CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

sejarah aliran muktazilah dan ASWJ

[Copy link]
Post time 7-4-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dimanakah letaknya iman seseorg jika menghukumkan sesuatu selain dari petunjukNya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu phd baru nampak petunjukNya ke? Apakah jenis kelawakkan yg sedang berlaku dizaman ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Qadar

Dari sudut bahasa Arab, Qadar ialah menetapkan suatu kadar tertentu.

Manakala dari sudut syarak, Qadar ialah perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali, supaya ia terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahulu setiap perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kita mula menetapkan Qadar (meskipun kita itu ada phd, master, degree), ketahuilah! Allah bodohkan seseorg mengikut kadar yg Dia kehendaki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kita sebut sahaja muktazilah, maka ketahuilah akan makna Qada' Dan sebelum wujud muktazilah, hakikatnya, manusia merancang sesuatu kadar utk menghukumkan sesuatu tanpa melihat apakah hukum itu DIANJURKAN oleh Allah atau ianya antara bukti Allah ilhamkan kejahatan atas apa yg cuba dihukumkan menerusi hawa nafsu.

Dan bila kita mula berhukum SELAIN dari petunjukNya, itulah nama sebenar BODOH PIANG yg Dia telah tetapkan kpd mereka2 yg fasik.

Tak rasa diri tu dibodohkan syaitan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahlul Sunnah Wal Jamaah yg baginda Rasullullah saw maksudkan "ahli syurga" ke tu?

Adakah terlalu cerdik atau terlalu bodoh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 7-4-2017 09:02 AM

Perpecahan berlaku kerana masing2 Allah bodohkan hidup2. Bila kita itu mensyirikkan Allah, sememangnya RUKUN IMAN pun tak akan kita imani.

Nak tanya sikit, dgn ilmu2 SAMPAH tu, nampak mcm dibodohkanNya tak?

Saja nak bagitau, kamu semua BODOH meskipun kamu semua ada phd. Dan hakikatnya, zaman yg penuh kesyirikkan itu, Allah tonjolkan kebodohan orang2 yg tak beriman kpd Qada dan Qadar kpd mukmin.

Fakta yg TAK DER SIAPA LAYAK RAGU2 pun. Jelas lagi nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Post kali ini post ahli syurga ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Rukun Iman pun tak faham, nak ajar hukum bodoh piang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


257. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah taghut (syaitan), yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Tafsir Surah Al-Baqarah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak saya ajar orang2 spt kamu perumpamaan utk faham akan makna Qada' dan Qadar?

Al-Maklumlah, patut ke diajar species alien yg bodoh piang?

Pasal apa bahasa saya sejak dua menjak ini kurang cantik? Ibaratnya kamu semua itu hanya LAYAK jadi penumpang bas ekspress aje. Dan sayalah driver itu. Kalau bawa dgn cermat, TAK DAK SEKOQ pun ingat kpd Allah. Dan bila KESEMUA UNDANG2 DUNIA dilanggar oleh saya semata2 utk bawa kamu sampai ke destinasi, maka dalam perjalanan SEKIRANYA keje maki hamun driver aje, LAYAK MASUK SYURGA ke wahai si bodoh piang? Dan lebih hina, dah sampai ke destinasi pun keja mengajar driver? Bodoh piang tul kamu ini kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika driver jadi penganggur, kamu maki driver itu. Bila driver tu bawa bas utk kamu, kamu maki driver itu. Dan bila dah sampai destinasi itu, kamu maki driver itu.

SEJAK BILA KAMU AJAR DRIVER BAS itu memandu bas ekspress? Dan berapa gaji driver utk bawak orang2 bodoh piang itu yer? Ada rasa bersyukur ke? Kononnya sampai ke destinasi atas usaha kamu? Tak rasa diri itu bodoh piang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila tak sedar diri itu bodoh piang, akhirat kelak kekal dineraka yang sebenar2nya.

Kurang2, saya dah dapat pahala (hakikat taqwa). Kamu pula dapat murkaNya (kerana tak sedar diri itu bodoh piang).

