CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2751|Reply: 51

[Tempatan] Kelas renang perlu diperkenal dalam kokurikulum sekolah

[Copy link]
Post time 25-3-2017 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Kelas renang perlu menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terutamanya kanak-kanak tentang ilmu dan kemahiran berenang.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mengangkat aktiviti itu sebagai satu daripada kelas yang perlu disertai setiap pelajar sebagai persediaan jika berhadapan dengan kejadian lemas.

"Aktiviti air terutamanya di laut dan pantai menjadi satu tarikan kepada kanak-kanak terutamanya semasa cuti sekolah. Adalah penting untuk ibu bapa dan pihak sekolah melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu berenang.

"Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian yang serius khususnya untuk memberi pendidikan berenang kepada generasi muda supaya mereka tidak terjebak dengan kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi semalam.

Ia susulan beberapa kes lemas yang berlaku di negara ini sejak awal tahun. Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan hampir 700 orang lemas semasa menjalankan aktiviti berkaitan air setiap tahun.

Pada 17 Mac lepas, tujuh kanak-kanak lemas ketika menangguk ikan di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Rawang, selepas mereka dihanyutkan arus deras akibat air pasang besar berikutan berlakunya fenomena kepala air.

Pada 4 Februri, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik lemas dalam kolam bekas lombong bauksit dekat Kuantan, ketika bermain berhampiran kolam berkenaan.

Mohd Yussof berkata ibu bapa perlu peka dan mengambil tahu setiap pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Shaari Osman berkata keputusan untuk menyediakan kelas renang di sekolah terletak pada pembuat dasar kerana memerlukan kajian menyeluruh.

"Bukan senang untuk memastikan setiap sekolah menyediakan kelas renang Apa-apa pun cadangan ini boleh diketengahkan untuk keputusan dasar. Jika kerajaan okey kita boleh laksanakan," katanya.

Beliau berkata kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat diperlukan dalam usaha menangani kekerapan kejadian lemas membabitkan kanak-kanak.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 12:41 PM | Show all posts
kat sweden dah jadi salah satu subjek compulsory. kat malaysia je time pj cikgu pj campak bola kat padang, lepas tu semua berebut. lantak korang la konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 12:44 PM | Show all posts
Yes betul sangat tu, Malaysia adalah sebuah negara tropikal tetapi ramai yang tidak pandai berenang kerana kekurangan public swimingpool dan mungkin juga ianya bukan kelas yang di wajibkan.

Di barat negara bercuaca sejuk tetapi ramai warga pandai berenang disebabkan kelas renang adalah di mestikan dan juga terlalu banyak kolam renang yang di sediakan untuk public.


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Good idea. Aku belajar berenang pun masa dah dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak setuju sgt cadangan ni
Tp akak bleh agak mesti stok lobai lobainita memekak bab2 aurat baju swimming pelbagai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sgat sbb sistem pembelajaran pjk di sekolah terlalu jumud dan one sided. Time pjk jah semua gi padang kena main bola samada laki atau pompuan. Bangsat apa ingat pjk = bola sepak je ke?!! Sebab tu sukan tanah air terlalu lembab dan tak berkembang. Bola sepak negara pon xhandal mana setakat jaguh kampong jah walaupon hari2 main bola.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2017 03:53 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 25-3-2017 03:42 PM
Setuju sgat sbb sistem pembelajaran pjk di sekolah terlalu jumud dan one sided. Time pjk jah semua g ...

kau tu
tahu berenang ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pandai berenang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 25-3-2017 03:42 PM
Setuju sgat sbb sistem pembelajaran pjk di sekolah terlalu jumud dan one sided. Time pjk jah semua g ...

Yg pling kesian golongan gay dan yg tk reti main bola. Mesti kena pulau. Bdk2 hri2 men bola ni tp tk naik pon ranking malaysia utk bola
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sokong je cadangan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 25-3-2017 04:27 PM
Yg pling kesian golongan gay dan yg tk reti main bola. Mesti kena pulau. Bdk2 hri2 men bola ni tp  ...

Kahkahkah...mungkin tu duduk tepi longkang bergosip jah atau tengok jantan lazat berbogel Kesian budak yg ada bakat game lain tpi kena hadap main bola tiap2 mggu. Sampah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts

Ank2 dl aku register masuk kelas renang private sebab aku rasa kemahiran berenang tu mustahak.
Tp walaupun ank2 dah mahir, aku tetap xkasi dia org swim kat laut...pasal beza sgt air laut dgn pool.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 25-3-2017 06:28 PM
Ank2 dl aku register masuk kelas renang private sebab aku rasa kemahiran berenang tu mustahak.
Tp ...

Berenang kat laut lagi senang terapung dr air tawar cm air kolam, tasik atau sungai. Yg penting kena pandai baca ombak ngan arus kat laut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:55 PM | Show all posts
Tahukah korg sebenarnya silibus renang mmg dah ada sejak bbrpa thun ni dan wujud dlm buku teks PJ? korg tak tau kan? sbb korg tak berada di skolah.

Korg komen berdasarkan  pngalaman korg bersekolah jaman 80s-90s  dulu2 teringat cekgu2 PJ korg campak bola di padang gituh. Tahukah korg silibus skg sdh diperbaiki namun malangnya fasiliti takde? Kalau takde duit nak perbaiki fasiliti, tak payah nk sebut itu ini lah wei, bajet sukan daerah pun skg dah takde, bajet MTQ langsung takde, duit nk beli kertas A4 n nak fotostet pun kedekut, apalagi nk buat kolam renang. Puih.

Org2 politk n presiden2 persatuan tak pyh la campur tgn hal pendidikan klu x berada di tempat tu. U know nothing. Bunyi bg cadangan mcm2, tapi tak kaji, tak tau apa2.  Sebelum ni nak kemain suruh ajar silibus sex la, nk bg ajar programming la.. bla..bla.. idea bongok.  

Org2 melayu jah yg kemain semua pelajaran nak sumbat ke sekolah.. org lain klu betul2 nk bg anak pandai upah org la weh, blaja piano ke, berenang ke, balet ke.. kelas vokal ke, melayu je nak harap semua benda pun kerajaan yg suap!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 25-3-2017 08:55 PM
Tahukah korg sebenarnya silibus renang mmg dah ada sejak bbrpa thun ni dan wujud dlm buku teks PJ? k ...

Yeah go kakak go go go!

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 25-3-2017 09:20 PM

idea yg bernas,tp praktikumnya nk buat di mana sis.kat tali air belakang sekolah tempat kerbau berkubang kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 09:38 PM | Show all posts
sukacactus replied at 25-3-2017 10:28 AM
Ank2 dl aku register masuk kelas renang private sebab aku rasa kemahiran berenang tu mustahak.
Tp ...

air laut lebih mudah terapung   
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
design utk swimming costume halal tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
My husbnd buat kelas renang..
Memang penting..
Byk bole belajar bukan setakat renang, tp teknik pernfasan, xpanik dan relax
Tp mslhnya aku smpi skng xpandai2 lg.
Xberminat betol dgn pool even ada je dpn mata
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cost tinggi kot. Tu psl tak pernah terlaksana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.103473 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list