View: 8287|Reply: 30
|
Kari Ala Jepun, Panas Pedas Kaw Terangkat!
[Copy link]
|
|
Kebiasaannya kalau kita nak makan kari yang betul-betul 'kaw', kita pasti akan bertandang ke kedai mamak, bukan? Mungkin ramai tak tahu, tetapi di Jepun, kari dilabel sebagai makanan kebangsaan mereka!
Sejak diperkenalkan pada era Meiji, kari semakin mendapat permintaan di kalangan peminatnya, malah sehingga hari ini pelbagai variasi resipi diolah berasaskan kari.
Kari di Jepun biasanya dimakan bersama nasi atau udon (mi Jepun). Nasi Kari yang terkenal di negara itu merupakan hidangan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta campuran daging atau apa sahaja disukai mengikut cita rasa masing-masing.
Musim panas sinonim dengan makanan panas dan pedas di negara matahari terbit itu. Malah, masyarakat Jepun percaya rempah-ratus mampu membuka selera yang hilang semasa cuaca panas 'membakar', sekali gus menyejukkan tubuh dengan mengeluarkan peluh tindak balas mengambil makanan pedas.
Untuk itu, Sushi King kini menawarkan TIGA jenis tahap kepedasan 'Spicy Kick' iaitu Kari Tomato, Kari Biasa, dan Kari Pedas. Anda boleh memadankan hidangan kegemaran anda dengan kuah kari pilihan pada harga RM15.90 (tidak termasuk GST)
Untuk itu, anda boleh padankan sendiri tahap kepedasan dengan tiga hidangan ini:
1. Chicken Katsu
Salah satu hidangan kegemaran Jepun adalah Chicken Katsu di mana ayam goreng dan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta kacang panjang.
2. Seafood Fry
Bumi matahari terbit ini memang menggemari makanan bersalut tempura. Untuk itu, Sushi King menampilkan makanan laut bersalut serbuk rotibersama kacang panjang yang dihidangkan bersama nasi bergandingan kuah kari pilihan anda!
3. Yakiniku
Hirisan daging dan kacang panjang dimakan bersama nasi panas yang digandingkan dengan kuah kari kegemaran anda. Nikmatilah kelazatan hidangan panas pedas ini!
Selain tiga hidangan diatas, anda juga boleh nikmati hidangan lain yang istimewa di Sushi King seperti berikut:
1. Grilled Cheese Curry
Istimewanya Grilled Cheese Curry ini adalah kerana ia merupakan hidangan sama seperti Chicken Katsu, di mana ayam goreng dan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta kacang panjang. Tetapi ada sedikit penambahan kepingan cheese. Gabungan hebat, keenakan berganda!
2. Curry Kiryu Udon
Penampilan istimewa Curry Kiryu Udon yang merupakan hidangan istimewa dari bandar Kiryu, daerah Gunma, Jepun. Tekstur mi udon lebih lebar dan nipis serta lembut dan licin. Memang ‘terangkat’ kepala makan Kiryu Udon digandingkan bersama kuah kari ‘berapi’ serta kacang panjang dan udang tempura.
3. Curryfornia Roll
Jangan main-main dengan California Roll kari ini. Nasinya digaul dengan kari pedas digulung bersama telur dadar, timun dan isi ketam ditambah mayones pedas dan kaviar masago.
Selain mencuba menu baharu ini, anda juga boleh cabar DUA rakan anda untuk cabaran Curry-Hot-Kick Challenge dan hantar sekeping gambar “hot kick” paling kreatif dengan hashtag MySKCurry untuk memenangi T-shirt Sushi King eksklusif hanya pada 1 April sehingga 30 Jun 2017 sahaja!
Anda berani ke sahut cabaran Curry-Hot-Kick ini? Rasailah sendiri 'kepanasannya' di Sushi King sekarang! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk mcm sedap je curry kiryu udon tu |
|
|
|
|
|
|
|
Camner rasa kari jepun ni lain mcm warnanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
gmbr nmpk cantik, rsanya cantik ke x? |
|
|
|
|
|
|
|
lama dh teringin nak mkn kari jepun..tp tkut xsdp plk |
|
|
|
|
|
|
|
wuuuu. macam sodap. tp syg sis xgemor kari |
|
|
|
|
|
|
|
Cheese curry tu kena ke kombinasinya? |
|
|
|
|
|
|
|
mzz tengok macam tak menyelerakan pula
nampak macam sos tomato ja
lagipun mzz tak suka nasi yang dah kena kuah |
|
|
|
|
|
|
|
Pekat likatt jee macam sos blackpaper. sedapp ke kari jepun |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke??
ada yg dah try x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 7-4-2017 11:30 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau cicah ayam goreng tu sedap, makan ngan nasi.. still prefer kari mamak.
|
|
|
|
|
|
|
|
i tak nampak kari as in chennai curru pun ... or kari nasi kandaq pun ? okay i might try ..somewhere |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 6-4-2017 02:03 PM
Camner rasa kari jepun ni lain mcm warnanya..
Macam stew. Sangat mild. Sedap. Deyol masak siap guna epal segala untuk bagi rasa manis. Jangan guna serbuk kari Babas, Adabi segala kalau nak masak kari Jepun. Takkan jadi punya. Helok beli ja perencah kari Jepon or tanak susah2 pi ja makan kat mana2 restoren jepun halal toyyiban. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 7-4-2017 11:29 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau ci ...
Yeap. Japanese guna roux (tepung yang dimasak dan digunakan sebagai base biasanya untuk masak kuah/sos stail kokesen) untuk masak kari depa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 8-4-2017 03:05 AM
WhiskeyScotch replied at 6-4-2017 11:51 PM
Cheese curry tu kena ke kombinasinya?
Rasanya ok je. Ai pernah terai makan roti cheese dengan kari kat kedai mamak, masuk je rasa. Tapi memang muak la if tak suka kombinasi rasa spicy, salty and creamy.
Japanese/Korean/Taiwanese suka kombinasi pelik gini. Siap ada resipi ramen, instant noodle letak cheese segala. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pelik jer bila tengok kuah kari jepun nie..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 7-4-2017 11:29 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau ci ...
Owhhh bolehh lahh nk try nyaaa kalo gituhh. Kari mamak still win. Makan aroma melekat gituhh di jari |
|
|
|
|
|
|
|
x pernah mkn y ori kari jepun, tp pernah tgk resepi n try sndr. x tahu la sama ke x. tp i rasa sdp jugak |
|
|
|
|
|
|
|
kalo depa rasa kari ala mamak adakah akan bertukar selera.. tapi me mmg prefer kari mamak.terangkat beb |
|
|
|
|
|
|
| |
|