Tiupan angin kuat di beberapa kawasan di Prai petang kelmarin menyebabkan berlakunya pembentukan puting beliung kecil atau belalai air dekat Jambatan Pulau Pinang.
Fenomena belalai air yang biasanya berlaku di pesisir pantai kira-kira pukul 6 petang semalam menarik perhatian pengguna jalan raya.
Memetik laporan Berita Harian, rata-ratanya perlahankan kenderaan untuk merakam gambar dan video fenomena itu dan memuat naiknya di laman sosial.
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, amaran ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor Barat dan Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal malam ini,
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Manakala menurut kenyataan terkini dalam laman web jabatan, ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan dijangka berterusan sehingga malam kelmarin.- CARI
Post time 29-3-2017 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols pernah nampak dua kali anak ribut ni betul2 depan mata masa zmn sekolah dulu.. 1 ada pusaran atas pasir depan ruman jiran, ke dua pusaran kt daun2 kering masa balik sekolah.. Dua2 masa tu iols sorang2 wsktu tegah hari.. Menggigil ko satu badan.. Nasib pusaran tu x lama lbh kurang 3 minit mcm tu..
mse kecik2 dlu kat kg nenek iols, penah je nampak.. tp kecik je, duk pusing2 situ dlm beberapa minit pahtu menjauh ke sawah padi yang dh siap diketam...