JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
18339
View
44
Reply

[Accesories & Hobbies] Khidmat Rawatan Sihir/Santau/Saka Jarak Jauh (rawatan serendah RM30) *SCAN FREE*

[Copy link]

Author: encik_anas       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-4-2017 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by encik_anas at 29-3-2019 11:44 PM

UPDATE MARCH 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit gangguan jin dan sihir dan segala yang berkaitan dengan keduanya.
Bersedia menerima pesakit dari seluruh negara, jika ada saudara atau rakan yang sudah berikhtiar berubat di merata tempat tetapi tidak pulih boleh cuba melakukan rawatan dengan saya, InsyaAllah dengan izin Allah semua gangguan yang dihadapi pesakit akan pulih

*Tauhid rawatan jarak jauh ialah manusia hanya sebagai tukang doa/tukang ikhtiar dan Allah SWT jualah penyembuh segalanya


*JENIS-JENIS KEPAKARAN*:
1). Merawat sihir; sihir pengasih, pembenci, sihir pendarahan, sihir penunduk (nasi kangkang) dll.
2). Membuang saka dan pendamping
3). Memulihkan rumah, pejabat, sekolah, bangunan, kebun dan lain-lain dari gangguan jin.
4). Lain-lain yang berkaitan dengan sihir dan gangguan jin

*KAEDAH RAWATAN*:
Menggunakan bacaan ayat al-quran, doa, zikir, solat hajat, dan teknik2 tertentu

*CARA RAWATAN* :
1. Pertemuan-Pesakit berjumpa dengan perawat.
2. Rawatan Jarak Jauh -Pesakit tidak perlu berjumpa perawat
**Rawatan boleh dibuat dengan pengetahuan pesakit ataupun tanpa pengetahuan pesakit.

*ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM SIHIR DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS*
Berikut adalah antara tanda-tanda seseorang itu telah mengalami masalah gangguan jin atau pun disihir:
1.        Sering bermimpi mengenai makhluk yang menakutkan .
2. Selalu bermimpi mengenai haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, lipan.
3. Mendengar suara menghasut membuat perkara buruk.
4. Terasa dihempap atau ditindih ketika tidur.
5. Terasa membuat hubungan jenis dengan makhluk halus.
6. Melihat lembaga seperti bayi atau kanak-kanak di dalam mimpi.
7. Sering kacip gigi atau kedengaran gigi berbunyi semasa tidur.
8. Terasa kaki bagai disentap atau ditarik ketika tidur.
9. Mendengar suara menyergah ketika sedang tidur.
10. Mimpi melihat tanah perkuburan.
11. Bermimpi berkenaan benda tajam seperti jarum, gunting, pisau, buluh runcing.
12. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau jatuh ke dalam gaung.
13. Bermimpi melihat benda yang menjijikkan, kotor dan sebagainya.
14. Bermimpi berada di tempat ibadah orang bukan Islam dan berjumpa dengan sami, bomoh, paderi, salib
15. Sakit kepala luar biasa
16. Sakit perut atau sakit di bawah rahim tanpa sebab.
17. Terasa bagai memikul sesuatu di atas belakang sehingga lenguh
18. Jantung berdebar dengan tiba-tiba.
19. Takut menziarahi orang mati.
20. Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
21. Pengsan atau dirasuk dengan tiba-tiba.
22. Rasa lenguh-lenguh di bahagian anggota tubuh badan.
23. Sakit tulang belakang hingga ke pangkal kepala.
24. Gelisah ketika mendengar Al Quran dan azan.
25. Terasa bagai dalam keadaan nazak atau rasa sesak nafas.
26. Was-was mengenai keimanan diri sendiri.
27. Terasa diekori oleh lembaga.
28. Melihat kelibat atau bayang-bayang.
29. Terasa diperhati oleh sesuatu
30. Susah hendak tidur pada waktu malam.
31. Pendarahan yang luar biasa
32. Dan lain-lain simptom yg luar biasa.

*UPAH RAWATAN*
Membuang Sihir / Santau = RM40
Membuang Saka = RM50
Memulihkan gangguan Jin = RM30

**Tiada bayaran dikenakan untuk tujuan scan diri pesakit

Untuk mendapatkan rawatan atau sebarang pertanyaan mengenai rawatan, jangan segan silu untuk menghubungi saya

*+601158758740* (Whatsapp)

boleh KLIK link ni untuk terus whatsapp

www.wasap.my/+601158758740

www.wasap.my/+601158758740

www.wasap.my/+601158758740


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


ANTARA TESTIMONI YANG SEMPAT SAYA SERTAKAN DISINI


























*artikel dibawah ada yg diperoleh daripada blog

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
PERBEZAAN JIN SIHIR DAN SAKA

Asal usul Jin
1. Jin saka biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri.( tapi ada juga punca lain). Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman orang lain.

2. Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian lama, malah ada yang sejak bayi atau juga sejak ia masih dalam kandungan lagi. Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru atau tiba-tiba datang.

3. Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya, Sedangkan... jin sihir itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang lain.

Sasaran
4. Jin saka biasanya memilih sendiri bakal tuan baru-nya, sedangkan... jin sihir biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya.

5. Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga. Sedangkan...jin sihir lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan.

6. Jin saka akan masuk ke dalam tubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya...
Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.

Bentuk Gangguan atau Serangan
7. Jin saka akan berpindah pada seseorang mungkin atas dasar 'kasih sayang yang mendalam' atau perjanjian. Sedangkan... jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh.

8. Pada peringkat awal, gangguan jin saka akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan. Sedangkan... jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan.

9. Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti nampak jin, menilik, bersilat sendiri, mengurut, mengubat dan sebagainya. Sedangkan... gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit yang luarbiasa.

10.Gangguan jin saka kadang-kadang tidak menimbulkan sebarang gejala penyakit, tetapi menimbulkan pelbagai bentuk tekanan pada fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan bingung, selalu runsing, risau, takut, marah, malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk pelbagai perangai atau akhlak buruk...) Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan pelbagai gejala penyakit fizikal.

11.Sering gangguan jin saka itu 'mencengkam'seseorang dalam keadaan yang tenang dan orang lain tidak menyedarinya. Sedangkan... jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa diserang.

12.Kadang-kadang jin saka itu tak tahu yang tindakannya itu menyusahkan atau menganiaya tuannya. Sedangkan...jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan.

13.Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga. Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itubertujuan membalas dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.

14.Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat halus...hinggakan seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka. Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk halus.

15.Sebahagian jin saka akan mepertahankan tuannya daripada serangan jin lain...termasuk oleh jin sihir... Sedangkan...jin sihir biasanya akan datang berkumpulan...iaitu sebahagiannya tidak ada kena mengena...tapi saja nak mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'.

16.Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik...(tapi ikhlas tak ikhlas tu lain cerita tau sajala kalau dah jin...biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan jadi hasutan...) Sedangkan...jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang.

17.Jin saka akan mencari tubuh baru darikalangan ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia. Sedangkan...jin sihir akan pergi sebaik sajaia selesai melaksanakan tugasnya...( itu pun tak semua...)

18.Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah seperti menghalang tuannya kahwin, atau menghancurkan rumahtangganya, atau menghalang daripada mendapat anak dan sebagainya. Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-4-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau dituju kepada mangsa dari jauh C samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (ain) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan dihantar dan dimasukkan secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah barang tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan penghantaran santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-4-2017 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
KENAPA RAWAT JARAK JAUH MENJADI PILIHAN?

Rawat Jarak Jauh adalah mekanisma saya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan rawatan. Mekanisma ini diwujudkan berpunca daripada permasalahan yang dihadapi pesakit antaranya seperti berikut ;

-Jarak yang jauh antara tempat tinggal pesakit dengan saya

-Tak tahu nak datang ke tempat saya

-Bimbang tak jadi datang kerana ada halangan secara tiba-tiba

-Pesakit yang nak dirawat tak nak datang

-Tak ada pengangkutan nak datang

-Bajet tak mencukupi untuk datang (kos pengangkutan, makan/minum)

-Tak ada masa yang mencukupi untuk luangkan masa rawatan

-Susah nak dapat cuti

-Faktor sakit / tua / kesihatan tak mengizinkan.....dll

Kerana permasalahan di atas maka saya wujudkan mekanisma Rawatan Jarak Jauh untuk memudahkan permasalahan yang dihadapi pihak tuan. insyaAllah berkesan dengan izin Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-4-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Penipuan Jin di Dalam Rawatan Gangguan Makhluk Halus

Selalu manusia ingat mereka dah menang, tapi sebenarnya hanya tertipu . Jin akan menyebutkan nama-nama orang-orang yang konon-kononnya menghantar mereka untuk kerja-kerja sihir.
Kadang-kadang mereka menyebutkannya sambil menangis-nangis, konon-kononnya terpaksa pecah rahsia kerana takut dibunuh perawat, sedangkan sebenarnya depa dok berlakon aje tu.
Yang keluarga pesakit pula, oleh kerana dah terlampau trauma, terus ambik apa yang disebut oleh jin sebagai fakta. Maka berlakulah permusuhan di dalam keluarga dek fitnah oleh jin-jin tadi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-4-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
KENAPA RAWAT JARAK JAUH MENJADI PILIHAN?


