CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4545|Reply: 2

Masjid Terapung Pertama Di Sarawak Siap 2018

[Copy link]
Post time 29-3-2017 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Alhamdulillah ..
moga dipermudahkan ..
moga dimanfaatkan sebaiknya



KUCHING: Bandar raya ini bakal memiliki mercu tanda baharu apabila masjid terapung pertama di Sarawak iaitu Masjid Bandar Kuching baharu atau lebih dikenali Masjid India siap dibina pada tahun depan.

Setiausaha Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching, Abdul Wahab Daud berkata, pembinaan masjid tersebut sudah mencapai 32 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2018.

Menurutnya, pelan reka bentuk dibuat oleh Konsultan SOM (Sim Odta Muhammad dan mula dibina pada Mei 2016.

Setakat ini pembelanjaan pembinaan projek masjid ini sudah menelan belanja RM14 juta yang diterima daripada duit sewaan kedai, Baitumal, kerajaan negeri dan derma orang awam untuk membina rangka dan bangunan namun setakat ini memang belum mencukupi.

“Pembelanjaan ini belum termasuk kos membeli peralatan seperti permaidani, potongan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hiasan dalaman, dan ukiran. Kemungkinan akan memerlukan beberapa juta lagi untuk menampung kosnya,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha yang mengadakan tinjauan di tapak projek berpuas hati dengan perkembangan masjid tersebut.

“Di Sarawak pun sudah ada masjid terapung seperti di Sabah dan Terengganu yang turut menjadi tarikan pelancong. Masjid ini dibina semula dengan reka bentuk unik dan pemandangan indah di atas air di Tebingan Kuching.

Masjid ini bukan saja menjadi tempat ibadat, malah akan terus dijadikan medan untuk mengembangkan ilmu agama melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun,” ujarnya.

Misnu memberitahu pembinaan semula Masjid Bandar Kuching, Jalan Gambier sudah dipelankan dengan sebahagian tapak bangunan masjid terletak di atas tanah tebingan dan sebahagian lagi di dalam air sungai supaya nampak cantik.

Masjid Bandar Kuching atau asalnya Masjid Tambi ialah masjid tertua di Sarawak dibina pada 1834 merupakan tempat ibadat masyarakat tempatan sejak lebih 176 tahun.

Beliau menjelaskan Masjid Bandar Kuching yang baharu itu nanti mampu menampung sejumlah 1,600 jemaah pada satu­satu masa.

“Pembinaan masjid baharu lebih baik berbanding melakukan kerja membaik pulih secara kerap ke atas bangunan masjid sedia ada dan perancangan bandar Kuching pada masa akan datang menampakkan banyak perubahan segi pembangunan lama dan yang baharu,” jelasnya. – INFO Sarawak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 12:58 AM | Show all posts
Tmpt yg mesti aku lawati cuti sekolah bln 5 nie with my wife...
Nk brgmbr kat tapak asalnya sblum masjib ni siap...
and nk melewati from kuching ke bintulu-tatau, tempat mengajar my wife dedulu..


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 10:31 AM | Show all posts
“Setakat ini pembelanjaan pembinaan projek masjid ini sudah menelan belanja RM14 juta yang diterima daripada duit sewaan kedai, Baitumal, kerajaan negeri dan derma orang awam untuk membina rangka dan bangunan namun setakat ini memang belum mencukupi


apa kenakkah nak makey duit baitulmal molah masjid yang indah kabar ajak tok...

maka byk agik kegunaan duit baitulmal yang lebih berhak makey...

mls nak madah..org empun idea udah kenak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.066727 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list