CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5050|Reply: 56

[Tempatan] Jenaka Facebook saya dijadikan isu rasisme sekolah, kata bapa

[Copy link]
Post time 31-3-2017 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Jenaka Facebook saya dijadikan isu rasisme sekolah, kata bapa


PETALING JAYA: Seorang bapa tampil mempertahankan guru di sebuah sekolah kebangsaan di sini yang dituduh bersifat perkauman dengan membuat soalan rasis dalam ujian Pendidikan Moral diambil anaknya.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Arvin Gold tidak menyangka niat asalnya sekadar berjenaka menjadi kritikan ramai yang mendakwa ia adalah soalan berbaur perkauman.
Beliau memuat naik 1 soalan dalam peperiksaan Pendidikan Moral yang memerlukan pelajar memadankan nama individu dengan rumah ibadat mereka, ke Facebooknya.
Nama Devi, Hock Lee, Kamal dan Steve perlu dipadankan dengan sebuah gereja, kuil Hindu, tokong Buddha dan masjid. Bagaimanapun, catatan itu menjadi viral selepas pelakon, Sarah Lian yang juga kawan Arvin berkongsi soalan itu di Instagram.
Dalam gambar yang dikongsi Lian itu, anak perempuan Arvin memadankan Devi dengan gereja, Steve dengan kuil Hindu, Kamal dengan tokong Buddha dan Hock Lee kepada masjid.
Pengguna Internet berang kerana guru yang memeriksa kertas soalan pelajar darjah 1 itu menandakan semua jawapan berkenaan salah.
Arvin berkata, tidak adil menyalahkan pihak sekolah dan guru yang sebenarnya sudah berjasa dalam mewujudkan keharmonian kaum di kalangan pelajar.
“Ia bermula sebagai jenaka di laman Facebook saya dan rakan saya (Lian) bertanya jika dia boleh berkongsi dan saya kata ‘sudah pasti’.
“Bagaimanapun, keadaan mula menjadi tidak terkawal dan kini orang ramai menyalahkan pihak sekolah serta guru dan saya tak rasa itu betul kerana mereka hanya mengikut sukatan pelajaran serta buku teks.”

Arvin mengandaikan soalan itu dibuat berdasarkan prinsip pertama Rukun Negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
“Soalan itu bertujuan memaklumkan kepada pelajar yang penganut Hindu pergi ke kuil Hindu, penganut Buddha pergi ke kuil Buddha, penganut Kristian pergi ke gereja dan umat Islam pergi ke masjid, dan ia tidak salah.
“Saya rasa kertas soalan itu mahu pelajar berfikir di luar kotak, daripada menamakan agama secara terus, ia sebaliknya memberikan pelbagai rumah ibadat dan nama tipikal penganut agama itu.”
Jika ada perkara yang perlu diubah tentang soalan itu, beliau berpendapat soalan itu perlu dijawab pelajar darjah 6, bukannya darjah 1.
“Anak perempuan saya di darjah 1 dan mungkin dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu pada usia semuda itu.”
Katanya, dakwaan sekolah itu bersifat perkauman tidak benar sama sekali kerana beliau dan isterinya memilih sekolah itu untuk anak mereka berdasarkan komposisi kaum yang seimbang dan pelajar berbilang kaum sering dilihat bergaul bersama.
“Saya berbangsa India dan isteri saya yang merupakan orang Cina adalah produk sekolah itu. Kami memutuskan untuk menghantar anak kami ke sekolah itu kerana keharmonian kaum yang sangat jelas wujud di sana.
“Kami sebenarnya sangat bangga dengan sekolah itu kerana ia sentiasa mempunyai pengetua dan guru sangat berdedikasi.
“Ia sentiasa menjadi salah sebuah sekolah terbaik di Selangor dan merupakan salah sebuah daripada beberapa, jika bukan satu-satunya, sekolah di Malaysia dengan gabungan seimbang 3 kaum utama.
“Kejadian ini tidak sepatutnya memadamkan semua usaha guru dan kakitangan untuk membangunkan sekolah itu sehingga mempunyai pencapaian hari ini.”



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke semue kamuorg nk viral. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 10:27 AM | Show all posts
tu lah sblm nak buat jenaka kat soc media tu fikir la dulu....

soalan2 mcm ni dah lama kut, bukan racist tapi just nak ckp sapa pi sana, sapa pi sini...mmg la Ah Chong tak semestinya berugama buddha....maybe pihak sekolah boleh review balik kut, nxt time buat soalan jgn guna nama, guna je "Buddha sembahyang dimana?" hindu sembahyang di mana"....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu aku tak komen di thread sebelah tu..
Sebab sumbernya dari socmed. Viral yang entah apa2. BBNU pprt ja buat perangai gini viralkan berita tak tahu pucuk pangkal
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 10:49 AM | Show all posts
soalan common sense je ni..

ah chong nama cina
siva nama india
ali nama melayu
monyet nama atheis

budak2 kena dididik dengan common sense.. bapak mak budak kena dididik guna facebook dengan berhemah.. nak sangat didik anak? didiklah sendiri. tak payah hantar sekolah... cikgu tu bukannya robot..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 10:55 AM | Show all posts
ntah soalan ni mcm biasa jawab je..
berfikir diluar kotak sgt yang hencap..

hihihihihihi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau menggelupur kan...walaupun soalan tu tak berapa nak tepat tapi fahamlah maksudnya. Itu cuma nama tipikal berdasarkan kaum di Malaysia dgn agama majoriti kaum tersebut. Apa yg rasisnya tah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:10 AM | Show all posts
kesian bapak bongok melahirkan anak2 bongok jua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 11:16 AM | Show all posts
So Sarah Lian ni la yang racist sebenarnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengengsot la yg terlebih lebih mengutuk kt tred satu lagi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:20 AM | Show all posts
tapi kalau aku jdi bdk mau konfius jugak... ramaai je cina budha nama omputeh... skrg muaalaf masuk islam x perlu tukar nama islam/melayu/arab/
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je soalan ni..apa yg rasis nya..bongok betol sarah lian
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:30 AM | Show all posts
Hindu bernama kamal pun ramai.

Salah seorangnya pekerja di barbershop di TTDI tu..mula mula saya fikir dia Muslim rupanya hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:34 AM | Show all posts
yg tukang kutuk smlm dh bleh la mecemar duli mintak maaf
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:38 AM | Show all posts
bodoh sangat sepet
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:39 AM | Show all posts
Hadooiii... soalan darjah satu jer kot... yengkauworang semua mau kecoh apa pasalll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Sabah, nama Ali pun masuk gereja... Nama Calvin tapi ada title Hj depan... Tak dak masalah pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:50 AM | Show all posts
netizen je ntah apa2, arvin ni aku rasa xde mslh pon, mgkin niat nk bergurau je, yela soalan mcm tu kan, mcm kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 11:51 AM | Show all posts
saladin780 replied at 31-3-2017 03:20 AM
Mengengsot la yg terlebih lebih mengutuk kt tred satu lagi tuh

kan....ada jugak cikgu yg mengutuk cikgu kt tered tu

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 01:45 PM | Show all posts
Caption Sarah Lian tu yg salah actually... menimbulkan isu perkauman padahal bapak budak tu ok je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.906510 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list