View: 7713|Reply: 53
|
“Saya Tetap Pertahankan Cinta Saya!" - Bukan Cinta Monyet Lagi Tapi Beruk
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum para pembaca yang disayangi,
Artikel pertama minggu lalu ada saya kongsikan sedikit pembuka cerita mengenai kisah hidup saya sebagai salam perkenalan. Seterusnya saya ada menyentuh mengenai aliran hidup generasi kini yang mempunyai rentak yang begitu berbeza dan mencabar berbanding zaman dahulu. Terutama apabila ia menyentuh berkenaan dengan permainan cinta di bangku sekolah yang telah saya rumuskan bahawa ia bukan lagi ‘Cinta Monyet’ tetapi lebih daripada itu iaitu ‘Cinta Beruk’.
Bagi segmen kedua ini pula, saya lebih gemar untuk berkongsi kepada para pembaca mengenai beberapa pengalaman saya bersama para pelajar atau remaja dalam beberapa episod program saya iaitu Program Perisai Buat Puteri (Sex Education) yang dilaksanakan di sekolah bersama para pelajar perempuan sahaja. Perkongsian ini mendedahkan betapa kritikalnya tahap pemahaman remaja kini terhadap panggilan cinta.
Antara slot Program Perisai Buat Puteri adalah saya mendedahkan bukti dan penjelasan mengapa golongan wanita (bukan sahaja remaja perempuan) mudah taksub terhadap cinta yang didambakan biarpun pasangan lelakinya tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Malah golongan wanita ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan hubungan cinta mereka tidak terjejas. Seperti biasa, pendekatan penyampaian saya sewaktu mengendalikan program akan diselitkan dengan aktiviti atau demo bersama para peserta. Terimbas saya beberapa peristiwa dan pengakuan daripada para pelajar perempuan semasa mereka di uji dalam slot ini.
Peristiwa Pertama :
Dalam slot Konsep Cinta 50% seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, saya memanggil beberapa wakil pelajar yang mempunyai teman lelaki bermula dari usia perkenalan yang masih baru hingga kepada mereka yang telah lama berhubungan. Beberapa pelajar perempuan naik ke pentas dan saya mula temu bual seorang demi seorang mengenai perhubungan mereka. Bila mula berkenalan? Di mana bertemu? Apakah panggilan manja antara mereka? Inilah antara soalan-soalan yang saya ajukan. Sehinggalah soalan wajib iaitu:
“Berapa peratuskah sayang dan cinta anda kepada teman lelaki anda?”
Seperti yang diduga, rata-rata mereka menjawab lebih 80% termasuk mereka yang baru sehari dua berhubungan. Ini belum lagi menggusarkan hati sehinggalah apabila saya mendengar jawapan salah seorang peserta apabila saya memberi gambaran situasi sekiranya berlaku ke atas mereka.
Gambaran situasinya adalah seperti :
“Bayangkan teman lelaki anda tinggalkan anda begitu sahaja kerana perempuan lain dan dia hina anda dan minta anda sedar diri.”
Jawapan pantas daripada salah seorang peserta ini adalah:
“Saya takkan lepaskan teman lelaki dia, apa pun jadi saya takkan lepaskan dia. Dia nak buang saya buanglah, saya akan tetap takkan lepaskan dia.”
Saya tambahkan kesengsaraan kisah andaian ini:
“Bayangkan teman lelaki yang anda takkan lepaskan ini bukan sahaja membuang anda kerana perempuan lain malah dia pukul anda, anda jatuh dia pijak anda…”
Sengaja saya menambah perit dalam penceritaan ini untuk melihat adakah remaja ini sedang dibelenggu taksub cinta? Ternyata sangkaan saya benar apabila jawapan remaja ini benar-benar dapat mendiamkan suasana, para pelajar lain dan guru-guru yang berkumpul di belakang semuanya terpaku dan terkejut mendengar jawapannya. Apakah yang dikatakan pelajar ini?
“Walau apa pun yang dia buat, saya TETAP AKAN PERTAHANKAN CINTA saya, saya sayangkan dia.”
Dengan air mata yang bergenang, jelas menggambarkan betapa dirinya telah terperangkap dengan permainan “Cinta Beruk” ini.
Inilah yang saya khuatiri wahai pembaca sekalian. Tahap kekuatan dalaman remaja mahupun dewasa apabila menyerahkan diri kepada lelaki akan menjadi longlai. Anda akan mudah terjerat dan tidak lagi mampu untuk menguasai diri anda sendiri.
