View: 2725|Reply: 13
|
[Jenayah]
Samsung J5 owner Kitty Kittun Catshop kena CURI, lepas tu pencuri MESEJ kenalann
[Copy link]
|
|
Edited by Kentang.Goreng at 31-3-2017 10:01 AM
Hati-hati dengan telefon anda...
Dahlah mencuri, minta wang pula
Khamis, 30 Mac 2017 @ 11:10 PM
Kuala Lumpur: “Lelaki itu bukan saja mencuri telefon pintar saya, malah dia menyamar dengan menghantar pesanan menerusi Whatsapp menggunakan telefon itu kepada beberapa rakan saya untuk meminta sejumlah wang,” kata pemilik kedai haiwan peliharaan Kitty Kittun Catshop, Mohd Izamri Abu Umor@Abu Umar, 38.
Telefon pintar model Samsung J5 miliknya dicuri ketika dia melayan pencuri itu yang kononnya mahu membeli barang keperluan kucing, semalam.
Menurut Izamri, tiga rakannya terpedaya dengan permintaan lelaki terbabit dan masing-masing memindahkan wang sebanyak RM1,000, RM700 dan RM500.
“Mereka sangka saya sedang dalam kesusahan dan sangat memerlukan wang. Sebab itu mereka tidak mengsyaki apa-apa dan terus saja memindahkan wang ke nombor akaun yang diberi lelaki terbabit. Yang peliknya, ketiga-tiga nombor akaun yang diberikan adalah berbeza,” katanya.
Tambahnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Batu Caves untuk tindakan lanjut pihak berkuasa. Manakala ketiga-tiga rakannya membuat laporan di balai yang berbeza.
Mengimbas kembali kejadian terbabit, Izamri berkata, hanya dia saja yang berada di kedai yang terletak di Taman Samudera, Batu Caves.
Katanya, pencuri terbabit berusia 30-an dan datang ke kedainya seorang diri.
“Kejadian berlaku sekitar 2 petang dan ketika itu dan saya seorang diri di kedai. Tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke kedai dan katanya nak beli sangkar.
“Kebetulan sangkar kucing habis dan saya maklumkan kepadanya, tetapi dia bertegas mahu melihat barang keperluan kucing.
“Pada awalnya saya tak mengsyaki apa-apa kerana dia mahir dengan keperluan dan baka kucing. Kemudian dia ambil beberapa barang yang bernilai hampir RM500 untuk dibeli. Tiba-tiba dia kata duit tak cukup dan mahu keluarkan duit di bank yang terletak di tingkat bawah kedai saya dan sekitar 20 minit selepas dia keluar, baru saya perasan telefon pintar saya hilang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurut Izamri, dia mengakui membuat kesilapan kerana lewat melaporkan hal terbabit ke pihak telko bagi menamatkan perkhidmatan nombor telefon bimbitnya.
“Saya buat kesilapan bila saya melaporkan ke pihak telko untuk menyahaktifkan nombor telefon bimbit saya agak lewat. Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang, tapi jam 7 malam baru saya laporkan hal terbabit. Nasib baik saya boleh dapatkan semula nombor lama saya.
“Sekitar 7.30 malam apabila nombor telefon bimbit saya sudah diaktifkan semula, saya terima pesanan Whatsapp daripada rakan yang bertanya jika saya sudah terima duit yang saya minta. Rupanya pencuri terbabit menghantar pesanan ke rakan-rakan saya kononnya mahu meminjam sejumlah wang,” katanya.
Izamri berkata, kedainya baru baru sebulan beroperasi, justeru, ciri-ciri keselamatan masih belum diaktifkan.
“Sekarang saya perlu lebih berhati-hati dan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di kedai ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 taktik org jahat ni. Serba-salah kdg2 bila nk mnjwb prtnyaan strnger bla rmai sgt org jhat yg brpura2 baik ni. Ksian org baik yg btul2 nk brtanya apa2 trutamanya tnya arah ssuatu tmpat |
|
|
|
|
|
|
|
taiknya perangai..moga terpelosok jatuh dlm longkang and patah kedua2 belah kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kawannya xde bnyk soal kt wsup dia mntk tlng bank in nk pnjam wit trus je transfer. Msti izamri ni pun org yg baik, snang kwn dia bg pnjam wit. Licik btul pncuri ni, kata duit tu trus transfer ke akaun supplier, cnfirm la member dia xsyak. Sblm baca cnvrsation td aku pelik gak mcmna member dia blh trnsfer sdgkn nama lain, rupanya dia kata supplier. Hrp polis dpt tngkap pncuri n geng dia mlalui maklumat bank tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kan, aku pun rs owner tu org yg baik slalu gk tlg member. Tu kwn pun xberkira. Tp kesian lak ni dpt kt pencuri.
|
|
|
|
|
|
|
|
eeee....next time kalo dpt msg nak pinjam duit ke better call dulu to clarify betui ke orgnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya pencuri bagitau nkmbor akaun bank sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
pencuri skg bijak2 ye
sng2 dpt duit
kalo hp beliau disimpn dlm poket seluar ...benda ni x jd |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ah... mendapatlah jawabnya...
aku nak jual henpon waima kat adik aku pun aku wipe semua data...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak kesan pencuri tu bukannya susah....... kan ada nombor akaun 3 org berlainan tu......
dah pasti si laknat tu ada berurusan dgn 3 org tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat kedai/klinik kucing tu memang selalu nampak pekerja nya main letak je fon atas meja. Pastu dia kesana kemari layan customer. Janganlah cuai. Jaga barang2 bernilai anda dengan sebaiknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 3-4-2017 11:01 PM
Kalau kat kedai/klinik kucing tu memang selalu nampak pekerja nya main letak je fon atas meja. Pastu ...
bukan hp je kekadang duit selambak atas kaunter (mungkin tgh kira jualan) dgn handbag selamba ke letak kat kerusi.. seriau betul tgk org yg cuai |
|
|
|
|
|
|
| |
|