Hampa. Itulah perasaan yang mungkin dihadapi Kim Kardashian apabila doktor melarangnya daripada hamil lagi. Nampak gayanya, melepaslah hajat Kim untuk menimang cahaya mata ketiga bersama penyanyi rap Kanye West.
Foto: People
Memetik Los Angeles Times, E! melaporkan doktor menasihati bintang Hollywood itu supaya tidak hamil lagi kerana khuatir menimbulkan masalah kandungan yang berisiko buat dia dan kandungannya.
Dalam klip video terbaru program realiti Keeping Up With the Kardashians, Kim menyatakan hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga.
"Saya mahu anak-anak saya memiliki adik-beradik ramai tetapi doktor memaklumkan ianya membahayakan kesihatan saya," katanya.
Menerusi klip video itu, jelas kelihatan riak terkejut ahli keluarganya apabila dia menyatakan hasratnya itu.
Foto: E!
"Ibu tak mahu kamu melakukan sesuatu yang membahayakan diri kamu sendiri," kata ibunya.
Terdahulu, rancangan realiti itu mendedahkan kesukaran dihadapi Kim ketika hamil anak pertama dan keduanya iaitu North,3 dan Saint, setahun.
Semoga Kim tidak terburu-buru dan mengikut emosi dalam membuat keputusan. - CARI |