|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x480. |
Penguatkuasa MBPP.
GEORGE TOWN, 24 Mac — Berang kereta disaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), seorang lelaki bertindak menumbuk muka penguat kuasa dalam kejadian di Jalan Sungai Dua, Gelugor, malam kelmarin.
Penguat kuasa itu juga ditolak suspek, 32, sehingga jatuh ke tanah dan menekan badannya, menyebabkan mangsa cedera di muka dan belakang badan, kata pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut seperti dilapor Harian Metro.
Supt Abdul Rahman Ahmad berkata penguat kuasa berumur 27 tahun pada jam 8.15 malam yang sedang menjalankan tugas mendapati suspek melanggar undang-undang.
Kereta Hyundai Elantra diletakkan suspek berhampiran sebuah restoran makanan segera di luar petak dan menghalang laluan kenderaan lain.
Ketika mahu mengeluarkan notis saman dan mengambil gambar kereta, suspek secara tiba-tiba datang dan mengalihkan keretanya sebelum insiden itu berlaku.
http://www.themalaymailonline.com/pr...u-saman-kereta
|
|