View: 6303|Reply: 39
|
[Jenayah]
Aisah janda anak 5, TALAK 2 via SMS, DIROGOL beramai-ramai semasa COD barang onl
[Copy link]
|
|
Pasaipa tak repot polis?
Dirogol Ketika COD Barang Niaga Online
March 26, 2017
Asiah seorang janda anak 5. Selepas diceraikan talak 2 dalam sms, bekas suami terus menghilangkan diri. Tidak pernah bertanya khabar anak anak dan memberikan nafkah.
Asiah terpaksa bekerja menyara anak anak. Demi mencukupkan keperluan anak-anak yang sedang belajar , Asiah terpaksa membuat 2 kerja. Waktu siang bekerja di kilang. Habis waktu kerja balik rumah menguruskan anak anak.
Waktu malam cod barang barang niaga online. Hantar ke alamat yang pelanggan minta. Hantar naik motosikal.
Suatu malam, Asiah pergi cod barang di kawasan perumahan yang agak sunyi jalannya. Dipertengahan jalan Asiah telah disamun dan diheret ke dalam semak. Kemudian dirogol beramai ramai. Oleh kerana gelap dan sunyi Asiah tidak nampak wajah lelaki lelaki yang merogolnya. Jeritan Asiah tidak didengar oleh sesiapa pun.
Selepas kejadian itu Asiah trauma. Asiah silap tidak membuat laporan polis. Asiah balik rumah dalam keadaan sakit sakit, terus berehat dan tertidor.
Asiah takut melaporkan kepada polis kerana nanti menganggu urusan kerjanya. Asiah perlu mencari nafkah untuk menyara anak anak. Asiah sangat sayang anak anaknya.
Oleh kerana kedatangan haid memang tidak stabil , kelewatan beberapa bulan haid dianggap biasa oleh Asiah. Asiah hanya menyedari dirinya mengandung setelah beberapa bulan kemudian, apabila merasai ada gerakan di dalam rahimnya. Perawakan tubuh Asiah yang gempal, lapisan kulit dan lemak yang tebal dibahagian perut membuatkan Asiah tidak menyedari dirinya mengandung.
Apabila tahu, Asiah berasa sangat sedih. Mujur adik beradik Asiah memahami kesusahan Asiah. Mereka sepakat membantu. Mereka menyarankan Asiah ke rumah perlindungan untuk mendalami ilmu agama sehingga melahirkan anak sementara mereka tolong menjaga anak anaknya yang lain.
Selama menjadi janda dan terpaksa bekerja menyara anak anak, adik beradik sering membantu. Mereka tahu Asiah gigih bekerja menyara anak anak tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Walau apa pun, bagi adik beradik maruah dan aib Asiah tetap kena jaga. Anak anak Asiah sudah besar, mereka tidak mahu anak anak Asiah mendengar tohmah masyarakat terhadap ibu mereka. Ibu mereka bukan terlanjur dengan sesiapa tetapi telah diperkosa ketika mencari nafkah.
Maka duduklah Asiah di Baitus Solehah sambil belajar mendalami ilmu fardhu ain dan membetulkan bacaan Al Quran.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Asiah untuk menjalani kehidupan yang penuh duri dan ranjau ini sambil menyara anak anaknya.
Lelaki yang diharap menjadi pelindung, meninggalkan dia dengan anak anak, lelaki yang patut menjaga perempuan telah mengambil kesempatan pulak dengan menyamun duit dan kehormatan dirinya. Lelaki mana lagi yang boleh diharapkan? – ac
|
|
|
|
|
|
|
|
Ade ternampak kt post ohbulan semalam. Mcm karangan cerite drama pun ade. Nak pecaya ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
aisah aisah aisah lima puluh sen |
|
|
|
|
|
|
|
agak PAYAH juga la nak caya
sebab rogol beramai2 ini bukan kecik anak punya trauma
yg bulih balik rumah dan terus tido jah
macam ehhhhhhhh sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Versi hasanah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak caya citer makcik esoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Very the slot drama Akasia tv3
Acik2 kepam mesti suka kalau dibuat drama lagi2 kalau heronya fatahkayuamin |
|
|
|
|
|
|
|
syahdu betul karangan ni...ok la..adik beradik aisyah baik..tp aisyah tu pehal cerdik sgt dh kn rogol xbuat report.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bless her, nak komen pun sbb tak ada isu melainkan sat gi gossip pulak dan tak relevqn pun., so ade la rumah yg bantu ibu mcm ni? Baguslah. |
|
|
|
|
|
|
|
cupu replied at 26-3-2017 11:46 AM
syahdu betul karangan ni...ok la..adik beradik aisyah baik..tp aisyah tu pehal cerdik sgt dh kn rogo ...
Ini aku tak pelik. Satu sbb malu, satu lg mesti dia fikir "kalau polis xpercaya macam mana?". |
|
|
|
|
|
|
|
Acik acik krpam jah percaya plot drama akasia sendu ini |
|
|
|
|
|
|
|
Hahah,adakah cobaan asiah untuk mengkaber line? |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 26-3-2017 11:54 AM
Ini aku tak pelik. Satu sbb malu, satu lg mesti dia fikir "kalau polis xpercaya macam mana?".
Iya....
- Klu polis tak percaya mcmana
- dia janda, ramai je org akn pertikaikan dia keluar malam mlm pdhal dia hantar brg
- kwn kwn kerja kilang tempat dia kerja pun akn pandang serong
- bila jadi kes polis, kena uruskn mcm mcm, sapa nak jaga anak dia...
- salah gaya kilang tempat dia kerja suruh berhenti sbb timbulkn masalah...mcmana nasib anak anak dia...
Org yg tak berada di tempat dia senang je mengutuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
bab adik beradik tu blh buat contoh .. baik buruk adik beradik tetap kena cover .. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 26-3-2017 12:13 PM
Iya....
- Klu polis tak percaya mcmana
Betul tu.klu dh jd kes polis bkn senang.kena ambik cuti selalu. dh la ibu tunggal tempat ank2 bergantung. |
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 26-3-2017 12:40 PM
Betul tu.klu dh jd kes polis bkn senang.kena ambik cuti selalu. dh la ibu tunggal tempat ank2 berg ...
Dalam dunia ni....pompuan jugak yg byk salah....lelaki selalu terlepas....
|
|
|
|
|
|
|
|
tah2 asiah memang cod diri sendiri je hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
LakOnan bohsia / pelahcuh terunggul |
|
|
|
|
|
|
|
ni palsu ke btul? cite Kali ni x guna minyk dgu mcm cite redang Tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Haih ecah ecah. Dah tau trauma kena rogol bagai taknak report silalah makan morning after pill. Aiyaaaaa. Kata anak 5. Letih la mak baca karangan sesuci embun pagi majalah mastika itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|