CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4159|Reply: 64

[Tempatan] Bekas Polis Anti Maksiat Dipenjara 40 tahun Kerana Liwat Budak Rumaja!

[Copy link]
Post time 23-3-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 24-3-2017 02:26 AM

Bekas Ketua Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dikenakan hukuman penjara 40 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima tahun lepas, dalam apa yang disifatkan sebagai "jenayah kerana menurut hawa nafsu".

Deputi Superintenden Rohaizat Abd Ani, 58, gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan hari ini bagi mengetepikan sabitan kesalahannya merogol dan meliwat oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, hukuman penjaranya dikurangkan separuh daripada 80 tahun kepada 40 tahun selepas panel tiga hakim mahkamah itu memerintahnya menjalani hukuman penjara bagi tiga tuduhan merogol berjalan serentak.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakilinya, berkata dengan mengambil kira potongan satu pertiga daripada hukuman penjara kerana berkelakuan baik, Rohaizat akan menjalani hukuman penjara selama 27 tahun sehingga dia berusia 85 tahun.

Rohaizat, yang memakai jaket hitam, kelihatan tenang ketika keputusan itu diumumkan mahkamah. Seorang jurubahasa mahkamah kelihatan menyampaikan keputusan itu kepadanya sebelum dia dibawa ke lokap bangunan mahkamah kemudiannya.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Datuk Kamardin Hashim mengeluarkan waran hukuman terhadap Rohaizat untuk menempatkannya di penjara memandangkan sebelum itu, dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan hari ini.

Rohaizat disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen bagi empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan meliwat remaja berkenaan, yang didakwa dilakukannya di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu antara 1 Februari 2012 dan 6 Mei 2012. Selepas gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi, Rohaizat mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 20 tahun terhadapnya bagi setiap kesalahan dan tiga kali sebatan rotan, masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua kerana merogol dan meliwat mangsa bawah umur itu, dengan hukuman penjara diperintah berjalan serentak, dan hukuman penjara 20 tahun serta tiga kali sebatan bagi setiap tiga kesalahan merogol, yang dilaksanakan secara berturut-turut.

Mohd Zawawi menolak rayuan Rohaizat berhubung sabitan kesalahannya, tetapi membenarkan rayuannya agar hukuman penjara dikurangkan dan memerintahnya menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi tiga pertuduhan merogol secara serentak, bukan secara berturut-turut.

Rohaizat diperintah mula menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi tiga kesalahan merogol setelah selesai menjalani hukuman penjara bagi dua kesalahan pertama.

Mohd Zawawi berkata terdapat cukup keterangan bagi menyokong sabitan kesalahan Rohaizat.

Pada satu peringkat semasa prosiding, Mohd Zawawi menyifatkan kes itu sebagai "jenayah kerana menurut hawa nafsu" apabila timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah memberitahu mahkamah bahawa Rohaizat adalah bekas pegawai penguat kuasa undang-undang.

Hamdan berkata mangsa adalah saksi yang boleh dipercayai dan tiada sebab baginya untuk membabitkan Rohaizat, serta menambah bahawa mangsa menangguhkan membuat laporan polis kerana takut mereka tidak mempercayai ceritanya.

Terdahulu, Geethan Ram, dalam hujahnya berkata, remaja itu membabitkan Rohaizat kerana marah kepada emaknya, yang menerima sokongan kewangan daripada Rohaizat.

Katanya, terdapat percanggahan dalam keterangan remaja berkenaan, yang disifatkannya sebagai "orang bijak", yang mendakwa dia dipaksa emaknya supaya melakukan hubungan seks bagi menyelesaikan hutang emaknya, tetapi emaknya memberi keterangan berbeza.

Ketika membela diri di Mahkamah Sesyen, Rohaizat menafikan dia merogol atau meliwat mangsa, tetapi mengaku melakukan hubungan seks dengan dua wanita, termasuk emak remaja berkenaan.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ketua jenis ketam ni... pedo
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk lg kes polis buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak sedara aka mak hayam yang jual budak tu apa cer? Takkan bebas begitu sahaja meneruskan aktiviti persundalan? Juga individu2 berprofile tinggi yang turut melanggan budak tu gimana? Or laporan ini fokus pada abam polis saja?

Akak doakan yang lain2 itu pun turut menerima hukuman berat seperti heol kerana tanpa hati perut tega merosakkan hidup seorang budak perempuan berumur 13 tahun demi tuntutan hawa nafsu walau sah2 masa sekolah dulu masing2 ada ambik subjek Pendidikan Islam kan dek?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua nk mamposs pun perangai mcm keldai....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bertongkat baharulah boleh keluar penjara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2017 12:26 AM | Show all posts
selayak nya lah.
birah nya heshe, muka bukan main lagi syumul janggut panjang lagi namun paedo pervert
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 24-3-2017 12:26 AM
selayak nya lah.
birah nya heshe, muka bukan main lagi syumul janggut panjang lagi namun paedo perv ...

Ada gambar ke?

Tak nmpak punnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 24-3-2017 12:20 AM
Dah bertongkat baharulah boleh keluar penjara...

Blh sampai ke dia umur  85 thun?

Dok dlm penjara....tak de supplement, mkn makanan penjara, mkn dlm gayong bekas kencing berak ....   

Padan muka....kat luar dah merasa hidup mewah....nk ngeseks pun bebila blh dpt...kat dlm tu selamat lah diliwat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sial dowh ini polis
bangang
trauma gila budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak nampak gambar.. Musykil caner senah leh nampak ngan janggut skali...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:57 AM | Show all posts
malu la cucu cicit atuk neh esok2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 05:32 AM | Show all posts
50an dah dok ikut hawa nafsu lagi..

bertugas cawangan antimaksiat,dia pulak bermaksiat, kejinya tibai mak dengan anak sekali,
rasanya binatang pun kenal anak dengan mak..

selain daripad 2 orang ni mesti ramai lagi dia bantai..dro ke pelacur ke, senang dapat sbb bertugas bahagian tu..

cash atas dunia lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 24-3-2017 06:04 AM

Ini rohaizat abd ani 58 orang negeri mana ?   
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 24-3-2017 12:52 AM
Aku pun tak nampak gambar.. Musykil caner senah leh nampak ngan janggut skali...

Senah googled kot.

www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/24/cop-jailed-100-years-for-rape-of-13yearold-former-sabah-police-antivice-chief-will-also-be-given-15/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 24-3-2017 06:06 AM

Super Saitan Bejanggut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 06:23 AM | Show all posts
byk syaitan bergayut kat janggut?  
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 24-3-2017 05:58 AM
Senah googled kot.

www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/24/cop-jailed-100-years-for-rape-of ...

Oooh gigihnya senah.. Tapi muka dia  cam seseorang.. Tak ingat samada retis atau pemimpin umngok...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 07:49 AM | Show all posts
majoriti anak2 polis tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 07:54 AM | Show all posts
chazey replied at 24-3-2017 05:58 AM
Senah googled kot.

www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/24/cop-jailed-100-years-for-rape-of ...

uish. berjanggut? gulp.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.458975 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list