|
|
"Saya bangga menjadi seorang Muslim."
Demikianlah pengakuan daripada Bella Hadid menerusi satu temu bual bersama majalah Net-a-Porter’s Porter, baru-bru ini.
 Foto: IG Bella Hadid
Supermodel berusia 20 tahun itu berkata bapanya, Mohamed Hadid membesarkan dia dan adik-beradiknya dengan didikan agama Islam.
"Dia rajin beribadat dan selalu bersembahyang bersama kami. Saya bangga menjadi seorang Muslim," katanya.
 Foto: IG Mohamed Hadid
Mogul hartanah Mohamed Hadid dilahirkan di Nazareth, Israel dan kemudian berpindah ke Syria dan Lebanon sebelum menetap di Amerika Syarikat ketika berusia 14 tahun.
"Bapa saya seorang pelarian ketika dia mula-mula datang datang ke Amerika," kata Bella.
Bercerita mengenai bekas kekasihnya, The Weeknd, Bella berkata dia hanya mahu memberi fokus kepada dirinya dan kerjaya buat masa ini.
"Saya tak kisah apa yang orang lain fikir tentang saya, saya hanya mahu menjadi diri sendiri yang disegani," katanya.
 Foto: IG Bella Hadid
Apa pendapat anda mengenai pengakuan Bella Hadid ini? - CARI |
|