Edited by kakasotong at 29-4-2017 09:49 PM
Meols dah berapa hari ternampak iklan GEMA Gegarvaganza ni kat astro. Ingatkan program apa lah kan rupanya program nyanyian berkonsepkan islamik sama mcm format GV tapi yg ni untuk artis-artis nasyid je. Iols baru tahu gak harini dah berlangsung sidang media program gema gegarvaganza ni utk perkenalkan pengacara & peserta yg bakal bertanding untuk musim ni.
Nama program: GEMA Gegarvaganza (GGV)
Untuk Siaran: Astro Oasis ch 106 & Astro Maya HD ch 135 | Astro Ria ch 104 & Astro Ria HD ch 123
Masa Siaran: LANGSUNG bermula 8 April 2017, 9 malam
Pengacara: Achey, Siti Nordiana, Fikri Lawak Solo
Barisan Peserta: Hafiz Hamidun, UNIC, Hijjaz, Mirwana, Ana Raffali, Saujana, Izam EYE, Azmi Caliph Buskers, Bienda, Wani
Juri Tetap: Oki Setiana Dewi & Farihin Abd Fatah
Hadiah Utama: Juara (RM100K), Naib Juara (RM30K), Ketiga (RM20K), Ke-4 (RM10K)
P/S: Mohon mod jangan campak thread meols ke bod tv. Ni thread khas untuk bergosip gosipan pasal peserta2 yg bertanding jua bukan setakat cerita psl program ni je. Hehehehe thank you in advance mod
|