yang heran nya, apsal patung2 lain tak tolong member dia kena curi?... tarak power punya patung
bahahaha
FANATIK punya pasal, patung pun dicuri! Demikian yang berlaku di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) Midvalley apabila salah satu patung watak adi wira filem Power Rangers, iaitu red ranger dilaporkan hilang. Kehilangan itu turut disahkan menerusi Facebook GSC pada Khamis, sebelum tular di laman sosial.
Rata-rata netizen ketawa apabila mengetahui berita itu kerana merasakan berita kehilangan patung itu sungguh melucukan.
Malah, status GSC yang kedengaran lucu itu turut membuatkan cerita kehilangan patung berkenaan menarik perhatian netizen. “Walao eh, siapa yang terdesak sangat sampai bawa balik rumah? “Berita tergempar!! Red Ranger telah hilang dari GSC Mid Valley! Ini bukan gurauan, ini betul. Kalau tidak percaya, anda boeh pergi dan tengok sekarang. “Tolong bantu kami cari Red Ranger, jika tidak empat sahabatnya akan bersedih,”tulis kenyataan itu.
|