CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5910|Reply: 66

[Tempatan] Air Mata Bapa...

[Copy link]
Post time 30-3-2017 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 30-3-2017 10:54 PM

Tidak mudah untuk melihat bagaimana seorang bapa mengalirkan air mata ketika dia membuat rayuan supaya anaknya dibebaskan daripada tahanan.

Bermula dengan kelihatan tenang, suara Atam Jusoh kemudian tersekat-sekat menceritakan detik anaknya, Siti Noor Aishah, ditahan semula oleh pihak berkuasa pada 28 Mac lalu.

Selepas bercakap beberapa saat, Atam mula sebak dan cuba menahan kesedihannya ketika bercakap di depan wartawan di parlimen.

"Saya adalah bapa Siti Noor Aishah, terkejut...... [mula menangis]... terkejut dengan penahanan anak saya di bawa Sosma," katanya merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang digunakan kerajaan untuk bertindak ke atas suspek pengganas.

Menurut Atam, anaknya seorang penuntut di Universiti Malaya dan sedang membuat kajian seperti yang diarah oleh pensyarahnya.

Dalam nada tetap sebak, Atam berkata, buku yang dianggap pihak berkuasa berbahaya dan menjadi punca Siti Noor Aishah ditangkap itu adalah buku yang ditelaah anaknya.

"Tetapi kerajaan menuduh dia memiliki buku yang dianggap sebagai risalah pengganas," katanya.

Siti Noor Aishah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman pada 22 Mac tahun lalu.

Difahamkan anak sulung daripada lima beradik itu sedang tidur di bilik rumahnya yang sederhana di Dungun, Terengganu, apabila polis khas terbabit menahan dan membawa dia ke balai.

Tak cakap panjang

Siti Noor Aishah ditahan mengikut Sosma dan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 (Poca).

Dia dikurung di Penjara Pengkalan Chepa lebih sebulan, sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir lima bulan.

Pada 29 September 2016 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan Siti Noor Aishah dibebaskan selepas mahkamah berpendapat pendakwa gagal membuktikan buku-buku dimiliki pelajar sarjana itu diharamkan Kementerian Dalam Negeri.

Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga kini.

Polis kembali menahannya berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas dia hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Siti Noor Aishah hadir ke mahkamah ekoran rayuan dibuat timbalan pendakwa raya terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskannya sebelum ini.

Atam berkata, apa yang berlaku ke atas anaknya itu amat menyedihkannya.

"Jadi, saya minta semua pihak yang bertanggungjawab ke atas (penahanan) anak saya supaya dapat membebaskannya secepat mungkin," katanya.

Menurut Atam, dia juga berharap pembebasan itu akan membolehkan Siti Noor Aishah kembali menyambung pengajiannya di mana-mana universiti yang diingini.

Bagaimanapun Atam tidak dapat memberi kenyataan lebih panjang kerana kelihatan begitu sedih.

"Saya tak boleh (bercakap) panjang kerana saya terlalu sedih sangat terkenangkan anak saya. Saya minta maaf," katanya.

Turut hadir di sidang media di bangunan parlimen itu ialah isteri Atam, Sadiah Ibrahim, 57, serta beberapa anggota parlimen, termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua, serta Ketua Wanita Parti Amanah Negara, Dr Siti Mariah Mahmud.


https://youtu.be/EkAdCTH7uvk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 07:30 PM | Show all posts
Buku-buku yang dia miliki tu bukan diharamkan oleh KDN pun?

Kenapa nak tahan?

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai 2 kalai mahkamah approve permohonan pendakwa raya, pada aku cerita ni lebih dari yg dilapor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 30-3-2017 07:30 PM
Buku-buku yang dia miliki tu bukan diharamkan oleh KDN pun?

Kenapa nak tahan?

