CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3236|Reply: 10

MEGADETH BAKAL GEGARKAN MALAYSIA PADA MEI 2017

[Copy link]
Post time 10-4-2017 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 10-4-2017 10:50 AM


Dianggotai empat figura terhebat yang telah mempopularkan genre muzik thrash metal, Megadeth akhirnya mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia.


Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara pada Khamis 4 Mei 2017, jam 8 malam. Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.

Dari temubual yang diadakan baru-baru ini, Dave Mustaine yang merupakan pengasas bersama dan juga ketua kumpulan Megadeth menyatakan bahawa mereka memang sangat teringin mengunjungi Kuala Lumpur apabila mereka mengadakan persembahan menjelajah Asia dan apabila mengetahui bahawa mereka dibenarkan untuk membawa jenama muzik thrash ke Malaysia maka ianya adalah sesuatu impian yang sememang dan sewajarnya tidak mungkin mereka akan lepaskan. Siri jelajah ini adalah besempenakan dengan kemunculan album terbaru mereka 'Dystopia' selepas tiga tahun sunyi tanpa album baru. Ini juga adalah merupakan album ke-15 dari kumpulan ini.

Sementara itu bebarapa pengkritik muzik rock dan peminat juga turut memuji album 'Dystopia' ini dan menyifatkannya sebagai hasil paling berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.


Kumpulan ini telah memenangi Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017 baru-baru ini. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu,Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernahdiraih band ini sejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit.


Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain daripada Dave Mustaine yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan berkenaan, kumpulan itu turut dianggotai David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren.


Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjual lebih 50 juta album di seluruh dunia,menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengan anugerah platinum untuk lima album berturut-turut.


Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysiaberharga RM428 (Deth Pitt Zone,berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiribebas), RM288 (CAT1,tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusiTicketCharge onlinedi www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603- 92228811.

Peminat Megadethjuga dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music,Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kauntermaklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Semua harga tiket adalah termasuk6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.


Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook,
@IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter,atau @IMEProductions di WeChat.

Press Release disediakan oleh : IME Production Malaysia

Diterbitkan oleh : isabel


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
habisla rosak rosak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah akan ada polemik nanti mcm salina gomez?

rasa x kot sbb lebai masa muda pun layan megadeath
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa nak belanja aku tiket, sila pm
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 12:37 PM | Show all posts
tiket wa suda beli...
miahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 01:02 PM | Show all posts
tiket on the way sampai!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2017 02:26 PM | Show all posts
headbangin' time (sambil libas rambut) !!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 03:14 PM | Show all posts
2 bilah pedang samurai kat poster tu tak melambangkan negara kita.
patutnya gambar tengkorak dan keris lebih nampak ketuatnan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 10:13 PM | Show all posts
seb baik tak minat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..my fav band.

Tp tgh berpantang...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 10:05 AM | Show all posts
latest info dpt dari organiser....

tix dah sold out...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062575 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list