CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4385|Reply: 8

Kerana Pandai Cakap Jepun, Nenek Ini Selamatkan Banyak Nyawa Daripada Dibunuh, D

[Copy link]
Post time 11-4-2017 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NormanJB at 11-4-2017 02:33 PM

Kerana petah berbahasa Jepun, wanita berbangsa Cina dari Johor Bahru ini berjaya menyelamatkan puluhan nyawa rakyat Tanah Melayu daripada jadi mangsa rogol dan bunuh tentera Jepun ketika negara dijajah suatu masa dahulu.

Menceritakan kisah sewaktu Perang Dunia ke-2 itu, Yap Chwee Lan yang kini berusia 90 tahun menjelaskan, beliau cuma berusia 15 tahun sewaktu Jepun mula menjajah Malaya.

"Setiap malam, kira-kira tujuh atau lapan kanak-kanak perempuan dari kawasan kejiranan akan datang untuk tidur di rumah saya kerana mereka fikir lebih selamat di sana," kata Chwee Lan dipetik portal R.AGE.

"Mereka tahu saya boleh bercakap bahasa Jepun," ujarnya sambil menambah mempelajari bahasa berkenaan ketika bekerja sebagai pembantu pendandan rambut warganegara Jepun di Johor.

Hampir setiap malam tentera Jepun akan mengetuk setiap pintu rumah dan mencari anak gadis untuk dijadikan mangsa rogol, ceritanya.
"Kenapa kamu nak perempuan? Kamu nak pembantu rumah?" kata Chwee Lee dalam bahasa Jepun kepada askar berkenaan.

Askar penjajah itu nyata terkejut dengan kepetahannya bertutur bahasa Jepun dan berlalu daripada kediamannya.

Kata wanita berkenaan, bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berusia tujuh tahun memaksa dirinya bekerja dan berkhidmat bersama majikan dari Jepun itu sewaktu berumur 13 tahun tetapi bernasib baik diberi layanan yang baik oleh keluarga berkenaan.

Tambahnya, kerana usia muda, beliau cepat menangkap cara pertuturan bahasa Jepun yang akhirnya memberi kelebihan kepadanya dikala negara dijajah bangsa berkenaan.

Yap Chwee Lan menceritakan kenangan bertemu Jeneral Jepun di sebuah Tokong tempat beliau dan 50 pelarian lain mendapatkan perlindungan

Chwee Lan pada umur 15 tahun berkahwin dengan Chiew Seng Leung dan menetap di Kedai Dobi Shanghai di Johor Bahru, kendalian suaminya itu.

Ujarnya, dua puluh hari selepas melangsungkan perkahwinan, tentera Jepun mula mengebom Singapura dan hampir setiap hari beliau akan melihat kapal terbang tentera Jepun melintasi udara kampung halamannya untuk menyerang negara jiran.

Chwee Lan serta seluruh ahli keluarganya turut diarahkan untuk meninggalkan kediamannya dan berjalan kaki ke Tampoi untuk mendapatkan perlindungan di salah sebuah kuil di sana.

"Kami mengemas pakaian dan makanan dan meletakkannya diatas basikal suami saya. Ketika kam berjalan kaki ke Tampoi, kami ditahan oleh seorang askar yang ingin merampas basikal kami. Saya katakan dalam bahasa Jepun bahawa ianya basikal kami dan mereka melepaskan kami," cerita beliau.

Kepetahan Chwee Lee bertutur bahasa Jepun akhirnya disaksikan sendiri oleh salah seorang Jeneral Jepun yang melawat kuil dimana beliau dan 50 pelarian lain medapatkan perlindungan.

Jeneral tersebut kemudiannya menawarkan Chwee Lee pekerjaan sebagai pegawai perhubungan tentera Jepun di Singapura setelah seluruh pulau berkenaan dijajah.

