CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 5

[Tempatan] PENCEN TKSU Kementerian Pengangkutan akan LAWAN DS Najib di PRU akan datang di P

[Copy link]
Post time 26-3-2017 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 26-3-2017 10:28 AM


Betulkah ini atau sekadar gimik?

Pegawai pencen nak lawan Najib
26 Mac 2017

SEORANG yang mengaku dirinya Datuk Abdul Rahman Mohd Nor secara terang-terang menegaskan bahawa beliau akan melawan PM DS Najib Razak dalam PRU akan datang di Pekan, Pahang.

Katanya, dia anak Pekan, berusia 69, dan beliau begitu kecewa kerana Najib telah mengaibkan rakyat dan negara atas cetusan skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.

Cabaran ini timbul secara tiba-tiba. Luar biasa sekali, apalagi beliau adalah seorang yang pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua

Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan pernah membantu Allahyarham Tun Razak selama tiga minggu sebelum  beliau meninggal awal 1976. Ketika itu, Najib sama-sama berada di London, katanya.

Tidak perlu kita merujuk kepada pakar jiwa atau psikologi, tetapi memadai untuk kita membuat kesimpulan bahawa apa yang beliau lakukan itu adalah manifestasi dari rasa tidak puas hati yang meluas terhadap skandal itu.

Tindakan undang-undang di AS, Singapura, Switzerland dan tempat-tempat lain adalah sepadan dengan apa yang Datuk ini sifatkan sebagai mengaibkan.

Sebaliknya, sebuah akhbar aliran utama memenuhi muka depannya dengan gambar pampang yang menunjukkan Najib bersama Jack Ma, tauke firma Ali Baba dari China, sedang hendak mengetuk gendang tarian singa. Ia membawa berita bahawa

Malaysia akan menikmati durian runtuh sehingga tahun 2025: nilai perdagangan, RM65 bilion; perniagaan kecil dan sederhana membuka 60,000 pekerjaan; 10,000 firma internet di tengah-tengah Kuala Lumpur; dan 10,000 profesional di Bandar Malaysia (kini TUDM Sungai Besi).

Memandangkan orang Malaysia kini sudah berpendidikan baik dan mempunyai info yang terkini, mereka cenderung mengatakan segalanya itu ialah oleh-oleh pilihan raya yang mesti diadakan sebelum Ogos 2018.

Sesiapa pun tidak boleh disalahkan jika membuat andaian begitu sebab oleh-oleh begitu kerap berlaku dalam sejarah pilihan raya sejak 1955. Begitu kerapnya berlaku sehingga ia tidak menjadi isu lagi, malah boleh diagakkan.

Tidak berapa lama dulu saya menulis dalam ruangan ini tentang betapa terbatasnya orang kampung mendapat info kerana mereka rata-rata hanya terdedah kepada TV dan radio percuma, tentunya milik kerajaan, baik secara langsung atau tidak.

Berpuluh saluran di Astro tidak didapati kerana mereka, atau kebanyakan daripada mereka, tidak berlanggan. Akhbar-akhbar harian pun kurang dibeli.

Harga lebih seringgit satu naskhah tidak menggalakkan mereka membelinya setiap hari.

Jika hanya membaca akhbar aliran utama, tentu sekali infonya tidak lengkap, tidak bulat. Info yang tidak lengkap tidak membolehkan mereka membuat kesimpulan yang baik.

Ciri-ciri inilah yang menghantui negara-negara dunia ketiga yang diertikan sebagai negara-negara kurang maju.

Ini bukan sesuatu yang baik memandangkan kita sudah lama menggendangkan bahawa Malaysia akan menjadi negara maju, masuk kategori dunia pertama menjelang 2020 tidak sampai tiga tahun lagi.

Di samping itu, MP Pandan Rafizi Ramli, dalam seriau hendak masuk penjara, terus dengan pendiriannya mencabar kerajaan dan pemimpin BN.

Dengan lantang beliau mengecam Najib kerana berbelanja paling banyak hasil Petronas berbanding dengan PM-PM sebelumnya. 1MDB diulanginya. Ia memalukan rakyat dan negara, kerana gara-gara 1MDB dibicarakannya di Singapura, Switzerland, AS dan lain-lain.

Segalanya itu menyebabkan Malaysia diumpamakan sebuah kleptokrasi yang diambil kepentingan oleh kleptokrat seperti yang dikatakan oleh peguam negara AS.

