View: 4945|Reply: 125
|
[Tempatan]
Harga rokok akan naik RM21.50 sekotak?
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-3-2017 01:34 PM
%5BIMG%5D%5B/IMG%5D
KUALA LUMPUR: Langkah menaikkan harga rokok sehingga RM21.50 sepaket merupakan antara tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengakui bahawa kempen antirokok yang diusahakan kerajaan setakat ini gagal menghalang rakyat Malaysia daripada meneruskan tabiat merokok.
"Walaupun kita telah melaksanakan pelbagai kempen, tetapi sukar untuk menjayakannya.
"Sebagai contoh, kita telah mengisytiharkan kawasan rehat dan rekreasi sebagai lokasi larangan merokok tetapi masih terdapat perokok mengingkari arahan tersebut," kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata, kerajaan menghabiskan purata RM2 juta setahun sejak 2004 dalam melaksanakan kempen antirokok.
"Kita tidak lagi berkempen menerusi papan iklan dan kini menggunakan media sosial," tambah beliau.
Beliau berkata, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus.
Ujarnya, terdapat perancangan untuk meningkatkan harga rokok pada masa terdekat dengan tujuan mengekang orang ramai daripada terus merokok.
"Buat masa ini, harga rokok (paling tinggi) dijual RM17 sepaket dan harga itu mungkin akan dinaikkan kepada RM21.50 sepaket," katanya.
Tambah beliau, kerajaan merancang untuk membentangkan rang Rokok dan Produk Tembakau pada tahun depan bagi mengawal iklan dan penjualan rokok.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...zF541ifeRtO.99
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga 10 kg beras...sapa yang isap rokok baru la nampak gaya mutu dan keunggulan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau x nak rakyat kau merokok namun kau mengizinkan rokok dijual. I feel dizzy....
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih perokok2 sekalian kerana sanggup jadi penyumbang tegar kepada hasil cukai negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ikan kembung sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dah masuk 4 bulan berhenti merokok.....rokok seludup pun naik harga....... |
|
|
|
|
|
|
|
nak suruh berhenti naikkan harga rokok? baik naik kan sekali harga dadah dan pelacur
nampak bijak sgt kempen ini
|
|
|
|
|
|
|
|
ketekodok replied at 28-3-2017 10:46 AM
nasib baik dah masuk 4 bulan berhenti merokok.....rokok seludup pun naik harga.......
tauke rokok seludup akan naikkan harga dengan sengaja pasal nak kaut untung |
|
|
|
|
|
|
|
oleh yng demikian, jngan la dimarahi dan dipandang sinis kepada perokok jika anda terduduk sebelah mereka dsbnya, disbbkan mereka dgn rela hati membayar cukai kpd kerajaan. kalau nak kondem, sila kondem pada perokok yg sedut rokok seludup indognesial. |
|
|
|
|
|
|
|
SOfiemai replied at 28-3-2017 06:45 PM
Boleh ikan kembung sekilo
Khennn, ikan boleh bagi anak2 makan berzat, rokok? |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya.. tapi takde kesan juga rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
xckup mhal tue.. sila naik kn hrga lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.
Suami kata dulu2 nak berhenti merokok bila harga sekotak rokok RM20 ke atas atau mencapai usia 55 tahun, whichever is earlier. Termakbul doa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih perokok kerna jd byr pembayar cukai tegar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Naikkan sampai 30hengget je senang xyah nak sen2 susah nak kira nanti. Rakyat setuju je |
|
|
|
|
|
|
|
ko naikkn harga rokok ckupla jgn nati rokok naik abes beras belacan ikan kembong mnyk turut naik kangggg |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik iols perokok tegar keluar masuk ijn jah walaupun belum umur pencen. hati2 ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|