Bila pergi KFC misalnya, mesti tak sah kalau tidak menikmati kentang putarnya. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun suka sampai berulang-ulang makannya.
Bayangkan kentang putar yang berkeju pula? Wah, senang sahaja nak buat kat rumah untuk hidangan seisi keluarga ya. Ikuti sahaja resipi ini.
Bahan-bahan kentang putar
8 – 10 biji kentang (Kupas kulit dan potong dua)
250gm mentega
1 kotak kecil susu segar
Serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
Serbuk lada sulah
Keju Mozarella (sesedap rasa)
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulit dan rebus dengan air penuh selama 20 minit atau sehingga empuk.
2. Kentang yang sudah empuk ditapis airnya dan letakkan periuk ke atas api semula untuk keringkan airnya.
3. Masukkan mentega dalam kentang dan lenyek kisar guna pengisar makanan
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Tuangkan susu dan lenyek/kisar lagi hingga rata. Susu akan buat kentang putar lebih gebu dan lemak. Letak keju mozarella dan ratakan sampai sebati.
Foto: www.garlicrecipes.ca
Bahan-bahan untuk gravy(kuah)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (ketuk dan potong)
4 sudu mentega
2 sudu tepung jagung
2 kiub ayam
Lada hitam/sulah
2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan mentega dan tumis bawang sekali. Biarkannya untuk memekat.
2. Masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung bertukar warna coklat.
3. Masukkan air dan kacau sampai rata .
4. Pecahkan kiub ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tambah air kalau kuah terlalu pekat.
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam pengisar dan kisar ssehingga halus dan tidak berketul. Hidangkan bersama kentang putar tadi.
Siap! Selamat mencuba! -CARI
Foto: Carian Internet
Kredit resipi: FB Viral Oh Viral |