CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4605|Reply: 1

Dunia Makin Aneh- Kesan Mandela, CERN, Komputer Kuantum dan Perkaitannya

[Copy link]
Post time 25-3-2017 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by najib888 at 25-3-2017 07:21 PM


Kesan Mandela/ Mandela Effect
Bandingkan logo pengeluar kereta Ford ini. Dari ingatan anda, yang mana satu adalah logo sebenarnya? Yang atas atau bawah?

Jika anda merasakan logo dibawah adalah logo sebenar Ford, bermakna anda telah mengalami Kesan Mandela (Mandela Effect-ME) .

Kesan Mandela (ME) pertama kali dikaji dan diistilahkan oleh Fiona Broome, seorang jurnalis dan pengkaji dimensi alternatif/ ingatan alternatif pada tahun 2010. Apakah maksud Kesan Mandela?

Kesan Mandela (ME) boleh didefinisikan sebagai suatu situasi kecelaruan kognitif  (congnitive dissonance), yang mana ia mempengaruhi ingatan seseorang terhadap perkara, peristiwa  atau fakta-fakta terdahulu yang sama sekali berbeza dengan perkara, peristiwa atau fakta-fakta terbaharu. Apa yang membuatkan ME ini suatu subjek yang menarik untuk dikaji ialah “ingatan palsu” ini bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu, bahkan kejanggalan ingatan ini juga dikongsi oleh beribu-ribu atau berjuta orang di dunia ini.

Istilah ini mula digunapakai dan berkembang pada tahun penghujung tahun 2013 hingga 2014 bilamana dunia dikhabarkan bekas presiden Afrika Selatan,Nelson Mandela telah meninggal dunia pada 5 Disember 2013. Dalam masa yang sama, beribu-ribu orang lain diseluruh dunia yakin bahawa Nelson Mandela telah  meninggal dunia sebelum ini, iaitu pada penghujung tahun 80-an atau di awal 90-an ketika beliau masih dalam penjara. Malah mereka mengakui pernah menyaksikan konsert penghormatan (Tribute Concert 46664-nombor badan/banduan Mandela)oleh selebriti-selebriti terkemuka dunia di kaca televisyen sempena kematian Mandela.

Namun begitu, psikologi menakrifkan ME adalah masalah Neurosains Kognitif Ingatan Palsu (The Cognitive Neuroscience of False Memories), terhasil daripada ingatan salah, self negligence, mengambil mudah akan sesuatu maklumat (take easy for granted). Sebagai contoh; ramai menyangka ibu negara Brazil adalah Rio De Janeiro, padahal fakta sebenarnya ibu negara Brazil adalah Brasilia.

Berikut adalah beberapa bukti kesan daripada ME yang membuatkan ramai tidak boleh menerima fakta terbaharu yang "menyemak" minda.
1. Logo Pengeluar Kereta
a. Ford- Ramai yakin tiada “pig-tail curl” pada huruf F dan ini adalah bukti yang dikemukakan

i- Logo vinyl FORD pada pintu kereta
ii- Logo FORD pada pam air kereta

b. Volkswagen- Tidak pernah ada ruang antara V dan W. Logo VW yang sebenar seperti disebelah kanan.

c. Volvo- Penambahan anak panah membuatkan logo Volvo kelihatan seperti simbol bagi lelaki.

2. Filem Star Wars 1980- Ramai masih ingat dialog ‘epic’ Darth Vader ketika mendedahkan dirinya adalah bapa kepada Luke Skywalker.“Luke, I am your father”. Tetapi kini dialog itu telah bertukar kepada “Now, I am your father”.

3. Filem animasi Snow White and the Seven Dwarfs. Ramai masih ingat mantera Ratu Jahat ketika menghadap cermin sakti “Mirror, mirror, on the wall, Who in this land is fairest of all?”. Tetapi kini, Mirror, mirror menjadi Magic Mirror.

4. Pembunuhan presiden John F. Kennedy. Kekeliruan tentang bilangan tempat duduk didalam kereta Cadillac yang dinaiki. Ramai masih ingat kereta berkenaan mempunyai 6 tempat duduk, tetapi kini di media-media malah replika kereta berkenaan hanya mempunyai 4 tempat duduk.

Untuk memahami Kesan Mandela dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video-video di youtube

Adakah anda terkesan dengan Mandela Effect?


CERN- Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire
CERN 666, Satanic Ritual & Shiva the Destroyer
   
Organisasi Penyelidikan Nuklear Eropah adalah satu makmal kajian fizik zarah terbesar di dunia, terletak di kawasan barat laut pinggiran Geneva (bersempadan dengan Perancis dan Switzerland).

Makmal ini pada asalnya ditubuhkan untuk mengkaji nukleus zarah sehingga ke struktur atom, kemudian pengaplikasian fizik tenaga tinggi dan mengkaji tindakbalas antara zarah-zarah sub atom.

Antara eksperimen yang menimbulkan kontroversi di CERN ialah Large Hadron Collider (LHC) iaitu eksperimen perlanggaran atom zarah-zarah pada tenaga yang tinggi; dengan tenaga permulaan 3.5 tetraelectronvolts (TeV).  Ada yang mengatakan CERN cuba mewujudkan lohong hitam (Black Hole), seakan-akan teori Bing Bang di bumi, yang menyebabkan ramai berasa resah andaikata berlaku
sesuatu diluar kawalan. Pemecut zarah terbesar di dunia ini terletak lebih kurang setengah kilometer di bawah tanah.

