CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2664|Reply: 32

[Tempatan] SPRM siasat kakitangan awam claim tipu tidur dekat hotel!

[Copy link]
Post time 29-3-2017 10:11 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Polis mengesahkan anggota dan pegawai polis di negeri ini, antara 11 kakitangan awam yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pada masa sama, polis menjalankan siasatan dalaman berhubung kes terbabit. "Kita akan melihat setiap kelemahan yang ada berhubung kes tuntutan palsu dan memantau semua anggota dan pegawai, " katanya selepas majlis penyerahan peralatan sempena pameran Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Sekolah Latihan Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Semalam, 11 pegawai dan anggota polis serta Jabatan Kastam Diraja di negeri ini, dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes tuntutan palsu penginapan hotel.

Mereka dipercayai mengemukakan butiran penginapan palsu untuk menyewa bilik hotel ketika menjalankan tugas rasmi di Lembah Klang walaupun tidak menginap di hotel berkenaan. Pengarah SPRM negeri, Ramli Ismail, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Muhamad Zaki berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan SPRM bagi mengesan anggota dan pegawai yang terbabit dengan penyelewengan demikian. "Kita serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terbabit," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/265537#cxrecs_s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi betule ape yg cikgu tu kate :zz
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 10:35 PM | Show all posts
kes tipu claim ni SPRM nak entefrem jugak kah?...

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 10:37 PM | Show all posts
tabung dah tnggal serdak,

mula la nak korek tabung lain..




p/s  xleh komen panjang2 takut kena angkut
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 10:44 PM | Show all posts
Bukan polis aje yg tipu claim hotel, ahli2 politik yg jadi ahli lembaga pengarah
agensi kerajan pun ramai yg tipu perbatuan dan lojing hotel, bila kita check
& reject claim tu, dia org meroyan marah kat Ketua Pengarah, hujung2 masing2
nak mengampu punya pasal terpaksa luluskan.. kita yg buat pembayaran menyumpah
dalam hati, mampuslah kau makan duit tak halal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 10:53 PM | Show all posts
claim hotel - kompromi dengan tauke hotel
claim teksi
claim outstation 2-3 hari .. 1 hari betul pergi .. 1-2 hari santai kat rumah

bukan polis ja buat .. ramai ja selagi dapat claim




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2017 10:54 PM | Show all posts
skill tipu ni banyak.. staf akak pernah tipu mark up harga alat tulis..

akak tenang je..akak tazkirah.. gaji bulan ni akak potong and u are fire..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:07 AM | Show all posts
ramai je yg mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 11:13 AM | Show all posts
bos sdiri pon under table deal dgn 1 company jaaa.....nie kerani kewangan sdiri yg cite...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:18 AM | Show all posts
bukan citer baru

tido umah sedara claim duduk hotel
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:22 AM | Show all posts
dh tak terlarang dah....

dgn asalan...dh ada resit..

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai buat camtu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak bab bab menipu Dan rasuah under table ni mmg akak juara.

Walaupun akak lama kat Russia namun apabila kerja di tanah malayu, akak jadi melayu juga walau akak elak Nak jadi melayu..

Tapi akak buat begitu akak takde hencap pemimpin2 yg makan reswah atau tipu claim kerana akak pun sama jah. Cumanya akak tak haramkan wine Dan babi. Lagipun sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:28 AM | Show all posts
bagi aku bagus la dia siasat dari dia duduk diam.. huhuhuhu..

yang swasta pun ade je buat tuntutan palsu gini..
haishhh.. bukan gov saje.. ada dimana2x..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:33 AM | Show all posts
iols penah dengar driver gomen mengular tp drg ada tempat yg boleh kasi pusing tayar supaya mileage naik konon2 drg bergerak ke sana ke mari. ada ke servis mcm tu? kalau ada kreatifnya la otak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:46 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-3-2017 10:35 PM
kes tipu claim ni SPRM nak entefrem jugak kah?...

Aku pun tertanya begitu. Badan disiplin dalaman x boleh siasat sendiri ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 12:06 PM | Show all posts
golongan rembat klaim menipu ni biasanya golongan yg sama yg meroyan tgk golongan bisnis sendiri tipu pendapatan utk rembat br1m

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 30-3-2017 12:06 PM
golongan rembat klaim menipu ni biasanya golongan yg sama yg meroyan tgk golongan bisnis sendiri tip ...

Jgn ckp mcm tu Nak oiii... Akak x pernah hencap golongan bisnes nk mintak brim. Rezeki lah jikalau mereka dapat.

Bila Nak hzln nk buat ceramah tonggang wine opss silap, tonggang Ogama lagi... Suka akak dgn ceramah hzln pnjang2 tu.. Merasuk jiwa betul...  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 12:14 PM | Show all posts
Payah bila masing-masing dah takde integrity.
Jangan kata kerajaan, yg swasta lagi syok claim..ye lah duit sapa tak nak.
Cuma yg swasta ni pandai namakan dalam bentuk lain..consultation fee, padahal sama je. Yg kerja bank, nk proses kelulusan, ejen pandai2 la letak duit..tak letak, alamat tak proses la. Bila side income lebih banyak dari gaji....tu yg kadang anak tak menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 12:14 PM | Show all posts
white_musk replied at 30-3-2017 12:11 PM
Jgn ckp mcm tu Nak oiii... Akak x pernah hencap golongan bisnes nk mintak brim. Rezeki lah jikalau ...

tazkiroh mek spesel sikit, hanya muncol pada masa2 tertentu dan topik2 tertentu sahaja
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list