View: 3139|Reply: 28
|
[Tempatan]
Genting Highland: Tandas hotel meletup!
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x571. |
Mangsa yang cedera sedang dirawat. IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Bentong: Lelaki cedera di muka selepas berlaku letupan kecil ketika dia menyalakan api rokok dalam tandas hotel di Genting Highlands, hari ini.
Mangsa berusia dalam lingkungan 40-an yang juga kakitangan hotel itu dihantar ke Hospital Selayang, Selangor untuk menerima rawatan, dalam kejadian kira-kira 11 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Penguasa Kanan Bomba, Yusri Abdullah Sani, berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 11.09 pagi.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati ada kesan letupan dan sedikit kebakaran.
"Ketika kita sampai, mangsa sudah dibawa ke hospital dan kami difahamkan tandas yang terletak di tingkat bawah itu hanya untuk kegunaan kakitangan hotel.
“Namun, ketika kejadian, tandas itu tidak digunakan kerana kerja penyelenggaraan sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi, di sini.
Difahamkan, mangsa masuk ke dalam tandas itu untuk menghisap rokok dan sebaik api dinyalakan, berlaku letupan kecil sehingga mencederakan mangsa.
"Kita tidak menolak kemungkinan letupan itu berlaku hasil tindak balas api dan gas yang terdapat dalam tangki septik di tandas itu.
"Unit forensik bomba dari Kuantan sedang melakukan siasatan di tempat kejadian bagi mengenal pasti punca," katanya.
Yusri berkata, letupan itu menyebabkan kerosakan di dinding, siling dan kawasan dalam radius lima meter dari tandas itu.
http://www.hmetro.com.my/node/220933
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow.tahik.pun boleh.keluar gas? Ni.musti najis byk makan benda2 bergas spt telor ayam rebus, biji cempedak, minuman.bergas ataupun tgh sakit perut cire bire.
So para perokok.hati2 bila merokok sambil melepas krn kentutan anda sbil merokok mgkin kentotan terakhir anda |
|
|
|
|
|
|
|
adoi haha komen kau buat aku gelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik takde najis meletup bersepai |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe sbb berak xflush & gas taik byk lalu meletup |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cashkan boleh tak? Merokok dlm tandas lagi padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 12-4-2017 09:34 PM
Wow.tahik.pun boleh.keluar gas? Ni.musti najis byk makan benda2 bergas spt telor ayam rebus, biji ce ...
Boya ni Lucu lah. Ada bf dah? |
|
|
|
|
|
|
|
Btulla kata org..merokok tu membunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
moga dgn kejadian malang ini menjadi titik tolak utk acik berhenti merokok |
|
|
|
|
|
|
|
Ke gas daripada water heater sebab old skool toilet ada yg pakai gas.....pernah baca blog ada Malaysia kat Indon hotel masa kat bromo terpengsan sekejab sebab heater tu salah setting. |
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 12-4-2017 09:34 PM
Wow.tahik.pun boleh.keluar gas? Ni.musti najis byk makan benda2 bergas spt telor ayam rebus, biji ce ...
Aduhai boya.
|
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 12-4-2017 09:34 PM
Wow.tahik.pun boleh.keluar gas? Ni.musti najis byk makan benda2 bergas spt telor ayam rebus, biji ce ...
Wujud ghopenya perkataan kentutan |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 12-4-2017 10:42 PM
Btulla kata org..merokok tu membunuh..
Yes literally |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 12-4-2017 10:36 PM
Nak cashkan boleh tak? Merokok dlm tandas lagi padan muka
Cash on delivery jah sister
Mak harap mangsa insof. Katakan tak kpd rokok |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 12-4-2017 09:23 PM
Mangsa yang cedera sedang dirawat. IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Dr atas tu naknke hosp selayang, camne la agaknya, jln bukan nya lurus je. Pacaroba betul |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita tidak menolak kemungkinan letupan itu berlaku hasil tindak balas api dan gas yang terdapat dalam tangki septik di tandas itu.
kedudukan tangki septik dlm tandas tu ke..mmg lah bahaya. awas juga mereka2 yg extend dapur rumah sampai tangki septik duk bawah dapur ye..najis dh terkumpul bpa tahun x disedut mcm2 gas keluar. benda boleh jadi jugak kt korg |
|
|
|
|
|
|
|
aduh komen ko ni tergelak sakan aku |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa.... Semoga menjadi pengajaran kepada orang lain. Tandas tempat buang air. Bukannya tempat hisap rokok... |
|
|
|
|
|
|
|
najis byk sgt minum alkohol kot.. bile x flush.. udara tersejat dan bertukar jadi gas yang senang explode bile ade punca api... hahah teori science lah sgt..
tp toilet ni... under maintenance kan.. soo curios.. ade najis yg jadi punca gas yg boleh explode tu..
aku rasa betul la... ade org tumpang kentut kat citu... then dia blah... soo gas gas tu terperangkap... then mamat ni masuk dan nyala lighter .. terus kebabom...
jadi betullah AMARAN tu ... ROKOK membunuh ! |
|
|
|
|
|
|
| |
|