CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 8

[Tempatan] Pemandu PRODUA vs pemandu yamaha LC135 tewas di pinggir jalan raya.

[Copy link]
Post time 26-3-2017 04:44 PM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x704.

Keadaan mangsa selepas dirempuh.

Kuala Terengganu: Seorang isteri tidak menyangka panggilan telefon dibuat suaminya adalah perbualan terakhir mereka selepas lelaki terbabit maut apabila motosikal ditunggang dirempuh kereta di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, di sini, jam 10.15 malam, kelmarin.

Mangsa, Ahamaddin Harun, 48, yang juga kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Marang meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 berhenti di tepi jalan di hadapan sekolah berkenaan untuk menjawab panggilan telefon sebelum dirempuh kereta Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 61 tahun.

Ketika kejadian, mangsa dan pemandu Perodua Kenari dikatakan dari lampu isyarat Jalan Budiman menghala ke lampu isyarat Panji Alam sebelum motosikal mangsa dirempuh kenderaan itu dari belakang.

Menurut Napisah Ismail, 40-an, dia tidak menyangka kemalangan itu membabitkan suaminya kerana baru saja bercakap dengannya melalui telefon.

“Saya hanya tahu kejadian itu apabila dimaklumkan kawan arwah terbabit dalam kemalangan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila saya sampai di lokasi, saya tanya polis nama mangsa sebab mayatnya sudah ditutup. Polis minta saya lihat motosikal dan apabila saya sahkan ia motosikal suami, polis pun bagi tahu nama si mati yang juga suami saya,” katanya.

Dalam pada itu, anak mangsa, Noranikah Asyirah Ahamaddin, 17, tidak menduga kemalangan di hadapan sekolahnya membabitkan ayahnya.

“Ayah tidak pernah lewat mengambil saya selepas kelas tambahan tetapi hari ini, dia lambat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.


http://www.hmetro.com.my/node/216389


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama sama orang yg beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 04:58 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..Takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara jah acik itu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2017 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nyanyuk2 jgn la sibuk masih nk drive...menyusahkan org lain jah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 09:23 PM | Show all posts
siannya..

anak tunggu ayah,

isteri tunggu suami..


gantung je lesen pembunuh tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064670 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list