CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10699|Reply: 250

[Tempatan] Mufti: Persoal Tuhan, Siti Kasim menjurus ke arah murtad

[Copy link]
Post time 25-3-2017 03:42 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA: Kenyataan Siti Kasim yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan jelas menunjukkan peguam kontroversi itu jahil agama, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor.

Beliau berkata kalau betul Siti Kasim mengeluarkan kata-kata yang meragui asal usul kewujudan Tuhan, ia menjurus ke arah murtad.

“Bila dia buat kenyataan macam itu maknanya dia sebagai seorang Muslim, kita bimbang akidah dia terkeluar daripada Islam dan menjadi murtad,” katanya kepada FMT.

Wan Salim berkata beliau menyarankan Siti Kasim supaya kembali ke jalan yang benar dengan mendalami pengajian akidah terutamanya melibatkan agama Islam.

“Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” katanya.

Beliau berkata Siti Kasim mungkin terpengaruh dengan sesetengah pandangan barat yang sudah hilang kepercayaan kepada agama.

“Bagi mereka agama tidak boleh selaras dengan perkembangan sains, tapi kita dalam Islam, semakin majunya sains, makin dapat dibuktikan kebenaran Islam, termasuk dari sudut kepercayaan.

“Jadi bagi orang ateis, mereka ini ada sebab tertentu kenapa tidak percaya kepada Tuhan dan antaranya ialah kerana psikologi,” katanya.

Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Siti Kasim dalam temu bual bersama media berbahasa Cina, 3 tahun lalu yang beliau pernah berfikir tentang asal usul kewujudan Tuhan.

Susulan kenyataan itu beberapa portal mula melaporkan tentang wawancara itu pada 2014 dan menyebabkan pengguna media sosial menyerang peguam tersebut sehingga ada yang membuat ugutan bunuh.

Berikutan ugutan bunuh itu, Siti Kasim tampil membuat laporan polis pada 18 Mac apabila mendakwa media memanipulasikan kenyataan sebenar sehingga mengelirukan orang ramai.

Mengulas kewajaran segelintir pihak mengancam untuk membunuh Siti Kasim, Wan Salim berkata tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan memberi gambaran Islam sebagai agama ekstrem.

Katanya, Islam tidak mengajar umatnya membunuh walaupun pihak yang ditentang itu dikatakan murtad atau menentang Islam seperti mana dilakukan Siti Kasim.

“Saya tidak setuju, ini kerana latar belakang kita berbeza. Mungkin Siti Kasim dipengaruhi suasana rumah tangga semasa kecil dan sebagainya, sebab itu kita kena simpati kepada orang seperti ini.

“Kita kena bimbing dia ke jalan yang benar, tapi terpulang kepada dia setelah kita usaha dia tidak terima apa boleh buat, yang penting kita tidak beremosi dan tangani benda ini dengan bijaksana,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...e-arah-murtad/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 03:51 AM | Show all posts
“Bila dia buat kenyataan macam itu maknanya dia sebagai seorang Muslim, kita bimbang akidah dia terkeluar daripada Islam dan menjadi murtad,” katanya kepada FMT.
susah nak dipercayai .. sebab dari sumber tak sahih

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 03:54 AM | Show all posts
walaupun berita ni dari sumber yang tak sahih
bagus juga mufti ni

yang penting kita tidak beremosi dan tangani benda ini dengan bijaksana,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 04:48 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-3-2017 04:50 AM

kalau tengok portal berita tak bertapis tengok tajuk (ini yg sensasi dan tak patut ) sila lihat:

http://babab.net/out/mufti-pulau ... sim-ini-murtad.html

spe[atutnya jgn diputar belit kenyataan
see : kenyataan mufti yg amat amat  berhikmah diputar belitkan


i think i appreaciate simpati mufti ini.Beliau nak approach dan i think Siti Kassim patut berasa sangat bersyukur ada pihak yg bersimpati atas dasar , kita islam bersaudara, nak jaga kubur measing sure tapi ada benda kena jaga  juga saudara sendiri sesama Islam...so sebab itu islam tu lebih dari menjaga sepohon pokok...( metaphore )


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bagi orang ateis, mereka ini ada sebab tertentu kenapa tidak percaya kepada Tuhan dan antaranya ialah kerana psikologi,” katanya.
Tuan mufti tidak mahu ulas detail kah?

Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” katanya.
Mohon lobais dan lobaisnita hujah secara scientific
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-3-2017 03:51 AM
susah nak dipercayai .. sebab dari sumber tak sahih

Oh ya Fmt kan anti institusi islam, mesti putar belit beritanya    
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
so, apa rancangan chuolls ya, mufti-mufti?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti kassim low class yg nak up nama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 07:25 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-3-2017 03:54 AM
walaupun berita ni dari sumber yang tak sahih
bagus juga mufti ni

sebab tu la dia jadi mufti
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 07:26 AM | Show all posts
Siti Kassim, Bomoh Malaysia & Jamal Jamban patut buat satu parti politik..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lkick2113 at 25-3-2017 07:41 AM

Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” katanya.




Ada pulak pakar akidah,  ingat pakar aurat dgn pakar kiamat je ada @Maideen.   
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 25-3-2017 04:48 AM
kalau tengok portal berita tak bertapis tengok tajuk (ini yg sensasi dan tak patut ) sila lihat:

...

Setuju, it shows his wisdom
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
BTW, off topic jap, ada time frame ke utk stop pembangunan agama baru? sbg contoh lepas 1000 tahun lepas dah tak boleh wujud agama baru
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:22 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-3-2017 08:24 AM
dockers replied at 25-3-2017 08:17 AM
BTW, off topic jap, ada time frame ke utk stop pembangunan agama baru? sbg contoh lepas 1000 tahun l ...

oh wow ...i tatau tu tapi kalau kita cuba fikir sama sama time frame untuk rasulullah saw sabda dlm khutbah widak  ' aku telah sempurnakan agama ini ya allah...'  disaksikanlah semua makhluk   di lemabh uranah ' tu adalah kot time frame agama samawi tu disempurnakan... ..time frame yg dah wujud untuk kata agama samawi  telah disempurnakan..dan diberi sumber lagi al quran dan sunnah

dan penamat hubungan terus wahyu  - bumi ( in a way )

yang tu for sure kita tahu , tapi time frame untuk pembangunan agama baru wow .
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
susah nak bayangkan siti dan mufti duduk bersama dan berbincang hal agama
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 25-3-2017 08:22 AM
oh wow ...i tatau tu tapi kalau kita cuba fikir sama sama time frame untuk rasulullah saw sabda dl ...

tq for the info.. adakah Malaysia sahaja negara yg menghalang pembangunan agama baru atau byk lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 09:32 AM | Show all posts
pyropura replied at 25-3-2017 05:10 AM
Oh ya Fmt kan anti institusi islam, mesti putar belit beritanya
Mungkin kali ini ... tajuk nya memenuhi piawaian kehendak ..
boleh lah diterima walaupun dari sumber media yang diragui


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:38 AM | Show all posts
tanpa perlu menjadi mufti pun
sekira seseorang tu betul seorang yang mengaku beragama Islam
dia akan menggunakan pendekatan seperti ini


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 10:01 AM | Show all posts
dockers replied at 25-3-2017 08:55 AM
tq for the info.. adakah Malaysia sahaja negara yg menghalang pembangunan agama baru atau byk lagi ...

what is agama then the main question. cara hidup atau hanya sistem kepercayaan aje...

then apa yg dikategorikan sebagai sesat ...ajaran sesat banyak kategori  rupanya tapi nak tahu kena panggil pakar lah kot. i tatau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 10:07 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-3-2017 09:32 AM
Mungkin kali ini ... tajuk nya memenuhi piawaian kehendak ..
boleh lah diterima walaupun dari sumb ...



ia bukan kehendak  atau kriteria rasa kehendak mematuhi  piawai sebab pada i kalau kita kata ia menurut kehendak kita akan terlalu menekankan  elemen perasaan penilaian diri ( like : kita ras artcile ini ikutlah kehendak kita , maka inibenar  ) - sebab ia menunjukkan elemen subjectiviti kat sini; tapi secara objektif  adakah tajuk tu mencirikan kesemua  maksud isi kandungan  maksud oleh mufti berkenaan.sebab cakap  pindah daripada cakap ajuk pun boleh lain makna kalau disalah faham wartawan yg menulis.

salah satu contoh link yg saya pastekan tu : terus tulis kata mufti kata .....murtad...walhal mufti tu TAK pun jatuhkan hukum , cuma kata menjurus ..sahaja...

so kat sini contoh jelas maksud tajuk tu sepadan tak dengan kandungan makna mesej mufti tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.495108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list