CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6821|Reply: 35

"Bodoh Tu Simpan Sikit" - Pemandu Tapau Berbakul 'Bodoh' Lepas Parkir

[Copy link]
Post time 24-3-2017 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu hari ini dilihat semakin mementingkan diri sendiri. Jika bukan tunjuk 'samseng' dan penting diri di atas jalan raya, pasti ada saja perkara menyakitkan hati dilakukan seperti memarkir kenderaan secara semberono.


Laman sosial Facebook Info Terkini baru-baru ini memuat naik beberapa buah gambar memaparkan sebuah kereta Axia berwarna kuning yang disifatkan 'bebal' kerana memarkir kenderaan di simpang jalan di sebuah premis dipercayai sebuah kolej tempatan, sekali gus menyukarkan pemandu lain menggunakan jalan terbabit.









Tak tahan dengan sikap penting diri tuan kereta berkenaan, beberapa keping notis diselitkan pada pengelap cermin depan kereta.


"Bodoh tu simpan sikit.

"Awak bodoh ke parking sini? Kesian awak," kandungan notis berkenaan.








Perkongsian itu turut mengundang kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap penting diri tuan kereta terbabit.


"Berbakul-bakul 'bodoh' kau tapau ya! Hahahahaha!" komen netizen.





Foto: FB Info Terkini




Dunia semakin moden, teknologi semakin membangun, tetapi mengapa masih ada manusia yang semakin mundur pemikirannya? Ada orang kata cara pemanduan seseorang sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian dan perangainya, betulkah? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Calarkan atau patahkan side mirror. Pemaju sediakan parking bertingkat awal2. kenakan charge siket untuk maintenance macam singapore. Baru kemas siket. Ni tengok flat pprt siap ada kereta terbako di tempat parking.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:37 AM | Show all posts
MissVixen replied at 24-3-2017 10:31 AM
Calarkan atau patahkan side mirror.  Pemaju sediakan parking bertingkat awal2.  kenakan charg ...
premis dipercayai sebuah kolej tempatan
dkt kolej residen tu..bkn salah pemaju
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:41 AM | Show all posts
tengok pic banyak lagi parking kosong..
tapi klu masa nak park takde sangat parking kosong, park la ke tepi betul..
naik sikit atas devider rumput tu..
takde la meyusahkan orang nak turn..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:46 AM | Show all posts
amik lesen kopi-o ni dedulu. or aslkan boleh jeee
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:56 AM | Show all posts
Teringat zaman uni dulu, ada sorang student park kereta sheols by blocking kereta2 lain and theyols tak boleh keluar.

Takde notes2 ni semua. Terus kena calar kereta sheols dari depan sampai ke belakang, tong sampah diterbalikkan atas kereta sheols. Nak sangat park dekat dengan class sampai block kereta2 lain, rasakan la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 24-3-2017 10:37 AM
dkt kolej residen tu..bkn salah pemaju

Kolej residen dan apa2 tempat yang ketumpatan penduduk tinggi kenapa tak terus je buat parking bertingkat. Kedepan mesti bertambah jumlah kenderaan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:14 AM | Show all posts
MissVixen replied at 24-3-2017 11:12 AM
Kolej residen dan apa2 tempat yang ketumpatan penduduk tinggi kenapa tak terus je buat parking ber ...

mana2 uni tak focused developing parking utk student dia...even ukm sndri da ade shuttle bus to every residential college/fac....apa lagi alasan utk bawak kenderaan sendiri??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 24-3-2017 11:14 AM
mana2 uni tak focused developing parking utk student dia...even ukm sndri da ade shuttle bus to ev ...

