Johor Bahru: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa jika didapati masih gagal mengawal anak mereka sehingga aktiviti basikal lajak terus berulang.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya tidak mahu terus menghukum ibu bapa berhubung perkara itu, namun akan bertindak mengikut Akta Kanak-kanak 2001 sekiranya masih membabitkan kanak-kanak atau remaja yang sama.
"Saya tidak mahu mengambil tindakan drastik dengan terus menghukum ibu bapa, tetapi sekiranya terpaksa, saya akan mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk mengambil tindakan menuduh (bawa ke mahkamah untuk didakwa) ibu bapa yang membenarkan anak-anak keluar malam dan terbabit dengan aktiviti seperti itu.
"Kalau (kali) ketiga ada (berlaku), orang yang sama, kita akan ambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sempena Hari Polis ke-210 di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah meminta Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk membuat laporan dengan beberapa cadangan yang boleh diusulkan kepada Menteri Besar supaya tindakan dapat diambil terhadap pemasalahan itu.
JOHOR BARU: Even after eight teenagers lost their lives, the “Mat Lajak” in Johor are refusing to learn from the past. The cyclists are making a comeback on major roads around.
Police detained 22 people – 14 Mat Lajak and eight spectators – aged between 14 and 17 at Jalan Lingkaran Dalam near the Mahmoodiah Muslim cemetery at around 3am on Saturday. One of the cyclists was a teenage girl.
It was at the same spot where eight teenagers lost their lives after a car ploughed into a group of cyclists on Feb 18.
Nurse Nisa Arina Ruslan, 24, said she often saw the group of 10 to 15 cyclists near a mamak shop along Jalan Mahmoodiah at around 1am when she was on night shifts.
“These young cyclists don’t seem to be aware of how dangerous it is for them to use the road when it is already past midnight,” she said, adding that the teenage cyclists would travel in a group and loiter around the city area until dawn.
Contractor Ahmad Ayob, 56, said that before the accident, these cyclists would be seen travelling in a group of more than 20, and their favourite spots were usually in town.
“For a while after the accident, I did not see these cyclists, but a few days ago I bumped into eight of them at the Skudai area late at night,” he said.
Another road user Nur Anis Maressa Esa, 26, said it was a nuisance to deal with the Mat Lajak at the highway near the Danga Bay area.
“These teenagers are putting their lives in danger as the highway is the place where most drivers travel at high speeds,” she said.
Johor Baru (South) OCPD Asst Comm Sulaiman Salleh said the recent arrests of 22 cyclists showed that these teenagers were not bothered by what had happened earlier.
He said money could be one of the main motivations for these cyclists to risk their lives on the streets by racing among themselves.
“There was a large group of cyclists and spectators along the road. Once police arrived at the scene, the group immediately dispersed and escaped on foot leaving their bicycles behind.
“We managed to detain 22 of them including two girls. One of them is a cyclist,” he said adding that some of those detained were believed to have been part of the same group involved in the fatal incident.
ACP Sulaiman added that police also issued summonses against them and hauled them back to the station for further action.
“When we called their parents, some even told the police to let their children stay in jail and they did not want to come for their child.
“We managed to talk the parents into fetching the children but it took them a long time to come to the station,” he said, adding that a total of 14 bicycles were seized and would be disposed off under Section 112(3) of the Road Transport Act 1987.
He also stressed that police would soon take action against parents or guardians under Section 33 of the Child Act 2001 and advised them to always keep an eye on their children.
ACP Sulaiman said this was the final warning from police and urged non-governmental organisations, child experts and even professional cycling groups to work closely with the force to take these teenage cyclists off the street.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh hari ini meluahkan kekecewaannya atas kedegilan sekumpulan remaja yang mengulangi kegiatan berbasikal lewat malam di lokasi sama yang meragut lapan nyawa 18 Feb lalu.
Luahannya itu susulan penahanan 22 remaja berusia antara 14 dan 17 tahun yang didapati berkumpul dan berlumba basikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi tadi.
Menyifatkan nasihat polis sebelum ini ibarat "mencurah air ke daun keladi", Sulaiman berkata sebahagian daripada yang ditahan itu juga adalah saksi kemalangan ngeri tersebut.
"Kesemua mereka ditahan ketika anggota kita sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 3 pagi semalam.
"Mereka ini didapati bergerak dalam kumpulan seramai 30 hingga 40 orang dan sedang berlumba di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Sulaiman yang jelas kecewa dengan perbuatan kumpulan remaja terbabit turut mengeluarkan amaran untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang berkenaan.
"Mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun," katanya.
Beliau berkata polis tidak teragak-agak berbuat demikian jika keadaan mendesak kerana isu itu tidak boleh diserahkan kepada polis semata-mata.
Mengenai kumpulan remaja yang ditahan, Sulaiman berkata mereka merangkumi 20 remaja lelaki dan dua perempuan dengan 14 daripada mereka adalah penunggang basikal manakala baki merupakan penonton.
"Hasil siasatan mendapati 15 remaja yang ditahan merupakan pelajar sekolah dan tujuh daripadanya tidak lagi bersekolah.
"Mereka ini berhubung menggunakan media sosial dan datang dari serata kawasan termasuk Desa Cemerlang, Seri Alam, Kempas, Skudai, Johor Bahru Utara, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri dan Taman Daya Johor Bahru," kata Sulaiman.
Beliau turut mendedahkan sepanjang tahun lalu pihaknya menjalankan 28 operasi dan menahan 27 remaja penunggang basikal.
Selain itu, lima operasi dijalankan dengan 17 penunggang basikal ditahan sebelum kejadian yang meragut lapan nyawa tersebut, katanya.
Tangkapan dan sitaan basikal itu dibuat menurut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak lebih enam bulan, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian 3 pagi, 18 Feb lalu, lapan remaja maut dan lapan lagi cedera dengan dua daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Post time 3-4-2017 08:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa kata polis setup trap awal2 so budak2 laknat ni xde masa nak lari. Da tgkap tu humban diorang dalam lokap sehari dua hari baru rasa sikit perit hidup tu. Basikal diorang tu lenyek dgan trelar depan mata diorang baru tau sikit. Nak mudah lagi, pergi lah hire pemandu trelar gila pergi lenyek diorang malam2 buta lepastu lari terus. Baru mana sikit hidup!
Post time 3-4-2017 08:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aku dah cakap dh.. undang2 malaysia lembik.knp x amik tindakkan atas mak pak je?? cite itu ini tp tindakan 0..
maaf cakap bukan nak pertikaikan golongan mcmni.. tp dgr cakap mak bapak abg serta adik beradik mangsa kemalangan aritu pun boleh tahu tahap pemikiran manusia tau ada anak. sedih sgt otak sampai mcmtu sekali..
rasa mak bapak pun dh tk larat dgn perangai deme, tu yg soh jail kn aje tk mo amik dorang bawak blk rumah.kang tak pasal dorang plak yg kena dakwa pdhal anak yg menyetan