Video: Pembantu Rumah Dirasuk ‘Nenek Bongkok’
Published on Mar 24, 2017
SEBUAH video menjadi tular di media sosial hari ini apabila memaparkan ‘gelagat’ seorang wanita yang dipercayai dirasuk hantu.
Menerusi perkongsian We are Malaysians di laman Facebook, jelas memaparkan rakaman kamera litar tertutup seorang wanita yang berkelakuan aneh seperti dirasuk.
Kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu kira-kira jam 4 petang itu melibatkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia.
Kapsyen video itu menjelaskan kejadian berlaku ketika mangsa bekerja sementara ibu dan anak-anaknya berada di dalam rumah tersebut.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di Singapura itu bermula apabila wanita itu keluar secara tiba-tiba dari tandas dalam keadaan rambutnya yang basah.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat dia seolah-seolah sedang bercakap dengan seseorang dan tangannya diletakkan di belakang serta dalam keadaan badan bongkok seperti nenek tua.
Wanita itu kemudian menunjukkan ke arah ruang tamu sebelum bergerak ke arah meja makan.
Namun, seketika kemudian rakaman video tersebut menjadi putih sebelum wanita berkenaan kelihatan duduk di atas lantai dengan keadaan kepalanya tunduk ke bawah.
Video tersebut berakhir dengan wanita itu berada dalam keadaan berbaring.
Pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap gelagat wanita berkenaan seperti dirasuk saka dan perlu dihantar pulang ke tempat asalnya.
Ada juga yang berpendapat pembantu rumah itu sengaja berkelakuan demikian kerana mahu pulang ke negaranya.
Namun, rata-rata netizen menganggap kejadian seram itu lebih kepada rasukan hantu dan perlu mendapatkan rawatan sewajarnya.
Video berkenaan ditonton lebih 20,000 kali dan menjadi tular di media sosial hari ini. – MYNEWSHUB.CC
kalau tengah berubat >> maksudnya nenek kebayan menurun nak ubat cucu
kalau di busut >> maksudnya minta no.ekor
kalau di tengah hutan belantara >> maksudnya ada manusia terpijak keturuna dia
kalau di singapore >>maksudnya indon nak ambil MC
mana ada doctor kt singapore nak bagi MC sebab kena nenek kebayan.. tongongnya..
Post time 24-3-2017 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pandai nenek kebayan cari kamera...kalau aku jd mem dia aku layankan je dia kena rasuk pastu aku sepuk2 dia dgn kasut ke selipar bebajet nk halau hantu... Kalau dpt pukul dgn topi keledar lg bagus