CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6018|Reply: 111

[Tempatan] BN akan menang pru 14

[Copy link]
Post time 28-3-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dr Jomo Kwame Sundaram adalah pakar ekonomi di Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS).

Berikut soal-jawap yang dijalankan baru-baru ini.

Soalan: Apa ramalan ekonomi Dr Jomo di peringkat dunia dan nasional?


Jawapan: Keadaan ekonomi dunia terus muram. Ekonomi Barat, terutamanya di Eropah, enggan mengambil tindakan fiskal yang perlu untuk mencapai pemulihan, apa lagi pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Di Malaysia, kita masih tersangkut dalam keadaan kemelut setelah krisis kewangan Asia tahun 1997-1998.

Pasaran saham tidak mencerminkan keadaan ekonomi sebenar, apa lagi nasib rakyat jelata. Kenaikan harga minyak dan minyak kelapa sawit baru-baru ini banyak membantu ekonomi nasional, terutama sekali kedudukan kewangan kerajaan.

Dari segi nasib orang biasa, dua faktor membantu.

Pertama, pengenalan dasar gaji minima mulai awal tahun 2013, yang telah sedikit menaikkan pendapatan rakyat bawahan.

Kedua, bantuan rakyat BR1M yang menggantikan subsidi lain. Subsidi seperti subsidi petrol lebih banyak menguntungkan mereka yang lebih berada, sedangkan subsidi gula memberi kesan buruk dari segi kesihatan, seperti kencing manis, dan lain lain.

Malangnya, dari segi lain, rakyat jelata rugi.

Jumlah bantuan, termasuk BR1M, telah banyak kurang daripada RM40 bilion pada 2014 kepada RM25 bilion pada 2016, sedangkan cukai terhadap orang ramai telah meningkatkan hasil cukai jualan daripada RM17 bilion pada 2014 lebih dari dua kali ganda kepada hasil GST sebanyak RM39 bilion pada 2016!

Di samping itu, hasil cukai pendapatan peribadi tidak meningkat di mana separuh daripada pemilik kereta mewah Jerman (Mercedes, BMW, VW, Audi) langsung tidak membayar cukai pendapatan!

Ini bermakna subsidi telah banyak menurun walaupun sebahagian diagihkan melalui BR1M, bukan lagi subsidi lain.

Di samping itu, beban cukai terhadap orang ramai banyak meningkat, sedangkan cukai pendapatan peribadi makin menurun.

Sistem fiskal digunakan untuk meminda pendapatan daripada orang ramai kepada pihak berkuasa untuk projek mewah dan menutup penyelewengan 1MDB, dan lain-lain.

S: Dr Jomo dilaporkan meramalkan kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang. Betulkah?

J: Saya tidak kata BN akan menang, tapi pembangkang akan kalah kalau lawan tiga penjuru. Soal kerjasama pembangkang menjadi masalah pokok.

Sebenarnya, kemarahan rakyat kian meningkat, dan mungkin BN tak dapat capai 40% dari jumlah undi, tapi dengan system pilihanraya yang ada sekarang, BN dan Datuk Seri Najib Razak akan dapat terus berkuasa.

S: Apakah sebabnya pembangkang tak dapat kerjasama?

J: Perselisihan utama ialah antara DAP dengan PAS. Sebenarnya, sewaktu Ustaz Fadzil Nor dan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat masih ada lagi, memang lebih mudah.

Di pihak lain pula, ada pemimpin DAP yang cuba menjaga hubungan itu, tetapi ada juga lain yang ‘naik tochang’.

Sewaktu Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti utama masing-masing menjaga kepentingan parti dan kadangkala tidak menghormati keputusan bersama.

Selepas pilihanraya lepas, DAP yang keluar dari Pakatan, bukan PAS. Tindakan itu telah menghancurkan kerjasama.

Kemudian, menjelang Muktamar PAS, pimpinan DAP jelas campurtangan hal dalaman PAS, dengan menyokong Mat Sabu dan menentang Haji Hadi, kononnya atas soal kerjasama pembangkang.

Kemudian, apabila Mat Sabu serta golongan yang dipinggirkan dalam PAS keluar menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH), DAP jelas menyokong mereka.

Pemimpin Umno juga berjaya mengambil kesempatan dalam keadaan kucar-kacir ini untuk memastikan pihak pembangkang tidak bekerjasama. Media massa dan badan kerajaan tertentu turut main peranan.

Malah, pemimpin pembangkang menggunakan media yang dikuasai BN untuk kritik-mengkritik satu sama lain tanpa usaha mencari penyelesaiaan.

S: Apa ramalan Dr tentang keputusan pilihanraya akan datang?

J: Selain soal lawan tiga penjuru, ada beberapa perkembangan lain yang membantu BN.

Persempadanan semula, yang menukar kawasan mengundi, akan membantu BN sekali lagi. Di samping itu, selama ini, pembahagian kerusi sentiasa menguntungkan BN.

Sabah dan Sarawak mempunyai satu suku dari kerusi parlimen, walaupun peratusan rakyat sana jauh lebih kurang. Di samping itu, parti pembangkang dari Semenanjung kurang peka terhadap keluhan rakyat di situ, terutama sekali selain orang bandar di Sarawak.

Kalau pihak pembangkang tidak berjaya mengatasi perselisihan mereka, BN akan terus memerintah di peringkat persekutuan atau nasional. DAP dan PKR barangkali akan terus berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

PAS pula sukar menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah tanpa kerjasama dengan pembangkang lain walaupun tidak dapat dinafikan PAS lebih kuat di kebanyakan kawasan di negeri-negeri itu.

Malah, PAS mungkin tidak dapat memerintah di peringkat negeri lagi kecuali dengan restu Umno, yang akan mendalangi kerajaan negeri berkenaan walaupun dengan MB dari PAS.

