CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38578|Reply: 162

[Pelbagai] ...Ciri-ciri orang bodoh...

  [Copy link]
Post time 4-4-2017 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 4-4-2017 09:22 AM

Jumpa tulisan ini...amacam diri anda?
kot ada nak tambah, silakan

Apr 3, 2017
                  Ciri Ciri orang bodoh?
(Ada orang belajar ilmu hitam untuk lawan ilmu hitam, cuba baca info ciri orang bodoh untuk tahu korang ada tak ciri orang bodoh?)

Ok, April fool baru jer lepas, maka sajer nak kongsi infotentang ciri ciri orang bodoh, agar kita dapat tahu sejauh mana tahap bodoh yangada dalam diri, adakah bodoh korang dah capai paras bahaya, atau dah melimpah keluar dan membodohkan orang di sekeliling, mari kita baca untuk semak, kita ni bodoh ke tak?

1.Suka rosakkan harta benda awam.

Korang tahu tak, merosakkan harta benda awam adalah satu jenayah, macam korang rosakkan kerusi bas, pecahkan mesin air, conteng dindingtandas, sapu tahi hidung dekat karpet masjid, lekatkan sisa gula gula getah di kerusi panggung wayang, buang sampah dari tingkap kereta, buang sampah dalam lubang tandas, dan lain lain, semua tu memang kerja bodoh yang  suka dibuat oleh orang bodoh!

Menyusahkan orang ni satu benda yang di larang Nabi, sebab orang islam di zaman Nabi akhlaknya bagus-bagus hingga orang masuk islamberbondong-bondong (rujuk surah An-Nasr), tapi hari ni jika akhlak orang islam teruk, orang murtad pulak yang berbondong-bondong, maka tolong jangan jadibodoh berbondong-bondong!

2.  Suka rosakkan harta sendiri.

Korang pernah ada kawan yang bila marah dihempasnya telefon,dipecahnya skrin laptop, di tumbuknya meja hinga pecah, diterajang pintu hinga terkopak, dibaling apa sahaja yang ada di tangan, dihempas gelas dan cawan hingga pecah berderai seperti pasir ditepi pantai? Ada? Jika ada tahulah bahawaorang bodoh ni bila marah mereka gagal kawal emosi, sampai sanggup pecahkan harta benda sendiri, sanggup jadi saudara syaitan sebab dah sampai tahap membazir kerana lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda sendiri, tapi jika lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda awam, dah jadi bodoh berbondong-bondong ganda dua puluh tiga (masukkan bunyi guruh di sini)

3.  Suka menyalahkan orang lain.

Orang bodoh memang tak lepas dari perangai suka menyalahkan orang lain. Bila miskin salahkan cina. Bila sakit salahkan doctor, Bila bodoh salahkan yahudi. Bila jahat salahkan saka. Bila buat dosa salahkan syaitan. Bila merogol salahkan orang tak tutup aurat. Bila harga barang naik salahkan kerajaan, dan begitulah siang malam kerja salahkan semua orang, perasan dia jer betol, inilah perangai semua orang bodoh. Ketahuilah, oleh sebab kita ni selalu sangat salahkan orang lain macam celaka, maka di akhirat kelak Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata, Akhirnya anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!

Setelah MENGAKU BERSALAH, baru Ahli neraka mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanjiakan membetulkan segala kesalahan. Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan. Jadi sementata hidup ini, janganlah kita perasan betul, sebab syarat taubat diterima adalah mengaku bersalah, maka bertaubatlah wahai semua orang bodoh,jangan membondong-bondongkan kebodohan korang. Adohai..