Rawat Jarak Jauh*adalah mekanisma saya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan rawatan. Mekanisma ini diwujudkan berpunca daripada permasalahan yang dihadapi pesakit antaranya seperti berikut ;

Jarak yang jauh antara tempat tinggal pesakit dengan saya

Tak tahu nak datang ke tempat saya

Bimbang tak jadi datang kerana ada halangan secara tiba-tiba

Pesakit yang nak dirawat tak nak datang

Tak ada pengangkutan nak datang

Bajet tak mencukupi untuk datang (kos pengangkutan, makan/minum)

Tak ada masa yang mencukupi untuk luangkan masa rawatan

Susah nak dapat cuti

Faktor sakit / tua / kesihatan tak mengizinkan.....dll


Kerana permasalahan di atas maka saya wujudkan mekanisma*Rawat Jarak Jauh*untuk memudahkan permasalahan yang dihadapi pihak tuan. insyaAllah*berkesan dengan izin Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-4-2017 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
PELESIT

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa.

==Matlamat==
Hantu Pelesit dikatakan dipelihara bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

==Status==
Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.
Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

==Kesan Terhadap Mangsa==
Mangsa akan mengalami situasi yang pelik iaitu seolah-olah beliau sentiasa diperhatikan. Mangsa juga merasakan pendengaran yang seakan-akan semua orang sedang mengumpat atau megeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati beliau.
Perasaan seperti ini boleh membuatkan mangsa menjauhkan diri daripada masyarakat.

==Kelemahan==
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Cara ia berjalan mirip seekor penguin. Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.
Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-4-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Gangguan jin asyik boleh terjadi jika ada jin jantan telah jatuh cinta dan asyik kepada seseorang perempuan, atau jin betina cinta kepada seorang lelaki. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata : "Gangguan dari jin kepada manusia kadang kadang kerana hawa nafsu dan asyik (jatuh cinta) sebagaimana ianya berlaku sesama manusia" (majmu' al-Fatwa)

Gangguan jin asyik pada manusia itu biasanya bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan. Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.

Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang. Jin asyik ini kuat cemburu. Apabila jin ini sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, dia sentiasa akan berusaha memilikinya. Sebaliknya, apabila jin ini tidak suka, dia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah atau bercerai.
Jin asyik juga boleh berasal dari jin saka mahupun jin sihir yang telah bertapak lama pada pesakit. Jin asyik dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-4-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by encik_anas at 16-4-2017 08:25 PM

Tanda-tanda atau Punca Gangguan Jin Asyik

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Berkut adalah beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan untuk mengenali gangguan jin asyik;

Ketika sedar atau jaga..

Pesakit sering mengadu sakit kepala.

Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya

Sakit yang sukar diubati seperti sakit kulit.

Pesakit adakalanya mendengar, nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.

Selalu meninggalkan solat atau susah untuk mengerjakan solat.

Sukar untuk berzikir dan membaca Al-Quran.

Sering berasa was-was.

Berasa amat sensitif dan mudah berasa hati walaupun atas perkara-perkara remeh.

Suka bersendirian dan tidak suka diganggu.

Merasakan dirinya sangat cantik atau kacak.

Adakala tidak suka mempunyai pasangan.

Hubungan dengan pasangan biasanya tidak kekal. Selalu bertukar-tukar pasangan.

Selalu bergaduh dengan pasangan atau orang yang rapat dengannya.

Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal.

Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia atau keterlaluan.

Banyak tidur pada waktu siang hari dan berjaga pada waktu malam.

Suka mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit sehingga pesakit dirasuk.

Mandi atau duduk dalam bilik air terlalu lama.

Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang.

Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-4-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by encik_anas at 20-4-2017 11:15 PM

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.


PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2017 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Benarkah ada Saka yg Baik ?

Sebenarnya tidak ada saka yang baik. Jin-jin saka biasanya mengaku saka yang baik bagi tujuan rawatan, perbidanan, urut-mengurut, membantu dalam kerja perladangan dan menjaga kebun. Ini semua adalah penipuan jin-jin jahat yang berpura-pura membantu manusia tetapi pada akhirnya menuntut balasan kepada pemilik asalnya dengan menyebabkan sakit, nyanyuk ataupun dikuasai oleh jin ketika umur tuanya.