Kalau demikian, ini akan menimbulkan semula masalah seperti di Kelantan pada tahun 1970an, yang akhirnya menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan dan menyebabkan PAS kembali kepada pihak pembangkang sebelum mengambil semula teraju negeri Kelantan pada tahun 1990.

Di kawasan Melayu lain, PAS akan menarik undi pembangkang Melayu/Muslim lain, seperti diharapkan BN.

Akibatnya, sukar bagi pembangkang maju, apa lagi menukar teraju negara walaupun majoriti orang Melayu tidak menyokong Umno dan BN lagi.

Ironisnya, akibat perselisihan di kalangan pembangkang Melayu, kedudukan kesemua mereka akan merosot walaupun kemarahan rakyat Melayu terhadap Umno-BN terus meningkat. Malah, cogankata Reformasi dulu jauh lebih relevan sekarang kerana korupsi, kronisme dan nepotisme berleluasa.

Kedudukan BN akan bertambah kuat walaupun sokongan undinya jauh lebih rendah.

PAS, PKR, BERSATU dan AMANAH semua akan menjadi makin lemah, dan mungkin beberapa parti akan hancur. DAP akan timbul semula sebagai pembangkang utama di Malaysia akibatnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 02:19 PM | Show all posts
tak payah komen dari prof. ni pun org dah buleh agak dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:26 PM | Show all posts
percayalah PRU14..BN akan menang lebih besar & merampas kembali Selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:31 PM | Show all posts
Edited by highcastle at 28-3-2017 02:32 PM

Mmg BN boleh menang. Pembangkang sendiri pun kacau bilau. Kalau tgk Parti PAN atau PAS pun bukan nak lawan BN pun, tapi nak lawan satu sama lain...............
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:34 PM | Show all posts
Simunggu replied at 28-3-2017 02:26 PM
percayalah PRU14..BN akan menang lebih besar & merampas kembali Selangor...

aku harap BN akan menang selangor

dekat kelantan tu tak payahlah kacau

bagilah dekat PAS terus memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:45 PM | Show all posts
BN akan menang, tapi  masih belum dpt 2/3 lagi aku rasa. BN cuma ada chance utk tersungkur di Perak dan Kedah jah. Yg diperintah BN skarang akan kekal BN, mgkin dlm majoriti mudah jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2017 02:51 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 02:55 PM | Show all posts
apa pendapat dr kopek kesayanganku @dodolgemok

kakak rasa ini jarum2 halus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 02:56 PM | Show all posts
Modngengade replied at 28-3-2017 02:55 PM
apa pendapat dr kopek kesayanganku @dodolgemok

kakak rasa ini jarum2 halus

biarlah dia meratib hiba nanti apabila pakatan kalah di selangor



Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 28-3-2017 02:56 PM
biarlah dia meratib hiba nanti apabila pakatan kalah di selangor

Tak rasa pakatan akan kalah di selangor

Bila pakatan kalah tiada lagi air free utk rakyat selangor
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:03 PM | Show all posts
DOnt care lah menang ke kalah, aku ada soalan..kalau selangor jatuh balik ke BN, adakah BN akan teruskan dasar yg menguntungkan rakyat seperti free water, free bus ( mungkin BN boleh luas kan lagi kawasan free bus ni kalau menang) atau adakah mereka akan cancel?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:03 PM | Show all posts
Muntz replied at 28-3-2017 02:45 PM
BN akan menang, tapi  masih belum dpt 2/3 lagi aku rasa. BN cuma ada chance utk tersungkur di Perak  ...

kannn..itula ramalan yg paling realistik sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 28-3-2017 02:45 PM
BN akan menang, tapi  masih belum dpt 2/3 lagi aku rasa. BN cuma ada chance utk tersungkur di Perak  ...

Betul tu..umno kt kedah pn dh kacau sesama depa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 28-3-2017 02:55 PM
apa pendapat dr kopek kesayanganku @dodolgemok

kakak rasa ini jarum2 halus

Jomo kwame who are yusss? Nama seperti indogs jowo kerak jah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 28-3-2017 02:56 PM
biarlah dia meratib hiba nanti apabila pakatan kalah di selangor

Cacai berangan negeri maju nak beri peluang pada smpah umngok memerintah? Not in a million years!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga PAS menjadi parti yang kuat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 03:17 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 28-3-2017 07:06 AM
Jomo kwame who are yusss? Nama seperti indogs jowo kerak jah.

Bimbonya sister, dia bukan jawa ok, kacukan keling dan jinjang jua.....


Jomo is married to Felice Noelle Rodriguez; they have three children: Nadia (born 1987), Emil (born 1989) and Leal (born 1990). His father Shree Kaliana Sundaram died in February 1974 after a distinguished military record in Europe, Africa and Asia during the Second World War and subsequent civic activism including the independence, cooperative and labour movements. His mother Chua Sock Liang died in December 2010. After retiring from two decades working in a home and school for blind children, she volunteered for women's support groups and supported Jomo's advocacy work.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 28-3-2017 03:17 PM
Bimbonya sister, dia bukan jawa ok, kacukan keling dan jinjang jua.....



Tak penting sis. Pokoknya who are yusss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2017 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 28-3-2017 02:19 PM
tak payah komen dari prof. ni pun org dah buleh agak dah.....

Pru 14 pembangkang memang takda harapan dah hasil dari kebodohan masing2 tak reti nak berpakat elok2..

Tunggu pru 15 pembangkang akan kembali bersatu sebab belajar dari kesilapan.... tungguuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 04:42 PM | Show all posts
x pyh bgtau mmg diorg akan sembang menang besar.. takkan nk ckp kalah plk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.077280 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list