CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5669|Reply: 98

[Tempatan] Edisi matilanakkk : Perang harga minyak bermula!

[Copy link]
Post time 29-3-2017 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by annabellaruz2 at 29-3-2017 11:44 AM

Matilanakkkk......


Mohamad Naufal Mohamad Idris
29 Mac 2017



HARI
ini, satu sejarah baharu tercipta apabila kerajaan melaksanakan kaedah penetapan harga bahan api secara mingguan, bagi menggantikan mekanisme secara bulanan yang diguna pakai sebelum ini.

Mekanisme ini diperkatakan sejak awal bulan ini apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan sudah tiba masanya ia dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.

Pengumuman penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan itu ialah pada setiap hari Rabu dan harga akan berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam pada hari berikutnya, iaitu Khamis.

Kaedah yang digunakan oleh kerajaan bagi menetapkan harga bahan api, bergantung kepada beberapa faktor seperti Mekanisme Penetapan Harga Minyak (APM), kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesan pembatalan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan kaedah ini menimbulkan kebimbangan daripada beberapa pihak yang melihat, mekanisme berkenaan akan menyebabkan stesen minyak yang mempunyai sumber kewangan kecil tidak mampu bersaing dengan stesen minyak yang memiliki sumber kewangan besar.

Ini kerana, apabila kaedah dikuatkuasakan, setiap stesen minyak akan berlumba-lumba menawarkan harga bahan api yang istimewa bagi menggoda pengguna untuk mengisi petrol atau diesel di stesen mereka.
        
Oleh demikian, perang harga sesama stesen minyak pasti berlaku dengan pengguna akan memilih stesen minyak yang menawarkan harga petrol dan diesel yang menarik bagi mereka.
        
Apa pun, kerajaan mungkin sudah mengambil kira beberapa pandangan daripada pelbagai pihak sebelum melaksanakan penetapan harga bahan api secara mingguan, dengan kaedah berkenaan mampu memberi kesan yang positif kepada majoriti rakyat.
      
Ikuti pandangan penganalisis ekonomi, persatuan pengguna dan persatuan pengusaha stesen minyak sendiri mengenai isu ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 10:50 AM | Show all posts
hari hari pun dah mati  dan hari hari jugak hidup semula dan menghadap high living cost.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2017 10:58 AM | Show all posts
jeeja07 replied at 29-3-2017 11:50 AM
hari hari pun dah mati  dan hari hari jugak hidup semula dan menghadap high living cost.

hidup terpaksa kekdahnya..huhuuhuh

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:04 AM | Show all posts
Minyak kita masih terendah berbanding negara jiran (kecuali brunei..soon akan naik juga tu)....sepatutnya kita patut bersyukur & berterima kasih kpd kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:06 AM | Show all posts
harga minyak tu ikut pengusaha stesen minyak ke ikut brand ie petronas, petron, shell tu nanti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2017 11:08 AM | Show all posts
Star_el replied at 29-3-2017 12:06 PM
harga minyak tu ikut pengusaha stesen minyak ke ikut brand ie petronas, petron, shell tu nanti?

aku pun tertanya..mcmana penetapan harga minyak ni nanti.
ada harga syiling then pengusaha yang akan tetapkan harga masing?
kiranya macam harga ikan kat pasar ke aper?
suka hati pengusaha nak letak harga berapa?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2017 11:09 AM | Show all posts
jenuh la nak survey harga minyak kat stesen mana yang murah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:12 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 29-3-2017 11:09 AM
jenuh la nak survey harga minyak kat stesen mana yang murah...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 11:12 AM | Show all posts
untung kalao berperang turun harga...kalau pakat2 naik harga...mampos la..

makin melarat laa hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:16 AM | Show all posts
aTiKah_aYuNi replied at 29-3-2017 11:12 AM
untung kalao berperang turun harga...kalau pakat2 naik harga...mampos la..

makin melarat laa hidu ...

tak boleh lebih harga siling

kalau harga siling RM2.40

boleh letak RM2.40
ataupun buat promosi di bawah harga RM2.40
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:16 AM | Show all posts
Simunggu replied at 29-3-2017 11:04 AM
Minyak kita masih terendah berbanding negara jiran (kecuali brunei..soon akan naik juga tu)....sepat ...


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 29-3-2017 11:04 AM
Minyak kita masih terendah berbanding negara jiran (kecuali brunei..soon akan naik juga tu)....sepat ...

Negara jiran tu pengeluar minyak ke cibai? Takde otak nak jugak bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 29-3-2017 11:16 AM
tak boleh lebih harga siling

kalau harga siling RM2.40


Tentu2 saja harga siling nya lebih tinggi..setinggi siling umah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:20 AM | Show all posts
i speku tiap station akan letak harga sama punya..
malaysia ni peniaga mana ada daya saing..
kalau satu station letak harga rm2.30 satu liter, station lain mesti ikut..
sebab takut rugi..
ataupun dorang pakat kena letak harga paling rendah berapa..
nak kata untungkan pengguna pun macam kurang je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:20 AM | Show all posts
skrg pun mmg terasa klu isi minyak.. klu yg pegi blk keje tu long distance mmg mengisi minyak jela..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian pulak si pilak ni asik kena maki je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 11:27 AM | Show all posts
whitemagic replied at 29-3-2017 11:16 AM
tak boleh lebih harga siling

kalau harga siling RM2.40

let say la mekanisme ni...

esok2... ade la offer fuel price 2.39 , 2.29  or 2.19

atau harga petrol 2.39 [siling 2.40 kan] then ade plak petrol pump station bagi 10% discount..

terkebil2 pakcik makcik dan dah tua2 kg ulu banat tu [mak cik/ pakcik muda ade apps tolong kira] nak kira bape rega sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:28 AM | Show all posts

dah ade erk apps ni [sorry makcik dari ulu banat]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:35 AM | Show all posts
lepas ni semua stesen minyak akan buat sign harga


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2017 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.364172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list