Jin-jin saka yang baik, mereka mengaku kononya bergama Islam dan atas dasar itu, mereka berlaku baik kononnya demi menolong manusia ataupun mengajar manusia. Hakikat yang sebenarnya, jin-jin saka adalah jin-jin kafir tetapi mengaku Islam dan menipu orang Islam. Penipuan mereka demi menyesatkan serta menimbulkan elemen syirik dalam amalan seperti memohon bantuan daripada jin-jin.

Jin-jin kafir yang mengaku Islam ini selalunya berselindung di sebalik gelaran khadam, khadam ayat, rijalul ghaib, wali-wali Allah, syeikh-syeikh dan malaikat penjaga. Semua itu mampu merosakkan akidah seseorang kerana penipuan halus ini dapat memperdaya manusia termasuk orang alim dalam agama. Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan supaya orang-orang beriman meminta dan berdoa terus kepadaNya tanpa apa-apa perantara? Sekiranya individu itu bersetuju dengan konsep perantara bagi merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t., apakah pula bezanya orang itu dengan penyembah berhala yang meyakini berhala itu bukan tuhan dan hanya sebagai medium mendekatkan diri dengan Tuhan?

Jin-jin yang menyamar sebagai penganut agama Islam dan jin-jin saka yang kononnya baik ini memastikan hidup pemilik-pemiliknya susah ketika tua. Tujuan terakhir mereka sama seperti tujuan asal permusuhan iblis dan manusia, iaitu menghalang manusia daripada beriman kepada Allah s.w.t. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, apabila pemiliknya berada dalam keadaan nazak, jin-jin ini akan menyusahkan dan menghalang habis-habisan pemilik-pemilik asal mereka mengucap dua kalimah syahadah.

Kesimpulannya, tidak ada saka yang baik kerana mereka semua hakikatnya jin kafir yang menunggu masa menyesatkan manusia sepenuhnya, iaitu ketika tibanya ajal atau dalam keadaan sakaratulmaut
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-4-2017 02:33 PM | Show all posts
ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA

- Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.

- Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

-Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

-Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.

-Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-5-2017 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ANTARA CARA MELINDUNGI DIRI DRPDA GANGGUAN

Dari segi fardu 'ain:

+ Tunaikan segala amalan-amalan fardu. Tiada diskaun dalam amalan fardu.
+ Jauhkan diri dari segala dosa & sybhat. Sama juga, tiada diskaun dalam menjauhkan diri dari dosa.
+ Pilih beberapa amalan sunnah dan amalkan secara istiqamah.

Dari segi fardu kifayah pula:

+ Tunaikan fardu kifayah dengan niat supaya diri kita akan menjadi manfaat bagi hamba-hamba Allah yang lain, dan pada masa yang sama elakan diri kita dari jadi mudarat pada hamba-hamba Allah yang lain.
+ jagalah hubungan sesama makhluk.
+ Tunaikan amalan fardu kifayah sebaik mungkin. Maksudnya, kalau kita ni engineer, jadilah engineer yang terbaik. Kalau kita ni doktor, jadilah doktor yang terbaik. Kalau kita ni muallij, jadilah muallij yang terbaik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-5-2017 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by encik_anas at 6-5-2017 03:18 PM

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-5-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciri-ciri rumah berhantu:

1. Kebiasaannya rumah yang 'berpenghuni' / berpenunggu / berhantu adalah rumah nampak suram dan muram. Rumah tersebut kebiasaannya kelihatan tiada 'nur' atau hilang keceriaan atau serinya.

2. Seringkali terdengar bunyi-bunyi aneh dan menyeramkan khususnya pada waktu malam. Lebih-lebih lagi selepas dua belas tengah malam. Antara bunyi yang biasa kedengaran adalah bunyi barang jatuh, balingan batu, hilaian ketawa, orang menangis, bayi merengek, bunyi tapak kaki dan pelbagai lagi bunyi yang menakutkan.

3. Rumah yang terdapat banyak kelawar yang terdapat di bahagian syiling atau atapnya. Kebiasaannya syiling dan kawasan rumah dipenuhi tahi kelawar. Ini mengundang jin bertandang ke rumah anda. Ini kerana sebahagian jin suka kepada tempat kotor seperti tempat yang dipenuhi najis kelawar.

4. Selalunya, rumah yang berpotensi mengalami masalah gangguan makhluk halus adalah rumah yang diperbuat daripada kayu kayan bukit.