Kerana itulah, bani Tamim itu pengikutnya sedikit. Ramainya orang bodoh piang itu puncanya. Kpd yg bodoh piang, tanyalah diri sendiri "sejak bila kamu berkawan dgn saya?" Jika saya masuk ke syurga, jgn lupa kamu itu bukanlah kawan2 saya (hakikatnya).
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 08:47 PM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 7-4-2017 08:58 AM
Perpecahan berlaku kerana masing2 Allah bodohkan hidup2. Bila kita itu mensyirikkan Allah, sememangn ...

Perpecahan berlaku kerana masing2 Allah bodohkan hidup2. Bila kita itu mensyirikkan Allah, sememangnya RUKUN IMAN pun tak akan kita imani.
Nak tanya sikit, dgn ilmu2 SAMPAH tu, nampak mcm dibodohkanNya tak?
Saja nak bagitau, kamu semua BODOH meskipun kamu semua ada phd. Dan hakikatnya, zaman yg penuh kesyirikkan itu, Allah tonjolkan kebodohan orang2 yg tak beriman kpd Qada dan Qadar kpd mukmin.
Fakta yg TAK DER SIAPA LAYAK RAGU2 pun. Jelas lagi nyata.


hang ni masih gila babi ke nizam
selama 1500 tahun ni lah kali pertama kedengaran ----- Allah bodohkan hidup2
teruk sangat perangai hang ni nizam ooiiii


perpecahan berlaku - TIAP2 GOLONGAN BERMEGAH DGN APA YG ADA PADA MEREKA
dan KATANYA: AKU TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAH NASIB MEREKA SENDIRI


ilmu sampah kat sini tak lah seteruk ilmu ilmu budak tadika dajjal mereng merapu - hang le ni kan

ni hang dok temberang gila2 dgn ayat2 bercanggah ni - hang beriman kat sapa ni nizam ooiiii???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 04:40 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-4-2017 04:42 AM

Menjawab hujah dangkal Dr Farouk Musa: Muhammad Aidil Idham

http://www.ismaweb.net/2015/09/menjawab-hujah-dangkal-dr-farouk-musa-muhammad-aidil-idham/



SECARA peribadi saya tertarik dengan hujah balas yang dikemukakan oleh Dr Farouk Musa semasa menjawab persoalan mengenai konteks Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia semasa sesi soal jawab Forum Liberalism.

Dr Farouk Musa telah mengambil contoh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memaksudkan “Islam adalah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”, itu adalah merujuk kepada praktikal Islam dalam upacara rasmi negara sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Malah bagi menyokong kenyataannya, beliau telah memberi contoh Laporan Suruhanjaya Ried (muka surat 73) yang katanya sebagai ‘penggubal’ perlembangaan memetik “The observance of this principle shall not imply that the state is not a secular state”. Selain itu juga beliau mengambil contoh kes Che Omar Che Soh vs Public Presecutor yang memberi tafsiran bahawa persekutuan ini bersifat sekular untuk menyokong hujahnya.


BERITA BERKAITAN:
Pemahaman simplistik Dr Farouk mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan tidak lain hanyalah berniatkan menolak peranan Islam sebagai agama bagi persekutuan pada konteks yang lebih besar daripada sekadar upacara-upacara rasmi semata-mata.
Adalah perlu ditekankan di sini bahawa Perlembagaan Persekutuan perlulah dibaca secara holistik dan menyeluruh tanpa bercanggah dengan mana-mana bahagian dalam persekutuan, seperti yang di sebutkan di dalam kes Danaharta Urus Sdn Bhd vs Kekatong Sdn Bhd, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “The Constitution must be considered as a whole, and so as to give effect, as far as possible, to all its provisions”.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 04:43 AM | Show all posts
Peruntukan yang mengangkat peranan Islam

Maka keseluruhan konteks dan kandungan Perlembagaan perlu dirujuk bagi membuat satu pernilaian yang adil terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara keseluruhannya terdapat lapan lagi peruntukan yang memberi kelebihan kepada Islam atau sekurang-kurangnya mengangkat peranan Islam lebih tinggi daripada dimaksudkan untuk digunakan sekadar dalam upacara upacara rasmi sahaja
  • Perkara 11 (4) – Peruntukan menyekat atau mengawal pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganut agama Islam.
2. Perkara 12 (2) – Memperuntukkan adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara atau membantu dalam menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam.

3. Perkara 150 (6A) – Menetapkan kuasa Parlimen tidak boleh diluaskan kepada perkara yang berkaitan hukum syarak atau adat Melayu dalam keadaan darurat.

