View: 13553|Reply: 170
|
[Tempatan]
Trend rakyat Malaysia memakai jam kalori
[Copy link]
|
|
PANTAU jumlah kalori dan degupan jantung pada bila-bila masa tanpa mengira tempat berpandukan ‘jam kalori’ yang memberikan kemudahan kepada si pemakainya.
Seiring dengan peredaran masa, jam kalori yang boleh memantau tahap kalori merupakan penghasilan terkini di negara ini.
Jam kalori menjadi trend semasa seiring dengan kesedaran rakyat Malaysia mengenai tahap kesihatan serta mereka yang melakukan aktiviti-aktiviti senaman dan kecergasan.
Jam kalori yang merupakan produk tahan lasak dan berkualiti, boleh dipakai semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina.
Jam kalori mesra pengguna
Suri rumah, Adibah Musimin berkata, jam tangan kalori banyak membantunya dalam aspek pengiraan kalori harian, jumlah langkah dan kiraan denyutan nadi.
"Jam ini boleh digunakan seperti jam tangan biasa kerana terdapat penunjuk masa berbentuk digital. Antara kemudahan lain adalah seperti alarm dan lampu.
"Saya meminati rekaan jam ini yang cantik dan mesra pengguna. Saya tahu mengenai jam kalori ini melalui Facebook," katanya.
Adibah berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli jam tangan kalori kerana harganya murah dan mempunyai pelbagai manfaat.
"Saya membuat kajian untuk beberapa jam tangan jenama lain yang lebih mahal, tetapi ciri-ciri yang hampir sama dengan jam tangan yang saya beli ini. Saya berpuas hati dengan pembelian jam kalori ini," katanya.
Menurutnya, pertama kali memiliki jam tangan tersebut, dia berasa berbaloi dan memberikan kepuasan kepadanya.
"Berapa banyak jam yang dimiliki tidak penting, tetapi kepuasan pengguna itu lebih utama," katanya.
Bagi pelajar, Wan Muhammad Shazmee Wan Aziz pula, dia mengenali jam kalori sewaktu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan membelinya pada lima bulan lalu.
“Saya melihat jam kalori di media sosial dan menarik perhatian saya. Jam ini mempunyai pelbagai fungsi kerana dapat membaca tekanan darah, mengira kalori dan jarak dalam kilometer.
“Mempunyai pelbagai fungsi dengan harga RM130, ia sangat berbaloi. Rekaannya yang menarik juga menambah nilai jam kalori ini,” ujarnya.
Menurutnya, dia mempunyai jam kalori model 1180 3D Pedometer.
Jual 100 unit sebulan
Bagi pengusaha Movalt Shop, Muhammad Amirul Imani Mohd Shohaimi berkata, penggunaan jam pintar tersebut sangat mudah kerana hanya perlu memasukkan berat dan jarak langkah dalam kiraan kilometer.
“Jam kalori ini berfungsi seperti jam biasa tetapi mempunyai pelbagai fungsi, antaranya membantu mengira jumlah kalori terbakar, kiraan kadar degupan jantung, jumlah jarak perjalanan dan jumlah langkah.
“Malahan, jam kalori ini berteknologi tinggi serta dapat membaca data dengan tepat dan mudah. Ia dilengkapi material berkualiti tinggi, boleh menyimpan data aktiviti selama 50 hari serta selesa dipakai,” katanya.
Muhammad Amirul berkata, menariknya jam kalori ini, ia sesuai digunakan bagi semua aktiviti senaman, sukan serta kalis air.
Katanya, untuk memeriksa degupan jantung, hanya perlu meletakkan jari sahaja, secara automatik ia akan mengira setiap pergerakan langkah kita.
“Saya menjalankan perniagaan jam kalori sejak setahun lalu dan menerima sambutan yang memberangsangkan. Saya menerima tempahan 100 unit jam kalori sebulan dan memasarkannya di seluruh Malaysia.
“Saya menjual empat jenis model jam kalori iaitu Skmei Sport Smart Watch, Skmei Pedometer 3D II, Skmei Pedometer 3D dan Skmei Compass Watch.
“Harga yang ditawarkan mampu milik iaitu hanya RM130 sahaja termasuk pos,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa meleise katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai jam kira kalori pun tak guna juga. Aku tgk ramai saja badak2 kat Msia ni. Melantak mcm setahun tak jumpa makanan. Mau tak badan mcm badak. Bontot sedepa. Naik plane abis bontot dia saja dah amik ruang seat kita. Patutnya org gemuk ni di wajibkan amik 2 seat klu naik plane, psl bontot derang dah curi ruang seat sebelah. Get fit or take 2 seats kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 12-4-2017 06:36 PM
Pakai jam kira kalori pun tak guna juga. Aku tgk ramai saja badak2 kat Msia ni. Melantak mcm setahun ...
Kan dik peter, nyampah tau. Kadang tu akak beli je seat business class semata2 tak mahu duduk sebelah orang gemuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Huntunglah, dpt naik bisness class jauh dr orang gemok. Kami yg kat ekonomi class ni bersesak dgn badak sumbu
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.. tu belum lg dgn bau badan kepam
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Yg jenis bau badan kepam ni, cuba suruh cium ketiak sendiri dulu wangi ke idak. Apasal malas mandi smp bau hapak. Tengik sgt smp aku kena sapu minyak kapak kat hidung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perasan gak aritu nampak acik2 kepam pakai jam ni..macam trend pulak..segeng pki jam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan geng acik gemuk kepam pakai jam ni.. xde maknanya |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai jam kalori tpi dok tersontot depan tv. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm, ni edisi promot ke. org dh lama dh pakai, mcm sunto, |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 12-4-2017 08:42 PM
Pakai jam kalori tpi dok tersontot depan tv.
Sontot apa dol? |
|
|
|
|
|
|
|
Haha kejamnya komen masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
wajevo replied at 12-4-2017 09:08 PM
Sontot apa dol?
Samada maksud dia terkentot atau terentot |
|
|
|
|
|
|
|
jam skmei tu 30 hengget bleh dpt, mahainya dia juai |
|
|
|
|
|
|
|
Masa makan dan minum teh tarik ada kira kalori tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Budak zaman sekarang suka pakai jam gedabak. Tak paham aku |
|
|
|
|
|
|
|
bila mkn free x kira kalori
ambil sgalanya smpai x larat nk telan...
mcm esok x mkn dahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-4-2017 08:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Korang ni melemahkan semangat orang ja |
|
|
|
|
|
|
| |
|