Secara sinis, Rafizi mengatakan Najib amat beruntung kerana beliau adalah satu-satunya

PM dunia yang mendapat derma peribadi RM2.6 bilion. Berbalik kepada pampangan muka depan akhbar yang disebutkan di atas, rupa Jack Ma agak lain daripada orang Cina lain.

Mungkin kerana kelainan itu beliau menjadi seorang peniaga luar biasa, lebih luar biasa lagi mengenangkan negaranya, China, masih lagi sebuah negara komunis yang berpenduduk paling ramai di dunia.

Beliau juga orang Cina di tanah besar China yang pertama memakai nama Jack, nama Inggeris yang sangat popular di England dan AS. Ia nama pemasaran: ringkas dan mudah disebut dan diingati. Jack Ma ialah pakar pemasaran, justeru kecenderungan begitu bukanlah mengejutkan.

Nama Ali Baba untuk firmanya juga satu gimik pemasaran. Siapa tidak tahu Ali Baba dalam kisah Seribu Satu Malam.

Maka ia paling senang dipromosikan. Cuma apa yang datang ke minda saya ialah filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok, iaitu yang terbaik dalam siri Bujang Lapoknya.

Ia memaparkan komedi berteladan tinggi pada Ali Baba dan pengajaran hodoh pada abangnya, Kassim Baba. Maka dibimbangkan kalau-kalau kesan kehodohan Kassim itu yang ditinggali kelak.

Untuk Abdul Rahman, keberaniannya adalah haknya. Ini demokrasi. Dalam kalangan ahli kitab, kisah Nabi Daud (bakal Raja untuk Bani Israel) menewaskan gergasi Goliath sering disebut-sebut. Mungkin itu yang menjadi ilhamnya.

Mr. Abdul Rahman bin Hj Mohd Noor has been an employee of Timbalan Ketua Setiausaha, Bahagian Perancangan, Kementerian Pengangkutan since 1998.

Mr. bin Hj Mohd Noor served for Atase Pelajaran, UK from 1975 to 1979; KPSU, Bahagian Perkhidmatan, Kementerian Pertahanan from 1980 to 1982; KPSU/TSB, Bahagian Kontrak, Kementerian Pertahanan from 1983 to 1987; SUB, Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan from 1988 to 1990; Timbalan Pengarah, Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan from 1990 to 1993; Tim. Su. Bah., Bahagian Kontrak, Kementerian Kewangan from 1994 to 1997.

He has been an Independent & Non Executive Director of PECD Berhad since July 2008. He earned Bachelor's Degree in Economics from Universiti Malaya in 1972; Supplies Purchasing & Contract Management in Public Sector Course from INTAN in 1983; Advance Diploma in Purchasing & Supply, North London Poly in 1984; Advanced Procurement and Logistic Management Course from MIM (UK) in 1996; Member Malaysian Institute of Purchasing and Material Management from MIMP(M) in 1996; Council Member of MIPM (M) in 1996; Advanced Procurement and Logistic Management Course from CIPS (UK) in 1996; Advanced Procurement and Logistic Management Course from RIPA (UK) in 1973; Road Safety Course from Inst. of Road Safety, Sweden in 1989; BMITA Course (attached to SHELL Malaysia) in 1993 and Certificate in Management from Cranfield Inst. Tech UK in 1993.

http://www.bloomberg.com/researc ... &privcapId=11920306
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada gak org nk lawan jibon
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg jaga arwah tun razak di uk sblm meninggal. Dia atache kedutaan kita masa tu. Dia bgtau najib tak habiskan pun degree law dia.... Kira pm kita ni atas sikit jer dr mb kedah badshah dr segi akademik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 12:18 PM | Show all posts
atuk sudah umo 69 tahun
hati2 atuk
kang tak pasal2 ada kopiboi jambu atuk jaman tun razak dulu datang pejabat najib nak mintak biasiswa



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah pengomen rahman jpc dekat blog a kadir jasin tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
awas jaga2. tong dram dan simen pun bnyk yg dh tenggelam timbul sana sini akibat 1mdb dan lawan tokey. tu belum kira yg dh bersepai kena c4. zaman kelepekrokrasi ni bkn dh dikira sgt. nnti tau2 tinggal nama shj. berhati2 ya Tok dlm melangkah kaki jgn sampai tersadung tong dram
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.324575 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list