4. Perkara 121 (1A) – Menetapkan bahawa Mahkamah Tinggi Semenanjung mahupun Sabah- Sarawak tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

5. Perkara 38 (b) –Persetujuan Majlis Raja-Raja supaya amalan, perbuatan atau upacara agama diluaskan ke Persekutuan secara menyeluruh.

6. Jadual keempat – Sumpah Yang Dipertuan Agong untuk memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.

7. Butiran 1 Senarai II (Negeri) Jadual Kesembilan – meletakkan hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam serta kuasa mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam di bawah bidang kuasa negeri.

8. Butiran 1 (2) (d) Jadual Kelapan – Raja boleh bertindak melalui budi bicaranya tanpa nasihat Menteri Besar atau majlis Mesyuarat Kerajaan untuk menjalankan apa-apa fungsi sebagai Ketua Agama Islam. Bahkan Perkara 3 (2) secara jelas menyebut prerogatif (hak istimewa) Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.

Adakah Islam dalam tafsiran Perlembagaan hanya terhad dirujuk untuk upacara-upacara rasmi sahaja sedangkan dalam perkara-perkara lain Perlembagaan Persekutuan memberi peranan yang sangat besar untuk Islam berfungsi secara menyeluruh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2017 04:44 AM | Show all posts
Persoalan ini perlu dijawab oleh Dr Farouk tanpa rasa paranoid demi memberi keadilan kepada peranan Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga beliau juga telah mengambil contoh kes Che Omar Che Soh vs Public Presecutor, bagi menyokong sifat sekular Perlembagaan daripada aspek tafsiran Mahkamah. Saya fikir beliau sekali lagi mengambil contoh terpilih dalam kes-kes mahkamah untuk menyokong pendapatnya malah tidak langsung membuat perbandingan adil terhadap kes-kes lain yang memberi tafsiran yang lebih jelas dan nyata tentang kedudukan Islam pada takrifan Perkara 3. Seperti yang ditakrifan Yang Arif Dato Mohd Nor mantan hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Meor Atiqulrahman v Fatimah Sihi:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 04:44 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-4-2017 04:48 AM

Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di Negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain. Bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”





Tidakkah penghakiman ini jelas memberi tafsiran Perkara 3 itu jauh melangkaui konteks pemahaman sekular seperti yang didakwa apabila memberi ruang esklusif kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan berbanding agama-agama lain seperti yang ditakrifkan dalam kes penghakiman oleh Yang Arif Dato Mohd Nor?



Malah saya juga menyarankan Dr Farouk Musa lebih rajin menyemak laporan penghakiman lain seperti kes Menteri Dalam Negeri & Ors v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, (kes Kalimah Allah) juga senada memberi penekanan peruntukan Perkara 3 yang membawa implikasi besar peranan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jikapun beliau masih berkeras mahu berhujah menggunakan kes Che Omar Che Soh vs Public Presecutor ini untuk berhujah lanjut, beliau juga perlu mengambil kira kritikan yang telah dilontarkan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam kertas kerjanya bertajuk “Islam dan Tafsiran KePerlembagaan oleh Mahkamah telah membedah dan memberikan komentar terhadap penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar bin Che Soh tersebut seperti berikut:-


“Persoalan dalam kes itu ialah sama ada hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bercanggah dengan ajaran Islam dan, oleh itu tak kePerlembagaan dan tak sah (unconstitutional and void). Adakah mahkamah mengatakan bahawa Malaysia sebuah “negara sekular” atau “negara Islam”? Jawabnya tidak dan bukan itu persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah.”



Maka ianya jelas Dr Farouk memang berniat untuk memberi kekeliruan dengan mengambil contoh kes mahkamah untuk membuktikan sesuatu yang tidak dibincangkan dan tidak dimaksudkan di dalam kes penghakiman tersebut.



Hujah terakhir yang diutarakan beliau adalah merujuk kepada ‘penggubal’ Perlembagaan iaitu Laporan Suruhanjaya Reid yang melaporkan memetik:

“The observance of this principle shall not imply that the state is not a secular state.”a bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 04:48 AM | Show all posts
Tidakkah penghakiman ini jelas memberi tafsiran Perkara 3 itu jauh melangkaui konteks pemahaman sekular seperti yang didakwa apabila memberi ruang esklusif kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan berbanding agama-agama lain seperti yang ditakrifkan dalam kes penghakiman oleh Yang Arif Dato Mohd Nor?

