CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31292|Reply: 146

SAMARINDA TV3: ANDAINYA TAKDIR (SHUKRI YAHAYA, NINA ISKANDAR)

[Copy link]
Post time 3-4-2017 05:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ccdj at 1-6-2017 10:01 PM


JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin - Khamis, 10.00 mlm
SIARAN : TV3 (Slot Samarinda)
PENGARAH : Along Kamaluddin
TERBITAN : A.Aida Production
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Amran Ismail, Dian P.Ramlee, Annie Ariffin DFKL,
Jasmine Ashraff, Dilla Ahmad, Ikhlas Jalil, Sheila Hassan, Idris Mat Diah, Anne Abdullah
SKRIP: Wan Mahani Wan Hassan
Insert Song: Lebih Sempurna (Syamel)






Sinopsis Drama Andainya Takdir:
Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

“Kerana anak, Fatihah bertahan dengan sikap ibu mertuanya yang kuat mengumpat dan suka membanding, hasad dengki iparnya dan sikap suami yang terlalu kuat cemburu hingga sering memukulnya. Ramadan itu, Fatihah berusaha untuk mengubah sikap mereka namun segalanya adalah TAKDIRNYA…”

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama bersiri yang penuh trajis Andainya Takdir setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 29 Mei 2017.

*Sinopsis credits to budiey*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 08:12 AM | Show all posts
macam best je
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..Shukri jd hero antagonis ni. Teaser looks promising.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2017 09:58 PM | Show all posts

Shukri Yahaya sebagai Aril, dalam photoshoot untuk cover poster drama Andainya Takdir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2017 10:11 PM | Show all posts
Edited by ccdj at 9-4-2017 02:29 AM

Behind the scene drama Andainya takdir. Video credits to ig account azilahalias.

Tak pasti samada Shuk pernah bawa watak seorang yang panas baran, yang kaki pukul isteri. It is a first for me to see him playing this role and I can't wait to watch this drama. Selalunya kalau dia bawa watak husband, dia punya watak jenis yg ala-ala sweet, caring habis so seeing him play this role is something for a change.
This second bts is taken dari fb akaun abg direktor drama ni.




Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in! excited plk nk tgk cite ni lps tgk bts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2017 10:46 PM | Show all posts
Bila kenangan indah bertukar menjadi kenangan pahit..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok original screen play bukan adaptation kan. Oraits..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2017 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Official poster  & sinopsis updated kat first post.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Trailer drama Andainya Takdir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
“Abang ada sepasang mata, tapi tak selalu dapat melihat sayang... Abang ada sepasang tangan, tapi tak selalu dapat melindungi sayang.. tapi Abang ada hati, hati yang selalu mendoakan untuk isteri Abang ni”



Mulai mlm ni, 29hb Mei, setiap Isnin hingga Rabu.      
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Storyline dia sebijik mcm ai selalu bace kat fb Kisah Rumah Tangga.

Memang stress like page tu. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ok je cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bakalan suke akan drama. Ni baru la boley relate dgn kehidupan skrg. Drama yg bukan sekadar fantasi cinta semata. Pelakon pun semua ok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk episod ke2 dok pusing2 benda yg sama mcm kisah semlm je?? Boring la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah follow 2 eps citer ni. I like. Shuk bawa watak suami psiko, kuat jeles sgt menjadi. Surprisingly, Nina pun bagus. Storyline pun best. Cuma terganggu sikit dgn kualiti gambar citer ni esp ep1. Cant wait for next eps.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2017 08:04 AM | Show all posts
babycc replied at 30-5-2017 10:31 PM
Masuk episod ke2 dok pusing2 benda yg sama mcm kisah semlm je?? Boring la pulak..

boring kan ? mebi mak tgk gitu2 jer.. bosan dgn citer laki baran, mertua jahat, sil jahat , suka ngumpat , gaduh dgn org kg .. ehhh.. rimasss nyer rs hidup dlm kelompok mcm ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 08:04 AM | Show all posts
heroin peha drumstik, syuk mcm selebet n mok2 gak... hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 08:23 AM | Show all posts
sakit si aril nih laa....ke...sbb tekanan dari mak dia tuh

mak dia tuh pun ...ada gak yaaa mak mcm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 02:15 PM | Show all posts
best loh cerita ni .. cerita ni la baru best . realistik miahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.440757 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list