CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3769|Reply: 35

cikgu tusen pendera anak orang

[Copy link]
Post time 27-3-2017 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by viruscacar at 27-3-2017 11:13 PM


brenti la jadi cikgu kalau asik nak berforum dalam kelas 24jam. yuran tusyen bukan main tinggi kau ambik, budak kacau kau berforum, kau libas cam ilang akal. badua punya olang.
3 hali gulu tusen talak dapat makan sup babi lia punya gian selupa mahu bunuh olang.




KUALA LUMPUR: Polis Johor menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes dera seorang kanak-kanak sehingga melecur tahap dua di bahagian punggungnya ketika berada di bawah jagaan guru di sebuah pusat tuisyen.
Lelaki berkenaan merupakan pembantu kepada guru di sebuah pusat tuisyen di Skudai yang didakwa mendera kanak-kanak terbabit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, usaha kini sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan beberapa lagi guru di pusat tuisyen berkenaan.
Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurut laporan, kanak-kanak itu mendakwa didera oleh guru tuisyennya yang merotan punggungnya hingga meninggalkan kesan.
Punggung mangsa kemudiannyadidakwa telah ditekap dengan cawan plastik, kaca dan kuali yang direndam dengan air panas bertujuan untuk menghilangkan kesan rotan.
Kejadian terbongkar apabila mangsa yang tinggal di pusat tuisyen berkenaan sejak dua minggu lalu melarikan diri dengan memanjat pagar dan meminta bantuan jiran, petang semalam.
Kakak mangsa kemudiannya membawa mangsa ke klinik swasta untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah selain turut membuat laporan polis malam tadi.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2017 11:10 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:13 PM | Show all posts
Dah ada dah...



Update: Pembantu Pusat Tuisyen ditahan sebab SEBAT, letak cawan KACA & KUALI panas DIBONTOT budak 7 tahun hingga MELECUR + tak bagi MAKAN 2 minggu
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2017 11:18 PM | Show all posts

tak apa, sepet punya hal aku up lagi.

bahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 11:21 PM | Show all posts
siannya,

melecur sampai mcm tu, mesti sakit.


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Dok situ 2 minggu x balik umah ke? Confuse
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2017 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuisyen? Tgal smpi 2mgu.erm
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembantu guru...  Bukan guru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 07:33 AM | Show all posts
sbb tu aku takot nk htr tuisyn..
pangai memasing cam hanat
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:24 AM | Show all posts
gila punya teruk dera anak org..

gila kot cikgu nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:33 AM | Show all posts
cikgu tusyen jer pun....hek eleh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:46 AM | Show all posts
memang tuisyen sampai ada menetap rumah sebegitu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 08:50 AM | Show all posts
cilakanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 10:10 AM | Show all posts

Punggung Teruk Melecur, Murid Tahun Satu Didera Guru Tuisyen

Dipercayai dirotan dan didera dengan perkakas panas oleh guru tuisyennya, seorang murid Tahun Satu cedera dan melecur di punggung.


Memetik laporan Bernama, kakak kepada murid itu berkata adik lelakinya dikatakan diperlakukan sedemikian oleh guru wanita itu akibat nakal dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolah.


“Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini oleh sepasang suami isteri yang merupakan jiran guru tersebut, kira-kira 5 petang semalam dengan mengatakan adik saya melarikan diri dari rumah guru berkenaan lalu bersembunyi di rumah mereka."


Wanita berumur 24 tahun itu yang merupakan peniaga makanan berkata demikian pada sidang media yang diatur Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting, Cheo Yee How, Kelmarin.


Menurutnya, adiknya yang bersekolah di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor Bahru, dihantar ke pusat tuisyen berkenaan sejak Disember lepas dan kemudian tinggal di rumah guru tersebut sejak dua minggu lepas.


Lim berkata adiknya yang disahkan melecur tahap dua kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah dan dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sentral, Johor Bahru kira-kira 10 malam kelmarin.


“Tujuan saya membuat laporan itu kerana mahu guru tersebut dikenakan tindakan undang-undang. Saya ada menghubunginya menerusi telefon bimbit untuk berjumpa, namun, dia memberikan alasan sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur."


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi berkata polis sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes tersebut.- CARI

sumber foto: Facebook

sumber foto: facebook

sumber foto: Facebook
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 10:40 AM | Show all posts
dah kenapa hga 2 mgu duk situ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Apahal adik ko bermalam ngan cikgu tuisyen selama 2 minggu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 10:57 AM | Show all posts
belilies replied at 28-3-2017 02:45 AM
Apahal adik ko bermalam ngan cikgu tuisyen selama 2 minggu?

Dalam police report tu cikgu tu sendiri request, sebab adiknya nakal sangat so cikgu nak didik katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 11:02 AM | Show all posts
ass hole burn...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 11:06 AM | Show all posts
Dera sampai lecur cam tu boleh buat budak jadi pandai ke jadi mental akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 11:11 AM | Show all posts
ngerinya...
kesian kat budak tue
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074756 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list