CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6124|Reply: 93

[Tempatan] Rayu bantuan dari orang ramai tanggung hantar anak hafiz Quran ke Al Azhar

[Copy link]
Post time 26-3-2017 05:47 PM | Show all posts |Read mode

http://www.sinarharian.com.my/ed ... s-ke-mesir-1.648509

Rayu tanggung kos ke Mesir
AZMAN CHE MAN
24 MAC 2017

[url=]
[/url]








Ku Abdul Muhaimin bersama ibunya ketika ditemui di tempat kerjanya di taman kekal pengeluaran makanan, dekat Tanah Merah


TANAH MERAH - Seorang hafiz al-Quran dari Felda Kemahang 1, di sini, merayu bantuan orang ramai bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Mesir, akhir bulan ini.

Ku Abdul Muhaimin Ku Mat, 21, berkata, berdasarkan surat tawaran rasmi diterimanya, dia perlu menyediakan wang sebanyak RM3,538 untuk kos pengurusan termasuk tiket kapal terbang.

Katanya, dengan pendapatan keluarganya bergantung kepada hasil menanam sayur, dia amat memerlukan bantuan segera daripada orang ramai kerana dijadualkan bertolak ke Mesir antara Isnin dan Khamis ini.

“Jumlah tersebut tidak termasuk duit belanja. Saya tidak dapat penajaan dari mana-mana pihak dan pergi ke sana atas tanggungan sendiri,” katanya yang merupakan lulusan Diploma Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Kubu Baru, Selangor.

Anak kesembilan daripada 10 beradik itu kini membantu ibu bapanya di taman kekal pengeluaran makanan, dekat sini, selepas tamat pengajian diploma, awal bulan ini.

Ku Abdul Muhaimin berkata, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti terkenal itu untuk tempoh selama empat tahun dalam bidang pengajian Usuluddin.

“Hanya empat lulusan Diploma Tahfiz Darul Quran Jakim dapat tawaran melanjutkan pengajian di Mesir pada tahun ini termasuk saya sebab itu saya harap sangat dapat pergi,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui Maybank di nombor akaun 1620-7666-6790 atas nama Ku Abdul Muhaimin atau menghubunginya di talian 013-3969499.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2017 05:48 PM | Show all posts
Laba li tak mau bantu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah try tp tak boleh ban in pun??
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:02 PM | Show all posts
time2 ekonomi merudum gini blajar lokal je lah dek..IPTA lokal pun okay pe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:14 PM | Show all posts
i'll pray for him   
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi gigih nak study oversea
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2017 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Da tau x mampu nak g sana, apa kata belajar kat UIA. Dekat pun dekat. X perlu perhabiskan duit banyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:23 PM | Show all posts
Changa replied at 26-3-2017 06:16 PM
Amboi gigih nak study oversea

derma jelah sis.. kerja nak mengutuk je tak de faedah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la nak menyusahkan diri pegi jauh2.niat dh bgs tapi kalau tak mampu bljr la dkt jer.tu baru tiket flight.nak belanja makan minum nanti mcm mana?hadap org bank in jugak ker?fikir panjang dek oiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 26-3-2017 06:02 PM
time2 ekonomi merudum gini blajar lokal je lah dek..IPTA lokal pun okay pe

Belajar lokal pun kena sediakn lebih kurang gitu gak Pak Din

At least kat sana yuran free...rm3k tu utk tambang flight dan belanja runcit lain....

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:40 PM | Show all posts
kalau kelantan ni biasanya yayasan kelantan bantu..

xpergi mohon sana ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:49 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-3-2017 06:31 PM
Belajar lokal pun kena sediakn lebih kurang gitu gak Pak Din

At least kat sana yuran free...rm3 ...

oo..al azhar yuran free eh??
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:51 PM | Show all posts

Bukan dulu kata Al Azhar nak buka branch dekat Malaysia ka ..  ongoing lagi ke projek tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
X paham sgt camne aturannya, kalaupun yuran ditanggung yg lain2 perlu difikir dalam2. Cuba la usaha blaja dlm negara or cr betul2 tajaan or pinjaman mana2. Me dulu x dpt masuk ipta cuma bleh sambung ipts gigih cari ipts yg diiktiraf, yg cover penuh pengajian, n yg provide sikit2 duit poket. Coz keluarga bkn org senang mana. Time stdy lebihan duit pinjaman guna utk bayar sewa umah n wat juga keje2 part time utk support diri. Mak ayah ade jugak bg duit belanja tp me kadang2 malu nk amik. Wat keje part time gigih turun bas naik bas rapid 2 jam awal. Walau org kate ipts ni mahal yuran me bersyukur byk2 coz sedikit sbyk dpt ilmu berguna, dari segi communication and survival skill. Pjg kan cte i
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 26-3-2017 10:20 AM
Da tau x mampu nak g sana, apa kata belajar kat UIA. Dekat pun dekat. X perlu perhabiskan duit banya ...

UIA pun lebih kurang gitu kosnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah katanya lulusan dip dr jakim..takan jakim tak dpt bantu..jakim byk duit tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 07:19 PM | Show all posts
Edited by jazaa100 at 26-3-2017 07:26 PM
saladin780 replied at 26-3-2017 06:49 PM
oo..al azhar yuran free eh??

iya freee....

setahun cuma bayar rm3++ je utk apa ntah....tak sampai rm10 punn...sbb kat sana org berlumba lumba berinfaq (mampuih lah sis changa kecam sbb guna istilah ereb)....
bayangkn Universiti Al-azhar tu di wakafkan oleh Saidinna Oma Al-Khattab (sori klu akak silap) sampai ke hari ni pelajar pelajar dpt belajar di situ...
Jadi sesiapa yang infaqkan harta dia di situ...bila pelajar tu balik dan mengajar orang di sini pulak, atau memanafaatkan ilmu yang dia dapat dari sana, bayangkan berapa byk pahala org yang berinfaq tu dapat...sbb tu org ereb suka berinfaq pada university sbb pahala tu akan berterusan....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 07:29 PM | Show all posts
zamnie replied at 26-3-2017 05:51 PM
Dah try tp tak boleh ban in pun??

mgkin mayban dah freeze kan akaun dia kot sbb byk sgt transaction masuk.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 26-3-2017 06:49 PM
oo..al azhar yuran free eh??

Universiti di arab samada al azhar atau universiti madinah kos belajar pree dik... ini bukan.malaysia.... plus bila belajar sana, dorang automatik expert bahasa arab dan sijil mereka bila dah balik sini laku dgn harga yg mahal disini....

Yg melalak kat atas suruh sambung kat sini dorang tak tahu camna universiti sana... sini dari daftar sampai yuran tahunan semua kena bayar dan kos puluh2 ribu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 26-3-2017 07:00 PM
UIA pun lebih kurang gitu kosnya kan?

Kos dia xla byk sangat dari belajar kat sana, habis kat sana sape nak tanggung?? Kalau ada pinjaman dan biasiswa ok la, itu kalau cukup, kat UIA at least boleh apply PTPTN. kerja pun cepat dpt walaupun gaji x tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.076053 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list