4)  Suka mengkritik

Semua benda nak dikritik, semua benda tak betul di mata dia, semua benda berbondong bondong nak dikeji dan dimaki. Jika duduk sebelah dia,semua keburukan orang dia tahu, sampai tahap siapa ahli neraka pun dia tahu, sebab apa? Sebab orang bodoh ni perasan dia lebih baik dan lebih pandai dari semua orang. Tak nak jadi bodoh? Jagalah lidah, Nabi pesan sebab lidah ni ramai masuk neraka, dosa mengumpat (cakap benda betul tentang buruk orang) dan dosa memfitnah (cakap benda salah tentang buruk orang) adalah termasuk dosa yang besar.

5)  Suka mengeluh

Sikit sikit mengeluh, sikit sikit tak puas hati, sikit sikit merungut, langsung tak reti nak bersyukur, pesan Nabi mudah, siapa bersyukurAllah tambah nikmat, siapa tak bersyukur, azab Allah sangat pedih. Maka jangan jadi orang bodoh yang suka mengeluh, merungut dan tak bersyukur. Sebab AzabAllah itu berbondong-bondong pedihnya.

6)  Suka berdebat

Jika korang suka berdebat dan suka nak menang, cuba korang tengok akibat selepas berdebat, orang ramai makin jauhkan diri dari korang,sebab tu bila Nabi dituduh gila ke ahli sihir ke, Nabi diam jer, Nabi tunjuk akhlak yang baik, ini yang buat orang cair, sebab suka berdebat dan nak menangni memang kerja orang bodoh, ibaratnya orang tuduh korang perempuan, lalu sebab nak menang korang bukak seluar tunjuk zakar, begitulah lebih kurang yang terjadi dalam debat, masing masing akan serang peribadi dan tunjuk aib sendiri, pesan Imam Syafie, aku tak akan berdebat dengan orang bodoh, sebab tak akanmenang, pesan Ibnu Baththah: Jauhilah perdebatan, karena ia adalah saat bodohnya seorang alim, dan pesan Nabi Muhammad s.a.w: Aku akan menjamin sebuah rumah di syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar.

7)   Sombong dan berlagak.

Orang sombong dan berlagak ni, atau istilah lebih tepat:bodoh sombong! Memang kerja dia langsung tak peduli orang lain sebab orangbodoh sombong ni memang suka fikir tentang diri dia sahaja, orang sakit ke , orang penat ke, dia tak peduli sebab dia selfish, penting diri sendiri. Sangat susahnak tolong orang. Selalu buruk sangka dengan semua orang, jika dapat temanhidup macam ni memang meranalah korang di neraka dunia, panjang nak cerita,tapi nak bagitahu, orang sombong masuk neraka. Firman Allah: Masukilahpintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah NerakaJahanam". - surah al-Zumar ayat 72”

8)  Lupa persiapan mati

Nabi bagitahu orang cerdik adalah orang yang ingat mati, maka orang yang lupa mati, dan sengaja lupakan persiapan untuk mati, makaitulah orang paling bodoh sebab tahu diri akan masuk neraka tapi tak buat apaapa usaha untuk selamatkan diri dari api neraka. Kebodohan berbondong bondongapakah lagi selain melupakan mati yang menjadikan kebodohan insan itu sempurna?

Okey cukup sampai sini,  banyak lagi pecahan kecil perangai orang bodoh,tapi cukup sampai lapan kita bincang, sebab syurga ada lapan pintu, dan hariini telah berlalu separuh hari akan masa dan usaha untuk buat usahamenyelamatkan diri kita dari api nereka, esok belum tentu kita hidup, makagunakanlah baki hari ini untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka, jangan termasuk orang yang bodoh berbondong bondong masuk neraka, Nauzubillah!

Sekian. Pesan pada diri sendiri.

Ps: Selalu orang tanya, kenapa guna nama pena kereta mayat? Jawabnya,Sebab aku takut aku lupa pada persiapan mati, perghhhh berlagak gila alasan aku! Woha!



