unku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbas semula sejarah hitam pada tahun 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa. “Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan. “Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.
|