CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 4

Pengasuh Nafi Dera Kanak-kanak Hingga Menyebabkan Kematian

[Copy link]
Post time 25-3-2017 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Susulan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 14 Mac lalu, seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.




Foto: Harian Metro




Memetik Harian Metro, tertuduh, Gloria Erren Liwie, 23, berasal dari Sarawak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa Hakim Mohamad Kamil Nizam.


Pertuduhan berkenaan mendakwa tertuduh dengan sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit di Apartmen Impian Baiduri. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika disabit kesalahan.


Peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh mempunyai bayi berusia 11 bulan.


Mahkamah bersetuju membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan selain diarahkan melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali. Mahkamah turut melarang tertuduh daripada mengganggu saksi dan keluarga mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes.


Terdahulu, media melaporkan ibu mangsa yang bertugas sebagai juruwang menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh pada jam 1 tengah hari dan menjemputnya tiga jam kemudian sebelum mendapati kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis sape yg dera cicak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 25-3-2017 01:05 PM
Abis sape yg dera cicak

Biasanya peguam yg suruh x mengaku.. Selagi xd bukti kukuh pompuan tu mendera n selagi ada keraguan pd kes mmg tertuduh berhak utk tak mengaku.. Walopon mmg dia yg dera..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 25-3-2017 01:17 PM
Biasanya peguam yg suruh x mengaku.. Selagi xd bukti kukuh pompuan tu mendera n selagi ada keragua ...

Ooooo oke  
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 11:14 AM | Show all posts
wahhh ada anak sendiri pun mau dera anak orang lagi ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.428145 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list