CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 869|Reply: 17

[Tempatan] 2 tahun kerajaan BN bebankan, susahkan rakyat dengan GST

[Copy link]
Post time 25-3-2017 12:33 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Parti Amanah bersama Pakatan Harapan konsisten menolak sekeras-kerasnya cukai yang membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, selepas dua tahun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, rakyat sangat sengsara dan tertekan dalam menghadapi kehidupan seharian yang 'dijerut' dengan cukai ini.

“Kami menegaskan cukai yang zalim seperti ini tiada tempat dalam pemerintahan kami kelak dengan syarat rakyat memberi mandat sepenuhnya kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara.

“GST menyebabkan segala harga barangan dan perkhidmatan naik mendadak dari semasa ke semasa terutama barangan keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kesengsaraan rakyat ditambah lagi dengan pendapatan per kapita yang tidak meningkat seiring dengan peningkatan kos kehidupan seharian.

“Secara terang-terangan, seluruh rakyat telah ditipu 'hidup-hidup' oleh menteri yang mendakwa cukai tersebut akan mengurangkan harga barangan perkhidmatan.

“Rakyat terpaksa merelakan diri 'disembelih' oleh cukai ini. GST menyebabkan perbelanjaan isi rumah semakin melambung tinggi, dalam masa yang sama peluang pekerjaan menguncup dengan sangat ketara,” katanya.

Jelasnya, bebanan kewangan telah menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar dan akhirnya rakyat kehilangan kerja.

“Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menikmati manfaat besar daripada cukai ini namun rakyat terpaksa menanggung bebannya.

“Biarpun cukai dikenakan, kerajaan dalam masa sama telah menghapuskan subsidi barangan keperluan asas,” ujarnya.

Mohd Sany mendakwa, hasil kutipan GST yang menggantikan cukai SST telah meningkat kira-kira 42 peratus.

“Pada tahun 2015, kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM27.012 bilion dan dianggarkan kerajaan memperoleh RM38.5 bilion pada tahun 2016.

“Persoalannya, di manakah wang tersebut dibelanjakan? Rakyat 'disogok' dengan bantuan BR1M dan dalam masa sama kerajaan terus merompak rakyat dengan pelbagai cara,” katanya.

Tambahnya, apa yang dihadapi rakyat ini seiring dengan kebimbangan yang disuarakan pembangkang terhadap cukai ini sebelum ia dilaksanakan lagi.

"BN juga dikatakan telah menggunakan kuasa mereka untuk melaksanakan cukai ini biarpun majoriti rakyat sangat bimbang dan menolak cadangan tersebut,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 06:21 PM | Show all posts
pirahh lah lu matsabu sama cap bunga, kau ingat lepas kau jadi kerajaan kau akan hapuskan GST? minyak RM1 seliter ? pelajaran percuma ? habis tu duit itu semua datang dari mana ? duit jatuh dari langit ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 06:22 PM | Show all posts
pakatan malaysia tak ada standard sekali ? cuba pelajari pembangkang di luar negara macam UK , tapi pembangkan kat malaysia ni hujah hujah yang dibentang kan semuanya auta ,kita semula dan putar belit
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila orang politik berbicara....semuanya amat sempurna di pihak mereka....dan betapa buruknya orng lain....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:34 PM | Show all posts
MacamMacamLa replied at 25-3-2017 10:22 AM
pakatan malaysia tak ada standard sekali ? cuba pelajari pembangkang di luar negara macam UK , tapi  ...

partai pembangkang nie makin lama makin bangang.... elok tukar jadik partai pembangang   
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
GST ok jah, ummah felda pprt sunni jah yang tolak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2017 10:20 PM | Show all posts
MacamMacamLa replied at 25-3-2017 10:22 AM
pakatan malaysia tak ada standard sekali ? cuba pelajari pembangkang di luar negara macam UK , tapi  ...

Hang jangan cuba untuk memburukkan Islam! Di Malaysia ni kerajaan <----------ISLAM,  takan  nak putar belit dan penipu!?

Si UK tu kapir lahanat, bawah bumbung parliment tu berapa banyak ummah ghey tak ada agama! Tak ada agama = tak ada moral!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dari parti pan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat ulang tahun gst yg ke 2..in advance..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 11:11 PM | Show all posts
bukan malaysia satu satu nya negara yang ada gst, negara lain pun ada, bila kita laksanakan meroyan sentap kuat , kecoh lah lu pembangang !
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 11:14 PM | Show all posts
semua nak subsidi , habis tak ada gst macam mana kerajaan nak subsidi ? pirahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 11:43 PM | Show all posts
MacamMacamLa replied at 25-3-2017 11:14 PM
semua nak subsidi , habis tak ada gst macam mana kerajaan nak subsidi ? pirahhhh




err ..  lain negara kalu ,  kalau ko takde keja

ko akan diberi elaun .  ini bukan negara2 afrika pun ,

tapi negara2 dah bergelar maju .




Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tp part yg muntri bn bohong gst akn kurangkan kos barang tu mmg 100% betul menipu rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 11:48 PM | Show all posts
MacamMacamLa replied at 25-3-2017 11:11 PM
bukan malaysia satu satu nya negara yang ada gst, negara lain pun ada, bila kita laksanakan meroyan  ...




dan efiksyen nya lagi ..  negara2 lain tu gunakan hasil gst

utk dipulang balik kepada rakyat .  setiap kerajaan atau parti memerintah tu

akan kemukakan idea2 pembela rakyat .  dan bukannya hasil gst tadi terpaksa

digunakan utk membayar gaji kakitangan kerajaan .
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:37 PM | Show all posts
dess402 replied at 25-3-2017 11:43 PM
err ..  lain negara kalu ,  kalau ko takde keja

ko akan diberi elaun .  ini bukan negara2 ...

negara lain kalau kau tak kerja di beri elaun ? habis berapa dia punya tax ? kalau dibandingkan dengan malaysia ? cakap tak ada fakta , betul betul kepala otak bebal
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:38 PM | Show all posts
dess402 replied at 25-3-2017 11:48 PM
dan efiksyen nya lagi ..  negara2 lain tu gunakan hasil gst

utk dipulang balik kepada rak ...

owhhhh , habis tu malaysia tak pulang kan ? subsidi itu duit jatuh dari langgit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 01:40 PM | Show all posts
dess402 replied at 25-3-2017 11:48 PM
dan efiksyen nya lagi ..  negara2 lain tu gunakan hasil gst

utk dipulang balik kepada rak ...

kalau macam eropah itu yang diberi elaun semuanya dah jadi malas , ntah ntah kau pinjam duit ptptn pun kau tak bayar kot, cakap alahai mengalahkan budak baru belajar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana GST ekonomi negara dapat bertahan.
Dan BRIM masih dapat dibayar.
Jadi beban perbelanjaan Kerajaan dapat dikurangkan.
Jika tak, tak dapatlah PM sekeluarga bercuti di Ostolia.

Banyak kebaikan GST ni. Tapi kalo rasa terbeban, miskin sangat, jangan berbelanja! Mudah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078715 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list