|
Edited by sk8er at 28-3-2017 11:49 AM
ANAK angkat kedua kepada penyanyi Azharina Azhar,32, Rizkie Azharin Azhar Abdullah dilaporkan sedang nazak.
Menurut Azharina, Rizkie kini masih diberi rawatan dan telah ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
“Paru-paru dah penuh susu, pendarahan otak , buah pinggang kiri kanan sudah rosak , darah dia menunjukkan asid yang tidak menentu untuk hidup.
“Semasa saya bawa ke hospital selepas konsert dia masih boleh bernafas. Sekarang hanya bergantung 100 peratus pada mesin oksigen, jantung juga di pam,” tulisnya.
“Memang dia kalau hidup akan seksa dan tidak normal. Saya sudah tidak berdaya, saya mohon bagi saya masa menguruskan anak sehingga saat akhir dia.
|
|