Posted by Hamka Kereta Mayat
Single Polls, Total 82 Users voted
9.76% (8)
53.66% (44)
19.51% (16)
17.07% (14)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 09:41 AM | Show all posts
ramai yg begitu dlm forum ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:19 AM | Show all posts
  • suka percaya membuta tuli dan viralkan - Kalau dapat message wassap ke twitter ke cepat je nak retweet or forward tanpa selidik dulu berita tu betul atau tidak. Tak ke rasa bodoh bila next message atau tweet kita dapat cakap message or tweet sebelum tu tak betul.

  • cepat buruk sangka/ buat assumption - bila baca atau dengar benda-benda yang belum sahih atau baca apa-apa post cepat je nak relatekan dengan orang-orang yang dia tak suka. Konon post or tweet tu untuk orang itu lah.. orang ini lah.. padahal post atau tweet tu kadang2 saja je tuan punya badan up untuk peringatan diri sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg ciri...org yg rs semua org bodoh..dia sorg je yg pandai. Org bg idea smuanya dia ckp bodoh, org buat keje pun smuanya x sempurna di mata dia. Sbnrnya org mcm ni, mcm mana dia nak bahagia. Klu ada org di sekeliling dia, smua dibodohkannya...tp klu xde org di sekeliling nnt, sapa yg nak dibodohkan pulak? Self-reminder jugak supaya perbaiki diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:53 AM | Show all posts
orang bodoh ni lebih kurang juga dgn mereka yg tiada kesedaran sivik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bodoh tak tau dia bodoh
Dia ingat dia pandai.Dia cakap dia bilang orang lain cakap.Dia berniaga duit ambik barang tak kasi.Dia makan dan minum tapi tak bayar.Dia curi dia bilang dia ambil .Dia busuk dia dia ingat dia wangi.Dia tipu tapi dia bilang its facts!.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2017 12:22 PM | Show all posts
memang bodoh....

artikel hamka kereta mayat ropenye
lama dah tak baca penulisan dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 01:17 PM | Show all posts
Orang bodoh selalunya berfikiran singkat, kadang-kadang tak berfikir langsung.
Main redah tanpa memikirkan akibat dari perbuatan atau percakapan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 01:30 PM | Show all posts
bunuh diri juga ialah  orang yang bodoh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 01:37 PM | Show all posts
Orang yang bodoh selalu merasakan diri dia bagus...  suka cari gaduh sebab dia rasa dia je yang betul & tidak dapat menerima pandangan org lain dgn hati terbuka... kat forum ni paling ramai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 01:53 PM | Show all posts
ahmad maslan tu kira tanda aras bodoh seseorang tu.

aku paling tak leh blah org yg dh mmg bodoh tapi belagak pandai konon tau semua bnda. cakap bongkak tu yg xleh blah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:30 PM | Show all posts
bodoh bagi iols ialah tak tahu tapi buat2 tahu..
contohnya tengah meeting si A tunjuk hebat macam tau semua benda. bila kena tanya lebih sikit baru tercengang2 blur tak tahu nak jawab. haa.. tu betul2 bodoh.

mahap luahan perasaan jap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 spesis mcm ni kot yg trmasuk dlm perumpamaan 'pandai x boleh diikut, bodoh x boleh diajar'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah bodoh,
tak ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yang paling aku tak suka orang yang suka membodoh kan orang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 09:09 AM | Show all posts
Senja#merah replied at 4-4-2017 07:49 PM
Tapi yang paling aku tak suka orang yang suka membodoh kan orang lain

setuju dgn awak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yg bodoh...bile die bckp mcm tin kosong..tp haprak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifat orang bodoh : malas, cepat melenting/pemarah (yg ni dia bodoh sebab tak pandai kawal emosi lansung), tidak sensitif terhadap perasaan org lain, tiada rasa malu lalu tindak tanduknya tak fikir maruah (tak fikir panjang).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Matakilat replied at 6-4-2017 02:20 PM
Sifat orang bodoh : malas, cepat melenting/pemarah (yg ni dia bodoh sebab tak pandai kawal emosi lan ...

Setuju dgn awk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.459440 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list