lebih lagi sertai aerobik

Bagaimanapun, Zawawi atau lebih mesra disapa Awie ini mengakui, bukan mudah untuk mengajak masyarakat Gua Musang untuk turut serta bersenam bersama.

Katanya, dia hanya menggunakan medium laman sosial sebagai hebahan dan pada mulanya hanya 10 orang sahaja yang berminat untuk menyertai aerobik.

"Pun begitu, hampir dua tahun di sini, saya mengumpulkan lebih 20 peserta. Ia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan namun kalau boleh, saya mahu ramai lagi yang turut serta.

"Saya mahu masyarakat di sini peka dengan aspek kesihatan memandangkan aktiviti ini lebih terbuka dan boleh disertai seisi keluarga. Buat masa ini, majoriti peserta adalah di kalangan suri rumah.

"Aktiviti ini hanya dijalankan seminggu sekali sahaja iaitu di hari Jumaat selama satu jam. Peserta pula boleh membawa anak-anak dan keluarga bersama," katanya yang memiliki kelulusan sijil aerobik kelas 1 dari KBS dan dari Majlis Sukan Negara (MSN).

Soal bayaran pula, Awie memberitahu, dia tidak mengutamakan soal itu dan hanya meletakkan bayaran RM2 untuk satu keluarga.

"Saya buat aktiviti ini bukan untuk duit. Namun lebih kepada membantu masyarakat untuk melakukan aerobik dengan langkah dan cara yang betul.

"Lagipun, tak seronok pula kalau saya aerobik seorang diri. Bila saya uar-uarkan kepada umum, sekurang-kurangnya saya bersenam bersama mereka.

"Selain mengadakan latihan aerobik setiap pagi Jumaat di Taman Tasik Gua Musang, saya juga turut memenuhi undangan menguruskan senaman ini di beberapa kawasan termasuk bersama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan masyarakat di kawasan lain menerusi undangan," katanya lagi.SH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam bomba penuh kejantanan kompom bukan top....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
syiok apa
dolu slalu aku n bapak.aku aerobik kat tasik permaisuri...
pastu bapak aku sambung joging..aku join.taichi ahso plak..haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
igt awie retis td... rupanye awie dak zumba...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 11:36 PM | Show all posts
awei bombe rupenye..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Peningkatan yg memberangsangkn apa ke bendanya wartawan oiii.....2thn betambah 10org....choiii sgt....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2017 01:14 PM | Show all posts
ingatkan awie penyanyi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ghey top ke bottom..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 26-3-2017 05:22 AM
TT ghey top ke bottom..

Gay tepi ada tak  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:59 PM | Show all posts

hihihi..

gay tepi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 26-3-2017 05:59 AM
hihihi..

gay tepi

Boleh gitewww main cucuk dari tepi  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 02:12 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 26-3-2017 02:01 PM
Boleh gitewww main cucuk dari tepi

hahaha..

xtercapai dek akal,
mcm2 ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.461910 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list