CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3288|Reply: 43

[Tempatan] Isteri jumpa mayat suami dalam keadaan reput di bilik tidur.

[Copy link]
Post time 25-3-2017 12:10 PM | Show all posts |Read mode

Isteri jumpai mayat suami dalam keadaan reput
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 MAC 2017






HULU SELANGOR - Seorang isteri yang baharu pulang dari kampung menjumpai mayat suaminya dalam keadaan reput di bilik tidur rumah mereka di Apartmen Anggerik, Bukit Beruntung, kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Zuliana Mohd Marzuki, 50, pulang ke Felda Jengka 12, Pahang pada Khamis lepas bersama tiga anak sementara suaminya, Kamarudin Ahmad Jaflus, 48, tidak ikut sama dan tinggal sendirian di apartmen tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, isteri mangsa yang kembali dari kampung pada hari ini terhidu bau busuk sebaik tiba di rumah mereka dengan pintu hadapan terkunci dari dalam.

Menurutnya, jiran membantu memecahkan pintu sebelum menjumpai mayat mangsa di atas katil dalam keadaan berselimut.

"Sejak meninggalkan rumah, isteri mangsa tidak pernah menghubungi suaminya tetapi mencuba menelefon pada Selesa lepas namun tidak dapat dihubungi.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya.

Supramaniam berkata, difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Felda Jengka 12, Pahang itu menghidap penyakit kencing manis, asma serta darah tinggi.

Menurutnya, mangsa tidak pernah ditahan wad hospital sebaliknya hanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan jika kurang sihat

"Berdasarkan kad rawatan yang dibawa isteri mangsa, kali terakhir mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Serendah pada 6 Januari 2017 dan tarikh temu janji berikutnya pada 29 Mac ini,"katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...reput-1.648966


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
erk gaduh ke apa tu sampai tak da contact langsung

takziah utk waris dan alfatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
erk gaduh ke apa tu sampai tak da contact langsung

takziah utk waris dan alfatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 25-3-2017 12:19 PM
erk gaduh ke apa tu sampai tak da contact langsung

takziah utk waris dan alfatihah buat arwah

Gaduh pasal xnak ikut balik kampung kot
Boleh plak tgl gitu xde contact2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:23 PM | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2017 12:27 PM | Show all posts
Bahaya jika seseorang ada masalah darah tinggi dan tidak mengambil ubat dengan betul,  mungkin dia diserang stroke sewaktu tidur...bila sedar dah tak boleh minta tolong jiran dan call keluarga dia.

Amat menyedihkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur muda2 lagi dah sakit darah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:39 PM | Show all posts
sukacactus replied at 25-3-2017 12:22 PM
Gaduh pasal xnak ikut balik kampung kot
Boleh plak tgl gitu xde contact2

ada contact katanya tp x dpt..may be dah meninggal time si bini cuba nak contact
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 25-3-2017 04:19 AM
erk gaduh ke apa tu sampai tak da contact langsung

takziah utk waris dan alfatihah buat arwah

err guys. apartment anggerik tu apartment yang takde orang. harga kalau beli rm18k boleh dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin utk sesetengah org tak contact spouse tiap2 hari tu biasa. Agaknya kalau hari biasa pon pegi blk keje tak penah contact.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-3-2017 04:27 AM
Bahaya jika seseorang ada masalah darah tinggi dan tidak mengambil ubat dengan betul,  mungkin dia d ...

apartment blok situ mmg tak ada orang
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 25-3-2017 12:54 PM
err guys. apartment anggerik tu apartment yang takde orang. harga kalau beli rm18k boleh dapat.

18k je pun buat apa kalu berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
.innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 25-3-2017 01:04 PM
18k je pun buat apa kalu berhantu

hang jgn buat kenyataan gitu, nnt ada set2 urban di forum CI nih kata hang ni pprt sgt percaya hantu bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiselit replied at 25-3-2017 01:13 PM
hang jgn buat kenyataan gitu, nnt ada set2 urban di forum CI nih kata hang ni pprt sgt percaya han ...

pulak dah

sy urban jugok
tp percaya je ada antu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 02:02 PM | Show all posts
sukacactus replied at 25-3-2017 12:22 PM
Gaduh pasal xnak ikut balik kampung kot
Boleh plak tgl gitu xde contact2

sama2 x contact kekdahnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga ni wlupun kita tgok keeja relax, ramai yg sakit jantung.....tetiba je meninggal...

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
18 k je, wow
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 03:41 PM | Show all posts
kesiannya..meninggal sensorang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 25-3-2017 12:37 PM
Umur muda2 lagi dah sakit darah tinggi

48tahun tu xde la muda mana utk dpt penyakit drh tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.120715 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list