Malah saya juga menyarankan Dr Farouk Musa lebih rajin menyemak laporan penghakiman lain seperti kes Menteri Dalam Negeri & Ors v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, (kes Kalimah Allah) juga senada memberi penekanan peruntukan Perkara 3 yang membawa implikasi besar peranan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jikapun beliau masih berkeras mahu berhujah menggunakan kes Che Omar Che Soh vs Public Presecutor ini untuk berhujah lanjut, beliau juga perlu mengambil kira kritikan yang telah dilontarkan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam kertas kerjanya bertajuk “Islam dan Tafsiran KePerlembagaan oleh Mahkamah telah membedah dan memberikan komentar terhadap penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar bin Che Soh tersebut seperti berikut:-

“Persoalan dalam kes itu ialah sama ada hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bercanggah dengan ajaran Islam dan, oleh itu tak kePerlembagaan dan tak sah (unconstitutional and void). Adakah mahkamah mengatakan bahawa Malaysia sebuah “negara sekular” atau “negara Islam”? Jawabnya tidak dan bukan itu persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah.”

Maka ianya jelas Dr Farouk memang berniat untuk memberi kekeliruan dengan mengambil contoh kes mahkamah untuk membuktikan sesuatu yang tidak dibincangkan dan tidak dimaksudkan di dalam kes penghakiman tersebut.

Hujah terakhir yang diutarakan beliau adalah merujuk kepada ‘penggubal’ Perlembagaan iaitu Laporan Suruhanjaya Reid yang melaporkan memetik:

“The observance of this principle shall not imply that the state is not a secular state.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 04:48 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-4-2017 04:51 AM

Peranan Sebenar Suruhanjaya Reid

Kesilapan pertama dalam hujahnya adalah mengatakan bahawa Suruhanjaya Reid adalah “penggubal” bagi Perlembagaan, ini adalah tidak benar kerana Suruhanjaya Reid hanyalah ditugaskan untuk mengumpul, dan memungut pelbagai memorandum yang diambil daripada orang perseorang, parti politik, dan pelbagai pertubuhan untuk dipertimbangkan dalam laporan cadangan yang disediakan mereka ke arah perbentukan Perlembagaan merdeka.

Malah perkara yang lebih penting adalah perenggan ini bukanlah cadangan Suruhanjaya Reid tetapi ayat ini hanya melaporkan cadangan daripada sebahagian Memorandum Parti Perikatan dan bukan daripada Suruhanjaya Reid sendiri untuk menghasratkan dokumen Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen sekular.

“We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion.

“There was universal agreement that if any such provision were inserted it must be made clear that it would not in any way affect the civil rights of non-Muslims. In the Memorandum submitted by the Alliance it was stated.”


Cadangan ini seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Reid tidak langsung dimasukkan dalam dokumen lengkap Perlembagaan Persekutuan yang merdeka, maka dengan kata lain cadangan ini telah ditolak untuk dimasukkan semasa proses pembentukan Perlembagaan Negara, malah tiada satupun perkataan sekular disebut dalam mana-mana bahagian Perlembagaan Persekutuan, ini juga diakui oleh beliau sendiri dalam penyampaiannya. Konsensus yang perlu diakui bahawa sekular mewakili apa-apa pengertian dan takrifan tidak pernah dihasratkan oleh penggubal Perlembagaan Persekutuan.

Pada amatan saya, Dr Farouk Musa terlalu simplistik dalam berhujah dan ianya telah memberi konotasi negatif dengan implikasi yang besar terhadap pemahaman Islam dan peranannya dalam konteks Perlembagaan Malaysia yang berdaulat ini.

Segala hujah mengenai Islam dan Perlembagaan Malaysia telah secara serius diperjuangkan PEMBINA dalam siri Sembang Santai di seluruh negara. Beliau dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini. Akhir pesanan saya, hentikanlah kekeliruan ini demi Malaysia yang lebih aman dan harmoni.

Muhammad Aidil Idham
Biro Kajian dan Informasi PEMBINA
Pengerusi PEMBINA Ipoh
www.pembina.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.088611 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list