Buat shuttle pon ramai bawa kenderaan sendiri. Lepastu berebut dengan staffs dan parking tepi jalan suka hati. Sediakan je parking pon bole. Charge siket students ni. Uni dapat duit siket.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:27 AM | Show all posts
yang parking sukati nie sbb keta tu pun bukan diorang...

so kalau kena langgar ker, kena calar pun tak kisah sbb bukan diorang yang bayar...

kalau sendiri punya kereta baru lah parking cantik2, jaga betul2 sbb merasa kluarkan duit bulan2 bayar keta
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:39 AM | Show all posts
MissVixen replied at 24-3-2017 11:17 AM
Buat shuttle pon ramai bawa kenderaan sendiri. Lepastu berebut dengan staffs dan parking tepi jala ...

masa ai jadi staff UKM dulu depa mmg xnk wujudkan parking utk student sbb kata VC bila dia charge student akan membebankan student...sbb cost depa dduk RC pun dah mahal...plus public transport dlm ukm tu 80~90% reliable...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 24-3-2017 11:39 AM
masa ai jadi staff UKM dulu depa mmg xnk wujudkan parking utk student sbb kata VC bila dia charge  ...

Betul juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:45 AM | Show all posts
tapi memang ada spesis bangang abadi yang parking macam ni walaupun tempat parking tu banyak je yg kosong. jenis suka kena keji kot. kat rumah iols pun ada 1 family spesis ni. banyak lg parking kosong, including yg dekat dgn lif ...tapi masih nak parking besepah2 ikut suka.
mmg tak le nak bermanis muka or tegur2 dgn derang. naik sama lif pun tak hingin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:51 AM | Show all posts
budak tu igt situ lot parking kot..

sbb aku penah ada colig mcm tu jugak. ari2 parked kat simpang.
bila aku tnya knpa parking situ?

dia jawab, "kan akak parking dlm kotak parking. takkan salah kot?"

adoiiii... tu bukan kotak kakkkk... tu line suh kita stop bila nak kuar simpang

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 24-3-2017 11:51 AM
budak tu igt situ lot parking kot..

sbb aku penah ada colig mcm tu jugak. ari2 parked kat simpan ...

Haru sungguh laa      
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Keta me lepas someone nih pinjam bleh pulak ade satu calar panjang..me saspek parking kt tmpat yg x sepatutnya la tuh . Me sebolehnya park proper or kalau tpaksa sgt cuba sedaya upaya x menyusahkan org. Kalo double park stiap minit intai. Tu pun smpat kena clamp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 12:20 PM | Show all posts
Selalu sgt kes cmni. lagi2 kat area lrt stesen or flat area. Yg nak pegi keje naik lrt, park kete kat tepi jalan. Padahal jalan yg 2 lane n besar tu utk lancarkarkan trafik. tp diorang ni gi bantai parking sbb nak mudah n sbb ramai buat. Dah menyusahkan org je tak memasal jammed.

Yg area rumah, pun sama hal. elok2 dua lane, jadi satu lane. bila kereta selisih, kena himpit tepi nak kasi lepas salah satu. nasib tak baik, calar kete. Area rumah i duduk pun mcm ni la. Apartment bg parking 1 utk 1 rumah, kalau nak parking lg boleh sewa. Tp jenis yg taknak keluar duit sewa parking, diorang ni laa yg parking kt tepi jalan tu sampai jalan sempit.

Org malaysia ni kaya sgt. 1 rumah tah berapa kete. tak masuk lg kalau uma sewa yg share ramai2. mau2 1 rumah tu ada 3 4 biji kete.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:33 PM | Show all posts
makton replied at 24-3-2017 11:51 AM
budak tu igt situ lot parking kot..

sbb aku penah ada colig mcm tu jugak. ari2 parked kat simpan ...

ini kelakar.. amik lesen terbang ke apa kakak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 12:39 PM | Show all posts
Bila drive kan sis, memang kena cermat. Tau2 ja, kereta kamu dah diviralkan.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kat tempat tinggal pun patutnya management shudve restrict brp bijik keta allowed per household. Bila ada jenis camni, blh clamp je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.338663 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list