Menurut CERN, matlamat utama  LHC ini ialah untuk ahli fizik memahami beberapa teori fizik zarah, termasuk mengukur perihal dan sifat zarah Higgs boson dan menyelidik rantaian baru zarah sebagaimana dijangkakan oleh teori super-simetri.

Hasil eksperiman LHC inilah membuatkan pengkaji-pengkaji teori konspirasi yakin bahawa CERN adalah punca berlakunya Kesan Mandela (ME). Perlanggaran zarah pada peringkat sub-atom membebaskan foton-foton berkelajuan tinggi membuatkan terbukanyaportal simetri/selari atau dunia dimensi selari. Ada juga berteori bahawasanya portal yang terbuka itu adalah portal dimensi kejahatan (Evil Portal)- Anti Christ (Ad-Dajjal @Acong).

Teori ini diperkuatkan lagi dengan beberapa video klip yang dikeluarkan oleh CERN sendiri. Saintis-saintis di CERN menari-nari seperti Dewa Pemusnah Shiva (CERN Shiva dance of Destruction), ritual-ritual syaitan (Satanic Ritual).  Dalam satu klip video, seorang saintis di CERN, John Ellis terang terangan menggantung sepanduk “Mandela” dilehernya  dan memegang sepanduk “We are HAPPY@CERN!”


Video-video berkaitan CERN & NWO
John Ellis at happy at CERN- https://www.youtube.com/watch?v=3uzgBeDROl4
CERN Shiva dance of Destruction- https://www.youtube.com/watch?v=Okz9jpMmnEg

Perkomputeran Kuantum (Quantum Computing)
LHC di CERN tidak mungkin akan dapat dihasilkan tanpa penggunaan sistem perkomputeran yang canggih dan termaju. Penggunaan komputer kuantum, membolehkan pengiraan formula kompleks dijalankan dengan efisyen, tepat dan cepat.

Jika dibandingkan antara komputer kuantum dengan komputer komersial semasa yang paling canggih, perbezaan kelajuannya mungkin berjuta kali lebih pantas dan menjadikan komputer yang kita gunakan sekarang ini umpama sebuah komputer klasik.

Komputer biasa berfungsi dengan mengira bits (binary digits) berasaskan cip transistor; hasilnya samada logik 1 atau 0. Manakala, komputer kuantum menggunakan sistem pengiraan terus daripada fenomena mekanikal, seperti superposisi dan kekusutan untuk memproses data dan operasi. Pengiraan kuantum komputer menggunakan Kuantum Bit (Quantum Bits-Qubits). Hukum ketidakpastian (Uncertainty), formula-formula fizik teori boleh dianalisa dan dijangka dengan mudah dan pantas dengan komputer kuantum.

Secara ringkas, komputer kuantum akan mengira apa saja kebarangkalian berasaskan formula yang dimasukkan, dalam masa yang sama ia juga akan mengira kebarangkalian-kebarangkalian yang lain dan membandingkan kedua-dua hasil pengiraan tersebut. Keputusan akhir mungkin menjadi logik 1, 0, atau kedua-duanya.

Asas pembinaan blok kuantum komputer, qubit ditunjukkan seperti gambarajah sfera Bloch ini.

D-Wave Systems, sebuah syarikat daripada Kanada adalah syarikat pertama yang menjual komputer kuantum secara komersial di dunia.Kepantasan komputer ini meningkat secara eksponensial setiap dua tahun. Pada 2011, kepantasannya adalah sebanyak 128 qubits. Kini, tahun 2017 kepantasannya mencapai 2000 qubits.

Sistem ini amat sesuai digunakan untuk kepintaran buatan (A.I) sebuah sistem komputer. Antara syarikat gergasi dunia yang telah memiliki komputer kuantum ini ialah Lockheed Martin, NASA, Google dan juga CERN.

Sekali imbas, sistem komputer D-Wave  ini umpama sebuah rak untuk pelayan komputer (server) ataupun sistem penjana gelombang dan penyejukkan magnet MRI. Cip pemprosesan komputer kuantum ini memerlukan tenaga yang banyak dan perlu dikekalsejukkan sehingga -273 darjah celsius (suhu dibawah sifar mutlak).


Apa yang menakutkan, sistem komputer kuantum boleh diprogramkan untuk berfikir seperti manusia; membuat keputusan berdasarkan sejarah/ingatan lampau, menjangkakan sesuatu yang mungkin berlaku berdasarkan parameter-parameter yang telah diprogramkan malah kadar kebolehfikirannya berganda dengan cepat. Ada yang mengatakan, jika berada di sisi sistem komputer kuantum kita boleh mendengarbunyi komputer ini umpama dengupan jantung manusia.

Arnim Zoladalam cerita fiksyen Captain America: The Winter Soldiers, tidak mustahil sedikit masa lagi saintis boleh merealisasikan hibrid pemikiran manusia-komputer.

Geordie Rose, salah seorang peneraju utama D-Wave Systems dalam ucapan ringkasnya percaya saintis boleh mengeksploitasi alam semesta selari/ parallel universe dengan wujudnya komputer kuantum. https://www.youtube.com/watch?v=PqN_2jDVbOU .

Realitinya amat menakutkan.

Dunia menuju kehancuran. Jika dahulu sejarah merakamkan Raja Nebuchadnezzar II di Babylon pernah membina Ishtar Gate sebagai portal perjalanan ke dimensi lain, kini para saintis di CERN pula meneruskan legasi Nebuchadnezzar.


*Ishtar Gate umpama Stargate SG 1




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 07:52 PM | Show all posts
komputer quantaum ni mesti tahu pasal derma arab 2.6 billion kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.666676 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list