CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 19

[Tempatan] Kasihan kat makcik pakcik di kampung tok junuh beli air dapat angin!

[Copy link]
Post time 11-4-2017 04:16 PM | Show all posts |Read mode




Penduduk berkumpul pada sidang media untuk memaklumkan masalah bekalan air yang dihadapi mereka sejak 2015. Gambar kecil:Keadaan lantai bilik air rumah Maizan yang berkarat akibat menggunakan air kesihatan yang keruh sejak beberapa tahun lalu selepas bekalan air bersih tidak lagi diterima mereka
SEJAK penghujung 2015, penduduk sekitar Kampung Tok Junoh berdekatan Mukim Kolam dekat sini, mendakwa hanya menerima bil ‘angin’ berikutan paip air yang ada di kediaman mereka hanya mengeluarkan angin sahaja, bukan lagi air.

Mereka yang ditawarkan kemudahan air paip pada 2014 itu hanya sempat menikmati kemudahan air bersih itu tidak sampai setahun apabila beberapa bulan selepas itu bekalan air bersih tidak lagi diterima mereka.

Seorang penduduk, Maizan Daud, 53, berkata, dia sudah penat membuat aduan kepada pihak berkenaan, namun pelbagai alasan diterima sejak 2015.

Menurutnya, pada mulanya dia membuat laporan kepada pejabat di Bachok, namun pihak Bachok mengatakan ia di bawah seliaan pejabat Chicha, Kota Bharu.

“Bila saya telefon ke pejabat di Chicha, Kota Bharu mereka tolak aduan ke pejabat Pasir Puteh pula. Bila saya telefon ke Pasir Puteh, mereka kata kampung kami di bawah seliaan pejabat Chicha. Begitulah aduan kami asyik ditolak ke sana ke mari tanpa ada penyelesaian sehingga hari ini.

“Operator yang saya hubungi pernah mencabar saya untuk telefon sendiri orang atasan mereka. Alasan terakhir yang mereka berikan kepada saya ialah mereka tak ada duit untuk baiki paip di kawasan ini. Takkanlah paip yang baru kami dapat tahun 2014 dah rosak dengan cepat.

“Mereka boleh salurkan air dengan banyak di kawasan Kok Lanas sehingga paip pecah melimpah, namun kami di kawasan ini pula terpaksa teguk air kesihatan yang keruh setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Maizan berkata, sekiranya pihak berkenaan tidak dapat menyediakan bekalan air bersih, mereka tidak sepatutnya menawarkannya sehingga menyebabkan penduduk dikenakan caj tanpa air seperti itu.

Katanya, sebelum ini, mereka hanya bergantung kepada sumber air kesihatan, namun tahap kebersihannya tidak menentu.

“Air kesihatan lazimnya keruh manakala air boring atau perigi yang digali pula berbau dan berminyak," katanya.

Menurutnya, mereka terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan air bersih termasuk membayar bil air yang tiada air, bil air kesihatan, bil untuk membeli air minuman di mesin, bil elektrik untuk enjin air, bil mendobi pakaian dan sebagainya.

"Bil air kesihatan ni RM5 sebulan," katanya.

Akibat daripada masalah tersebut, setiap minggu Maizan perlu pulang ke rumah keluarganya ke Kota Bharu atau ke kedai dobi untuk membasuh pakaian.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...n-air-1.657467


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 04:20 PM | Show all posts
air kesihatan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:25 PM | Show all posts
Gambar tu kenapa dikaburkan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:28 PM | Show all posts
air kesihatan tu apa???
Tapi kan, apsal diorg bergambar ni muka ceria sgt? Hahaha mcm menang hadiah apa lak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:31 PM | Show all posts
Air kesihatan tu air apa? Air boring... byk istilah baru berkaitan air.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:32 PM | Show all posts

air kesihatan tu apa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2017 04:32 PM | Show all posts
mana2 tmpt kt kg. air mmg berkarat
sama kt tmpt aku,