Dengan ketaksuban ini jugalah mampu mengakibatkan rasa sayang dan hormat anda kepada ibu bapa anda hilang begitu sahaja malah digantikan tempat mereka dengan teman lelaki anda yang barangkali baru beberapa hari dikenalinya.
Peristiwa kedua:
Peristiwa kedua ini berlaku apabila datangnya seorang ibu dalam lingkunan usia 50 tahun bertemu dengan saya untuk berkongsi masalah beliau. Wanita ini adalah peserta Program Perisai Buat Wanita yang mana saya kendalikan beberapa tahun lalu di Kedah. Dalam tangisan wanita ini menceritakan bahawa anak perempuan yang telah dijaga dan diberi ajaran agama yang mencukupi berubah serta merta hanya kerana seorang lelaki yang baru dikenalinya. Dia mula taksub cinta dan tidak mempedulikan ibu bapanya sendiri, Sehinggalah ibunya cuba berdialog dengan membuat satu ugutan biasa seorang ibu terhadap anak-anak;
“Kau nak ibu ayah kau mati, baru kau nak sedar nanti?”
Kebiasaannya, kata-kata seperti ini daripada ibu mampu memberi impak besar buat anak-anak untuk kembali sedar dan memohon maaf. Namun, apa yang diharapkan jauh menyimpang. Sebaliknya si anak ini sanggup melemparkan kata-kata pemusnah daripada seorang anak kepada seorang ibu ;
“Kau dua orang nak MAMPOS, MAMPOS LA!!”
Saya cukup memahami perasaan dan tangisan si ibu ini. Lantas saya hadiahkan dua cara yang mungkin si ibu ini boleh gunakan.
Gambar hiasan. Foto: Carian Internet
Sehinggalah beberapa tahun kemudian, si ibu ini mencari saya di salah satu Program Perisai Buat Wanita yang berlangsung di Selangor di bawah anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor. Apabila saya disapa, saya seakan teringat wajah si ibu ini,. Namun, kali ini lebih ceria. Lantas ibu ini terus bersuara…:
“Encik Airol, Alhamdulillah saya dah ikut cara Encik Airol yang kedua tu, saya dah kahwinkan mereka. Menantu saya bagus, anak saya yang garang lebih. Saya baru dapat cucu, Encik Airol.. Alhamdulillah, kami semua sepakat namakan cucu saya tu – Muhammad Airol Irwan Limin supaya cucu saya jadi macam Encik Airol.”
Jawab saya ringkas;
“Puan…Limin tu nama ayah saya.”
Sampai berjumpa lagi,
Airol Irwan Limin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampah ape ni tt oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah...
Kutip tacang je la
|
|
|
|
|
|
|
|
panjang nau artikelnyer...
tunggu dalam tren balik rumah ptg ni ler baru aku membacanyer yerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
komen sebelum kena katup |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham sebijik butir pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CARI-MAMS at 7-4-2017 04:52 PM
buat semua, mungkin belum tahu, kita ada segmen KOLUMNIS @ CARI skrg... kita ada beberapa org kolumnis/penulis tamu yang akan berkongsi pengalaman dan pendapat mereka. boleh baca semua artikel mereka di portal CARI atau di link ini---> https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=topic&topicid=16
harap berikan sokongan ya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MAMS replied at 7-4-2017 04:51 PM
buat semua, mungkin belum tahu, kita ada segmen KOLUMNIS @ CARI skrg... kita ada beberapa org kolumn ...
Berapa kerat forumer sajalah yang tertarik nak baca artikel panjang2 gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok apa..
aku suka baca yanf mcm ni dari yang gossip tah papw tu last last menyimpang dari tajuk..hHaha |
|
|
|
|
|
|
|
Muahahahaha dulu minatla ngan artikel berjela2.
Eh bosan nau ngan typo nih |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia selalunya akan hanya cepat belajar dari pengalaman hidupnya sendiri. Sekadar nasihat itu ini belum tentu nasihat itu ada diikuti walaupun nasihat tu datang dari ibubapanya sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Aii baca ending je
Hasanah sangatt |
|
|
|
|
|
|
|
Ni slot dari majalah mingguan wanita ke hape |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo..ok je baca artikel ni..
Tp cerita last tu, rezeki la makcik tu dpt menantu baik
Sbb awal cerita mcm jantan tu jht pengaruhi ank makcik tu hingga jadi lupa diri biadap derhaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi makcik taksub kt dia sampai bagi nama cucu nama penuh dia tu. Kelakar sgt part "limin tu ayah saya" terhibur pulak aku di malam hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
perenggan pertama pun dah bosan nak baca
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|