Yang lebih pelik 6 bulan kot dia ditahan.. motip polis tak dapat apa2 maklumat selepas 6 bulan tahan beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya... moga anak tuan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku apa tu?  Mein kampf...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2017 07:39 PM | Show all posts
Ataupun beliau disyaki terlibat membantu pengganas tetapi tidak ada bukti kukuh

Buku-buku itu hanya untuk alasan menahan beliau sementara polis mencari bukti penglibatan lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
polis cari accomplish lah....buat apa tahan lama2 kalau tarak bukti....sekejap je dah tau budak tu salah atau tak....
org nak cabut akar kalau boleh, bukan nak cantas dahan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 07:41 PM | Show all posts
OmJualGas replied at 30-3-2017 07:38 PM
Buku apa tu?  Mein kampf...

https://www.roketkini.com/2017/03/29/ini-kisah-siti-noor-aishah/

Berikut adalah senarai buku-buku tersebut:
  • Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush’ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera

  • Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa dan siapa Zarqawi, apa rencana mereka ke depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera

  • Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera

  • Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika

  • Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq

  • Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H.Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication

  • Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq

  • Masterplan 2020: Strategi Al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera

  • Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al_Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh

  • Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan Al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh           
            
  • Ketika Maslahat Dipertuhankan dan menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada

  • Seri Materi Tauhid for the greatest happiness
Penulis: Tiada
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 07:42 PM | Show all posts
Apa agaknya tajuk Sarjana beliau ya Katanya bukubuku itu sebahagian bahan kajian tesis sarjana
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:49 PM | Show all posts
bahayanya buku tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:56 PM | Show all posts
buku untk kajian master die xkan kene tangkap  (takut pula nak membaca, hehe)..tp betul ke ape yg ak baca, die ni hampir nak ke syria dah, sbb tu kene tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:57 PM | Show all posts
tajuk2 buku-bukunya menakutkan

apakah tajuk thesis beliyau ... atau kursus apa yg beliyau ambil?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
X paham betul kes ni. Buku buku tu pun x diharamkan pastu hakim pun cakap dia x bersalah, bape still tahan lagi. Kesian betul aishah and family dia. Lepas tu tahan cakap aishah bawak masuk bendera isis kat malaysia but still xde bukti pape.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:08 PM | Show all posts
aku syak dia ada niat nak jadi gang2 ISIS nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa polis terlalu bodoh tatau beza seseorang yg sedang buat kajian ilmiah, dgn seseorang yg bersimpati/menyokong kegiatan puak IS (walau mungkin x terlibat secara langsung)
"Kunci"nya bkn pada buku2 itu, tapi pada komunikasi antara aishah itu dgn puak IS sama ada yg di dalam negara atau luar negara. Komunikadi seseorang yg sedang buat kajian sudah pasti lebih telus dan lurus berlainan dgn komunikasi seseorang yg sedang dalam misi rahsia, sudah pasti akan guna bahasa tersirat, hanya kalangan mereka saja yg tahu maksud innuendo2 itu, tidak lah bodoh sgt depa nak sms ke emel ker sesama mereka, ya anta, bom 2kg sudah siap, get ready utk bom sarang pelacur choket petang ini lepas asar...rempit sangat bunyinya level2 jamal jamban jer  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 30-3-2017 09:08 PM
aku syak dia ada niat nak jadi gang2 ISIS nih

Kalau betul dia joint isis, selama 6 bulan dia ditahan dah cukup masa untuk dapat maklumat lalu polis menahan rangkaian pengganas yang dia joint tu.. tapi takde pun geng dia ditahan...

Tapi macam ada sesuatu yang tak kena gak kat dia sebab polis mesti dah contack pensyarah dia tu kalau betul bahan rujukan tu digunakan untuk belajar, seolah macam pensyarah dia tak ngaku suruh dia buat kajian tentang isis bagai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dody_farid replied at 30-3-2017 09:24 PM
Kalau betul dia joint isis, selama 6 bulan dia ditahan dah cukup masa untuk dapat maklumat lalu po ...

Apa saja yg dia buat, sapa yg dia berhubung, apa maklumat yg cuba diperoleh, sudah pasti sikit sebanyak ianya dlm pengetahuan supervisor dia, kalu menda yg purely academic takde campuraduk dgn unsur2 kepelikang, polis dah bulih tutup buku lah kut...tapi bila jadi gini ie ditahan semula atas menda yg sama...hhhhhmmmmm saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya cerita ni tak habis. mustahil kalau setakat kajian ilmiah, pensyarah atau penyelia beliau tidak tampil membantu. mengapa wartawan tidak selidik siapakah penyelia beliau, apakah tajuk kajian beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 10:03 PM | Show all posts
saper suruh tak pandai besarkan anak cara orang bertamadun......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081194 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list