paip zmn british lagi

last2, smua bli water filter

selesai masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tiap2 tahun keluar berita pasal air kat kelantan...takkan tak buat kerja kot...takde plan perancangan jangka panjang ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
air kesihatan tu aku rasa air yg kat vending mach yg selalu org bawak bekas sendiri utk beli air bertapis, yg ada muka chef wan tersengih pd mach tu. aku lupa plak menatang apa nama benda alah tu
yg bil air minuman di mesin tu plak beli air mineral dlm botol or air tin kat vending machine
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:44 PM | Show all posts
Air kesihatan tu first time dengar.
Air boring tu macam air telaga tp guna pam, masuk tangki kat rumah.
Telaga moden la kiranya kot.
Pernah tgk kat rumah mak angkat kat kelate.
Air still mentah tak terawat la kot.
Tapi tak taw kot ada filter sebelum masuk tangki.
Was2 nak guna
Tapi diorang dh biasa, dan aman2 je sihat walafiat
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:56 PM | Show all posts
Mmg ramai tu je sekampung?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:57 PM | Show all posts
Memang. Acik-acik kampung ni mmg soft target pun. Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 05:27 PM | Show all posts
Star_el replied at 11-4-2017 04:28 PM
air kesihatan tu apa???
Tapi kan, apsal diorg bergambar ni muka ceria sgt? Hahaha mcm menang hadiah ...

tu lah pasal
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 05:29 PM | Show all posts
muka ceria pasal guna air kesihatan la tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
iusedtolikeyou replied at 11-4-2017 04:44 PM
Air kesihatan tu first time dengar.
Air boring tu macam air telaga tp guna pam, masuk tangki kat ru ...

aah air boring tu telaga tp di pam..kiranya gerudi dlm tanah...tp tengok jgk laa kalau betul2 dlm kampung jernih mcm biasa..rumah makcik kat kelantan air boring (eja boring mcm boring bosan plak taktau nak eja mcm mana) tp pernah pegi kenduri utara kedah mmg rumah dia pun air boring tp keruhnyaaa..dia ckp kdg basuh baju putih jd kuning baju tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 05:28 AM | Show all posts
cekelatkopi replied at 11-4-2017 05:33 PM
aah air boring tu telaga tp di pam..kiranya gerudi dlm tanah...tp tengok jgk laa kalau betul2 dlm  ...

bore
boring
lubang
gali lubang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg simpati dengan apa yg dilalui.

Pernah melawat member eksiden kat kelantan. Family dorang hidang teh o panas. Tapi rupa mcm teh o yg diletak susu cair. Aku x nak minum. Lepas kena tegur dgn kawan yg lain, sebagai menghormati tuan rumah, minum jugak sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 08:04 AM | Show all posts
drivethru replied at 12-4-2017 06:49 AM
Mmg simpati dengan apa yg dilalui.

Pernah melawat member eksiden kat kelantan. Family dorang hida ...

eeee...minum jugakkkk
adoiiiii...
takut nya gi tmpt mcam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 12:36 PM | Show all posts
muke happy masuk suratkhabar, sorg2 muka xde monyok mcm ditimpa maslaah air pun

“Air kesihatan lazimnya keruh manakala air boring atau perigi yang digali pula berbau dan berminyak," katanya.


ak penah duk rmh yg area situ air berbau dan minyak2. katanya sumber air situ dekat paya ape ntah yg mmg penduduk situ dah maklum.. x sanggup la nak minum air mcm tu, basuh baju habis lekat myk2 dan rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:46 PM | Show all posts
air kesihatan tu kalau kat kampung iols di salurkan dari sungai.. iols x tau la di tapis camne.. tp kalau hujan mmg dapat air teh susu la.. karats.. orang kampung yg selenggara sendiri sumber air ni.. ada paip bagai juga lah.. mcm air dr jbtn air tu..

kampung iols kat jerantut pahang.. air dari jbtn air tu selang sehari baru ada.. itu pun kalau ada.. kalau x smpai seminggu xde.. harapkan air kesihatan ni la.. itu pun kalau tak ramai guna atau paip x pecah barulah air kesihatan ni smpai kt rumah iols.. hazab kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.072529 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list