5. Rumah yang tidak terjaga rapi kebersihannya daripada sebarang kotoran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan najis haiwan seperti najis kelawar, burung dan haiwan ternakan.

6. Rumah yang berhantu adalah kebiasaannya mengandungi gambar-gambar benda hidup dan gambar yang tidak direstui syarak, patung-patung serta sebarang perhiasan yang tidak menggambarkan biah atau suasana keIslaman yang sebenar.

7. Berkaitan dengan penghuninya pula, selalunya penghuni rumah berhantu ini terdiri daripada mereka yang kurang pegangan agamanya seperti malas menunaikan solat, tidak menutup aurat dan memasang lagu-lagu yang tidak masyru'.....(melanggar syara')

Kesimpulannnya peliharalah rumah anda dari sebarang kemaksiatan agar terhindar dari diceroboh oleh makhluk halus....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2017 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda-tanda berikut akan berlaku kepada pesakit sebelum menjalani rawatan. samada ketika dalam perjalanan ke pusat rawatan ataupun semasa menunggu giliran menjalani rawatan:

1. Pesakit tiba tiba berasa cemas,berdebar debar dan ketakutan.

2. Pesakit tiba-tiba berasa mahu membuang air kecil atau pun besar dan berulangkali membuang air kecil.

3. Pesakit tidak senang duduk. Sekejap berdiri, berjalan mundar mandir dan sekejap duduk termenung.

4. Pesakit berasa benci melihat perawat yang mengikut sunnah nabi. Biasanya apabila pesakit menghubungi perawat untuk temujanji melalui telefon, pesakit akan mendengar seperti bisikan supaya jangan meneruskan sesi rawatan.

5. Pesakit berasa seram sejuk ataupun demam.

6. Pesakit berpura-pura tidur dan berlaku
tenang.

7. Pesakit lari dari tempat rawatan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-5-2017 12:40 PM | Show all posts
SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

-Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
-Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
-Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
-Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
-Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
=Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
=Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
=Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
=Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

-Hembusan asap rokok.
-Tenungan mata.
-Perbualan.
-Minuman
-Handphone (percakapan).
-Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-6-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda-tanda  Kedai Makan disihir

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa kedai makan kita dikenakan sihir? Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh dikenal pasti sesuatu premis perniagaan dikenakan ilmu sihir. Berikut adalah beberapa tanda yang ketara. Antaranya;

Nampak kedai tutup
Pelanggan mengadu tidak nampak kedai makannya dibuka. Apabila diajukan kepada tuan punya kedai  mengapa kedainya ditutup, tuan punya kedai kehairanan kerana kedainya pada waktu yang dinyatakan itu sentiasa dibuka. Ada kalanya pelanggan nampak kedai tetapi kerusi diletakkan di atas meja. Malah ada juga yang nampak tiada kerusi dan meja di dalam kedai makan tersebut.

Pelanggan tiada keinginan untuk masuk ke dalam  kedai
Pelanggan seolah-olah tiada keinginan untuk masuk ke dalam kedai. Walaupun ada pelanggan yang berhenti di depan kedai tetapi berpatah semula ke arah lain. Ada juga pelanggan yang sudah turun daripada kenderaan tetapi masuk semula ke dalam kenderaan dan berlalu pergi. Sayu hati tuan kedai makan melihat situasi ini.

Sering sakit
Pengusaha kedai makan sering sakit dan menyampah untuk datang ke kedai. Badan terasa panas dan rimas apabila berada di dalam kedai sebaliknya rasa selesa apabila keluar dari kedai. Ada juga badan terasa gata-gatal hingga menyukarkan pekerjaan.

Sering bergaduh
Pengusaha kedai makan dalam keadaan mood tertekan dan sering marah-marah atas sebab-sebab yang kecil. Selain itu pekerja juga selalu bergaduh sesama mereka. Akibatnya ada pekerja yang berhenti dan mencari kerja di kedai lain.

Juada cepat basi
Ada juga kes yang pelik iaitu makanan yang disediakan seperti nasi yang di masak cepat basi. Walhal, makanan tersebut baru beberapa jam dimasak dan terpaksa dibuang. Ini akan merugikan tuan punya kedai makan.

Nampak kelibat menakutkan
Kemuncak gangguan ini ialah pengusaha kedai makan atau pekerjanya sering terlihat kelibat makhluk yang menakutkan. Akibatnya ada pekerja yang takut untuk berada lama di dalam kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nawuzubilla
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2017 08:57 AM | Show all posts
panjang sgt nak baca

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051080s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list