CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4720|Reply: 81

[Dunia] Cuti sakit haid 3 hari kepada pekerja wanita

[Copy link]
Post time 27-3-2017 10:55 PM | Show all posts |Read mode
| March 27, 2017

Pernah tak anda mengalami senggugut tetapi masih perlu bekerja kerana “tidak larat” berjumpa doktor untuk mendapatkan sijil cuti sakit atau memohon cuti kecemasan atau tahunan dari syarikat?

Kini, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk bekerja di Itali kerana sudah ada perbincangan di peringkat Parlimen untuk memperuntukkan 3 hari cuti sakit kepada pekerja wanita ketika datang haid.

Jika cadangan ini diluluskan, Itali bakal menjadi negara Barat pertama yang memberi keistimewaan tersebut kepada pekerja wanita.

Pun begitu, ada pihak yang bimbang jika dasar itu diluluskan, ia boleh menjejaskan peluang wanita menembusi pasaran kerja di negara yang mempunyai kadar tenaga kerja wanita terendah di Eropah.

Statistik menunjukkan kadar tenaga kerja wanita di Itali hanya 61% berbanding purata 72% di Eropah.

“Majikan akan memilih pekerja lelaki berbanding wanita,” keluh Lorenza Pleuteri dari majalah Donna Moderna.

Selain cadangan cuti sakit haid itu, Itali juga terbukti sebuah negara mesra wanita melalui dasarnya yang lebih memihak kepada golongan Hawa.

Ibu bersalin boleh menikmati gaji penuh selama 5 bulan, selain itu kedua-dua ibu dan bapa dibenarkan mengambil cuti tambahan 6 bulan dengan 30% gaji.

“Wanita sudahpun mengambil cuti sakit apabila senggugut, tetapi undang-undang baharu membolehkan mereka bercuti tanpa sijil sakit,” kata pakar ekonomi di Itali, Daniela Piazzalunga.

“Jika undang-undang ini diluluskan, ia pasti memberi kesan negatif. Permintaan untuk pekerja wanita akan turun, selain kesan dari segi pendapatan dan kenaikan pangkat,” tambahnya.

Cadangan itu dibentangkan 4 wakil rakyat wanita dari Parti Demokratik, pada 13 Mac lalu.

Undang-undang hampir serupa sudah dilaksanakan di China, Jepun dan Korea Selatan, selain beberapa syarikat besar seperti Nike.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 11:02 PM | Show all posts
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2017 11:02 PM
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka

Cer makan kismis hari hari. Ada vendor wife dia makan ok. My fren makan pun ok. InsyaAllah. Cer try. Dia boh dalam salad. Yang kotak kecik tu makan hari hari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Best le jd perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn dekat msia tadi....

Maklumlah nk dekat election ni mcm mcm org gomen blh dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:37 PM | Show all posts
munchkin replied at 27-3-2017 11:18 PM
Cer makan kismis hari hari. Ada vendor wife dia makan ok. My fren makan pun ok. InsyaAllah. Cer tr ...

penah baca kat buku islamic medical petua suruh mkn fig.mmg ada penah mkn.tapi since figs dari syria dah takde stok..malas nak mkn.sbb fig dari syria tu lembut sikit.skrg bila dah takde buah tin..habis2 telan panadol jela.abis citer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2017 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 28-3-2017 01:39 AM
alesandra replied at 27-3-2017 11:37 PM
penah baca kat buku islamic medical petua suruh mkn fig.mmg ada penah mkn.tapi since figs dari syr ...


Ahhh fig ye. Susah nak dapat tu. Yg bagi petua ni chinese sengsei. Berkesan pulak kata vendor tu. Wife dia period pain teruk. Fig sedap tu. Nak makan hari hari pingsan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 01:41 AM | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2017 03:02 PM
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka

warga wanita jepun jarang kena senggugut... bykkan makan makanan berasaskan soya  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2017 11:02 PM
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka

Senggugut je kak? Period lama & banyak ada tak? Takut fibroid je
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
wow best ni

nak gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi prihatinnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2017 11:02 PM
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka


Akak perasan senggugut jd sakit bln tu depend on pemakanan kita pada bln tu. Kalo akak makan balance nutrition alhamdulillah tak sakit bln tu. Bole jd mcm adibah noor lompat2  
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:41 AM | Show all posts
Wife Lox kalau senggugut Lox bagi penadol menstrual & tuam-tuam kat perut dia dengan ayaq suam..kesian kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
3_abdul replied at 27-3-2017 05:41 PM
warga wanita jepun jarang kena senggugut... bykkan makan makanan berasaskan soya

Pompuan xleh makan soya banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:46 AM | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2017 11:02 PM
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka

kalau ikut kata doktor, sepatutnya makin kertu x de rasa sakit2 lagi..
kecuali ada penyakit lain...
better check..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:51 AM | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2017 11:02 PM
aku nih makin kertu makin sakit senggugut tiap bulan.pasai apa eh?hormon ka

hormon..jgn minum ais..samala kita..mula2 piyet dulu2 tkde cramp perut..skrg mcm2 ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 08:53 AM | Show all posts
klu perlu amikla..sakit tu jgn jadikan alasan utk alasan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:53 AM | Show all posts
klu nak period tu, seminggu sebelum tu kurangkan makanan bergaram tinggi.. jgn minum ais..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 09:11 AM | Show all posts
Dulu aku x percaya bila orang cakap jgn kerap minum ais. Tapi lepas aku kurangkan minum ais, mmg berkurangan la senggugut. kalau x boleh capai level guling2 & berpeluh2 tahan sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 09:37 AM | Show all posts
Wah... best la keje kat italy.... bukan senang nk dpt mc... i biase setahun, sehari dua je mc tu pun sbb batuk atau demam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.065105 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list