CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7161|Reply: 42

[Tempatan] Ais Krim Magnum Classic Ada Bahan Khinzir Tidak Benar

[Copy link]
Post time 10-4-2017 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NormanJB at 10-4-2017 03:11 PM

ISU melibatkan status halal sesuatu makanan sering kali menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, tambahan pula apabila maklumat tersebut disebarkan tanpa menyelidik dahulu kesahihannya, dan kali ini adalah jenama ais krim Magnum.

Sejak beberapa hari lalu, tular di laman sosial mendakwa ais krim jenama Magnum yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pencuci mulut terkenal di India, Kwality Wall's dan diedarkan di Thailand mengandungi bahan dari sumber yang haram.

Berdasarkan gambar, Magnum perisa Classic yang tertera kod E471 didakwa mengandungi bahan campuran khinzir.

Kwality Wall's merupakan pengeluar utama dan pengedar produk makanan dan minuman sejuk beku seperti ais krim di beberapa buah negara termasuk India, Brunei, Bhutan, Nepal, Sri Lanka dan Malaysia.


Walau bagaimanapun, semakan di laman sosial mendapati status tersebut telah dimuat naik pada tahun 2014, dan pihak Magnum telah menafikan bahawa jenama keluaran mereka mengandungi khinzir.

“Dalam beberapa hari yang lepas, terdapat beberapa spekulasi yang tidak betul dan mengelirukan tersebar mendakwa bahawa ais krim Magnum menggunakan E471 diperoleh daripada lemak haiwan, dan oleh itu ia tidak vegetarian.

“Kami ingin menjelaskan bahawa ini adalah benar-benar tidak betul dan tanpa sebarang fakta asas. Ais krim Magnum menggunakan emulsifier (pengemulsi) standard yang diklasifikasikan sebagai E471 di bawah undang-undang Makanan India,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Di India, ais krim Magnum boleh didapati dalam empat perisa iaitu Classic, Truffles, Almond dan Brownie.
Bagi meredakan kebimbangan dalam kalangan pengguna Islam khususnya di Malaysia, MD turut menghubungi Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan pengesahan.

Jurucakap Bahagian Hab Halal berkata, pihaknya sedia maklum mengenai penyebaran maklumat palsu tersebut yang telah tular semula.

Jelasnya, ais krim Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT) dan ia iktiraf oleh JAKIM.
“Pihak JAKIM telah membuat pengesahan mengenai perkara itu sebelum ini (tidak mengandungi sumber haram). Orang ramai disarankan membeli produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan dan Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM,” katanya, hari ini.

Sementara JAKIM sebelum ini pernah menjelaskan mengenai kekeliruan melibat Kod E, yang sering dikaitkan mengandungi bahan terlarang dan paling kerap disalahertikan ialah E471.
Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha, Kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu diguna pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan, lapor Bernama.
E471 pula merupakan sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida, yang mana sumbernya ialah lemak sintetik yang terhasil daripada gliserol dan asid lemak semula jadi terutamanya dalam tumbuhan contohnya minyak kelapa sawit atau lemak haiwan.

Untuk sebarang pertanyaan atau semakan sijil Halal, orang ramai boleh melayari laman sesawang JAKIM.
Sumber - MD


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 03:12 PM | Show all posts
i like khinzir, nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 03:23 PM | Show all posts
Changa replied at 10-4-2017 03:12 PM
i like khinzir, nyum nyum nyum

sebab khinzir mak lu. anak mesti like mak dia.





Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 03:52 PM | Show all posts
Magnum perisa red velvet sedap ke? Siapa dah rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 03:55 PM | Show all posts
kebanjiran makanan made in thailand...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
meliurlah klo GI luo ngra,nk mkn aiskrm,aiskrim ada babi  Sekiranya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2017 04:33 PM | Show all posts
Changa replied at 10-4-2017 03:12 PM
i like khinzir, nyum nyum nyum

Sis pernah rasa ke? Teringin nak tau macam mana rasa bacon, nampak macam garing je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bacon sedap lah. Akak biasa layan bacon pabila dapat % drpd contractor.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 06:25 PM | Show all posts
yang tukang sebar pon sama cm khinzir
main sondol je sebar2
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 10-4-2017 03:52 PM
Magnum perisa red velvet sedap ke? Siapa dah rasa?

Baru makan td too sweet..sekali makan cukup..tu pn payah nk habiskn..sbb dh beli mahal kne gk habiskan..itu tekak i laa org lain x tau lee..i prefer lg ice cream walls yg baru yg ada biskut tu..walaupn biskut tu x rupe biskut dh   
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok lah ni...bila seluruh dunia aman damai...muslim2 yg gila babi ni pasti akan cari suatu pasal utk kecoh....

typical ketuanan melayu islam
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:34 PM | Show all posts
magnum ni thailand ya? ingat america..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tak penat ke muslim2 ke hulu ke hilir fobia babi dan hidup dlm dunia sendiri?

i am soo soooo glad not a muslim
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:42 PM | Show all posts
pulauturtle replied at 10-4-2017 06:35 PM
tak penat ke muslim2 ke hulu ke hilir fobia babi dan hidup dlm dunia sendiri?

i am soo soooo glad ...

tak penat pun, malah makin lama makin meluat tengok org makan babi pangai cambabi.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:44 PM | Show all posts
Edited by pulauturtle at 10-4-2017 06:45 PM
cucuksanasini replied at 10-4-2017 06:42 PM
tak penat pun, malah makin lama makin meluat tengok org makan babi pangai cambabi.

U org ada ramai yg curi2 makan babi sebijik mcm babi tautt

Kami makan babi secara terbuka dan sellau makan pasal tau babi bukan species sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:48 PM | Show all posts
pulauturtle replied at 10-4-2017 06:44 PM
U org ada ramai yg curi2 makan babi sebijik mcm babi tau

kita org islam tarak makan babi sebab babi manyak kotor punya binatang. lu tahu kenapa anak babi benci babi??
sebab mak dia babi.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 06:52 PM | Show all posts
cucuksanasini replied at 10-4-2017 06:48 PM
kita org islam tarak makan babi sebab babi manyak kotor punya binatang. lu tahu kenapa anak babi b ...

U takut makan nenek moyang ko sampai pupus ke?

Takkan babi hilang dari dunia ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang apa xhabis isu babi emulsifier E471 ni ke? Gi mampos je lah kau org
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:58 PM | Show all posts
rayray28 replied at 10-4-2017 10:28 AM
Baru makan td too sweet..sekali makan cukup..tu pn payah nk habiskn..sbb dh beli mahal kne gk habi ...

I dah rasa. I terus beli tadi. Lidah kita sama. Betul too sweet. Itu kali pertama dan terakhir yang I akan beli magnum red velvet. Cuma yang ice cream sandwich walls tu takda tadi. I cari juga. Esok I nak cari beli.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi je haram...fitnah tak haram kesian magnum kena fitnah..siapa yg suka sebar fitnah mohon terjun bangunan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.267608 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list