Keadaan Singapura selepas diserang tentera Jepun

Beliau ditugaskan untuk menjadi perantara tentera Jepun dengan warga Singapura namun mendapati rakyat Singapura yang dihubunginya kemudiannya dibunuh penjajah.

"Terdapat banyak bendera hitam berkibar di jalanan. Bermaksud semua orang diarahkan untuk tinggal di rumah kerana tentera Jepun akan menahan sesiapa sahaja yang mereka jumpa".

Mereka yang ditangkap katanya akan dihantar ke sebuah rumah di Jalan Abdul Samad yang kini dipanggil Maktab Sultan Abu Bakar sebelum dibawa ke Dataran Bandaraya, Johor Bahru untuk dihukum.

Maktab Sultan Abu Bakar dahulunya menempatkan tahanan perang Jepun sebelum dikenakan hukuman

"Apabila saya tiba dirumah berkernaan, orang ramai melutut ditanah, tangan mereka diikat dibelakang dengan wayar yang tebal dan tentera Jepun menghalakan bayonet ke arah mereka".

Chwee Lee berkata kepada tentera berkenaan bahawa beliau mengenali rata-rata tahanan berkenaan namun terlepas pandang salah anak lelaki rakan ibunya yang akhirnya dibunuh tentera berkenaan.

"Saya tidak nampak dia di sana. Saya sangat kecewa bila mengetahuinya. Ibunya menangis di jalanan," katanya menceritakan detik hitam berkenaan menyaksikan tahanan tersebut diarahkan untuk menggali lubang ditengah-tengah padang sebelum diarahkan untuk duduk di sebelah lubang berkenaan.

Katanya lagi, tentera Jepun kemudiannya menembak kesemua tahanan menggunakan mesingan dan mayat mereka jatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri.

Tambahnya lagi, ada diantara mangsa masih hidup dan cedera parah akibat ditembak namun mereka tetap dihumban ke dalam lubang berkenaan dan ditanam hidup-hidup bersama mayat-mayat lain.

Kisah silam itu masih menghantui Chwee Lee sehingga ke hari ini.

Beliau yang sudah mempunyai cucu dan masih menetap di Johor masih tidak boleh melupakan kisah tersebut setiap kali melalui kawasan-kawasan sejarah hitam berkenaan.

Sumber - MD


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 02:51 PM | Show all posts
bila baca kejahatan2 jepun ni.. rse mcm sayu sgt hati.. hdup di zaman yg serba ketakutan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa jepun dulu jahat sangat.. sekarang punyalah sopan santun..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baya2 nenek aku ni..biasanya yg umur dah lanjut mcm ni, bnyk bnda yg dorang dh lupa, tp benda2 yg lama berpuluh tahun dulu, dorang tetap akan ingat.
Sama mcm nenek aku..kdg2  dia akan  bercerita mcm mana susahnya hidup zaman pemerintahan jepun dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 12:47 AM | Show all posts
atok aku sebelom dia ninggal tahun ni, dia suka cerita pasal tentera jepun selalu pukul dorg dan paksa buat kerja2 buruh, buat trek landasan kereta api.. mcm2 lg la dia crita..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
arwah mak tc pun pernh cerita pasal kesengsaraan hidup dizaman penaklukkn jepun.
ada ank yg meninggal masa dikebumikn berkafankn upeh pinang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
arwah mak tc pun pernh cerita pasal kesengsaraan hidup dizaman penaklukkn jepun.
ada ank yg meninggal masa dikebumikn berkafankn upeh pinang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 12:59 PM | Show all posts
Sudah ramai generasi perang dunia 11 yang telah meninggal.
Bila baca sejarah di zaman itu memang terasa sangat sengsara.
Tak dapat nak digambarkan dengan keadaan sekarang yang serba canggih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2017 07:29 AM | Show all posts
umbut replied at 11-4-2017 03:18 PM
Kenapa jepun dulu jahat sangat.. sekarang punyalah sopan santun..

tak semua askar jepon berasal dari jepon,
ada dari korea, mongolia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.127094 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list