CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26195|Reply: 182

(Edisi Panas) Johan As'ari Jumpa Aishah Bujang di Hotel Pukul Tiga Pagi? Update

[Copy link]
Post time 27-3-2017 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aleesyasofia at 5-4-2017 12:43 AM

kredit to mstar online dan mynewhub


PENYANYI Aishah Bujang mengakui ada berborak kosong dengan aktor Johan As’ari dalam bilik hotel pada pukul 3 pagi ketika mereka sama-sama menjayakan sebuah acara hiburan di Singapura pada Februari lalu.
Aishah, 26, berkata, pelakon Juvana itu datang ke biliknya selepas acara berkenaan untuk berkenalan dengan lebih rapat, namun ditemani oleh beberapa rakan lain.
“Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak.
“Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada,” ujarnya kepada mStar Online.

Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Bujang ini diminta mengulas berita di ruangan pojok akhbar mingguan bahawa aktor lelaki itu mengetuk pintu bilik pada pukul tiga pagi ketika di sebuah hotel.
Tambah penyanyi lagu Cinta Dan Luka ini, kejadian itu merupakan pertama kali dia berjumpa dengan aktor berkenaan.
“Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak.
“Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri,” ujarnya.
Bagaimanapun, Aishah berkata, dia bimbang berita tersebut memberi persepsi negatif dan disalah anggap oleh masyarakat.
Katanya, dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan aktor berkenaan biarpun sudah bertukar nombor telefon.
“Saya takut orang salah anggap dan jika Johan ada kekasih tentu akan menimbulkan rasa tidak senang. Saya sendiri tidak tahu dia ada kekasih atau tidak ketika kami berkenalan.
“Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini,” ujarnya. – mStar Online

Update Kenyataan Johan (kredit to BNara):
Negara kita ada undang-undang, kalau salah tangkap jer. Gosip-gosip ni biasalah asam garam dunia hiburan. Gosip itu khabar angin, fitnah itu cerita yang tidak berasas.

[size=30.7924px]Kenyataan Johan post #182[size=30.7924px]ISU PERGI BILIK AISHAH JAM 3 PAGI: JOHAN AS'ARI MENGAKU SALAH, MOHON MAAF


[size=30.7924px]Tidak mahu isu ini terus dikecam masyarakat, pelakon Johan As'ari yang sebelum ini pernah menafikan telah tampil mengakui kesilapannya iaitu pergi ke bilik Aishah Bujang pada jam 3 pagi di sebuah hotel di Singapura.

[size=30.7924px]"Saya memang berhajat nak berkawan dengannya. Tapi tak sangka pula keadaan lain berlaku apabila ada memandang serong pada Aishah pula gara-gara tersebar gosip ini.

[size=30.7924px]"Dalam hal ini saya yang patut dipersalahkan. Saya tidak patut pergi berborak dengan Aishah pada awal pagi itu dalam keadaan yang mencurigakan," akui Johan.

[size=30.7924px]Pada masa yang sama, Johan juga memohon maaf secara terbuka kepada Aishah atas apa yang berlaku kerana yakin isu ini sedikit sebanyak sudah mencalarkan maruah wanita itu.

[size=30.7924px]"Saya memohon kemaafan secara terbuka buat Aishah dalam hal ini jika gosip sebegitu menyebabkan dia tidak selesa.

[size=30.7924px]"Saya perlu menjaga air muka dia. Sebagai wanita saya yakin pasti maruahnya tercalar apabila cerita sebegini muncul," katanya yang juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan Aishah sekiranya masalah ini terus berlanjutan kelak.

[size=30.7924px]Terdahulu, bintang Akademi Fantasia musim 7 (AF7) ini mengakui bahawa pelakon tersebut ada datang dan masuk ke biliknya pada pukul 3 pagi di sebuah hotel di Singapura pada bulan lalu.

[size=30.7924px]Dakwa Aisyah, tujuan pelakon drama dan filem 'Juvana' itu hadir ke biliknya adalah sekadar mahu berborak dengannya. Aishah juga memberitahu bahawa mereka berdua ada bertukar-tukar nombor telefon.

[size=30.7924px]Wanita berusia 26 tahun itu juga mengatakan Johan datang dengan ditemani oleh beberapa orang rakan lain.

[size=30.7924px]Apa-apapun, sekurang-kurangnya Johan sudah mengakui kesilapan beliau dan turut memohon maaf kepada Aishah. Harapnya, selepas ini Johan lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang rasa curiga dan fitnah lagi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 02:35 PM | Show all posts
LOL..ingatkan johan sehari jumpa aisyah masih bujang di bilik hotel

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:36 PM | Show all posts
birahnya ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:38 PM | Show all posts
Edited by catalina at 27-3-2017 02:42 PM

dah tak boleh nak tunggu siang ker dik nak menyembangnya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Who rrrr yusss aisyah bujang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2017 02:41 PM | Show all posts
aisyah bujang ni sape?berlakon citer ape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:42 PM | Show all posts
catalina replied at 27-3-2017 02:38 PM
dah tak boleh nak tunggu siang ker dek nak menyembangnya?

abg dh x tahan dikkkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 02:47 PM | Show all posts
aisyah ni yang ganti amyra rosli nyanyi masa semi muzikmuzik tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aisyah yt mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:48 PM | Show all posts
dah dua kali iols tertipu.. tadi dengan tokpitput, nih dengan chuosl pulak TT..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Highline pon kemain
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:49 PM | Show all posts
memandangkan meols xtaw saper minah ni so meols gugel
owhh dia budak AF7
dah tgk gambar still x blh nk recall dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe dia ingat kat singapore takpe kot buat mcm tu. Sedangkan kat malaysia selalu je ada cerita mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2017 02:51 PM | Show all posts
Themilo replied at 27-3-2017 02:48 PM
dah dua kali iols tertipu.. tadi dengan tokpitput, nih dengan chuosl pulak TT..

awatnya? ape yg meols tipu chuols nie..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni budak af.
Tak silap dulu sekolah agama then masuk itm kan. ...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Johan asaari semua pompuan dia nak sapuui. Blahh laaa woi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:58 PM | Show all posts
tlg tepek gmbr aisyah ni jap.. nk kenal mana 1 org nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 03:00 PM | Show all posts
Johan Sehari kemain haritu kata nak kahwin dengan retis ibu tunggal. Alih-alih dengan Ecah Bujang ni engko try test yer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2017 03:01 PM | Show all posts
IxoraP replied at 27-3-2017 02:58 PM
tlg tepek gmbr aisyah ni jap.. nk kenal mana 1 org nya

meols ada tepek kat first post tue.. ada gmbrnya bwh artikel..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.792194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list