CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8036|Reply: 8

Baru Tahu Kenapa Ada Poket Kecil Pada Seluar Dalam Wanita

[Copy link]
Post time 14-4-2017 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jiwarasa at 14-4-2017 03:17 PM

Banyak perkara di dunia ini yang sudah kita anggap biasa, namun apabila ditanya fungsinya, sepatah kata pun tak boleh nak bagi penjelasannya. Contohnya seperti, kenapa batang lolipop ada lubang? Atau kenapa di bahagian atas tengah topi ada bola kecil?

Topi dengan bola di bahagian atas

Topi jenis ini bukan sekadar membuat anda kelihatan comel. Sejarah topi ini biasanya dipakai pelayar Perancis di abad-18, pelayar sengaja meletakkan bola kecil di atas topi untuk melindungi kepala mereka. Biasanya dahulu siling kapal memang sangat rendah, dan kepala pelayar perlu dilindungi. Apabila kapal digoncang ombak, bola topi yang terkena siling kapal ini boleh membuat pelayar berjalan lebih stabil.

Poket kecil pada seluar dalam wanita

Lelaki pasti tertanya-tertanya, kadang-kadang anda akan menemui lapisan kain lebih pada bahagian tengah seluar dalam perempuan yang membentuk seperti poket kecil. Lapisan kain ini dijahit pada bahagian hujungnya saja, sedangkan bahagian hujung atas dan bawah tidak dijahit. Pelik bukan? Ramai wanita meneka mungkin lapisan ini sengaja dibuat untuk menyembunyikan sesuatu, tapi kenyataannya, jahitan ini dibuat demi kesihatan Miss V anda. Menurut kajian, bila hujung atas dan bawah kain ada lebih jahitan, garis benang tersebut dapat bergesel dengan Miss V dan menghalang aliran udara.


Lubang kecil pada telefon pintar
Kadang-kadang, anda akan tertanya-tanya apa lubang kecil di antara kamera dan lampu Flash di bahagian belakang telefon pintar. Pernah terfikir apa fungsi lubang tersebut? Lubang tersebut adalah mikrofon! Mikrofon ini berguna semasa anda mahu merakam suara atau video, agar suara yang tertangkap terdengar lebih jelas.


Lubang kecil pada batang plastik gula-gula lolipop
Bila dah hisap lolipop sampai habis, pasti akan nampak lubang kecil pada bahagian hujung batangnya. Lubang tersebutlah yang membuat gula-gula melekat pada batangnya. Ketika proses pembuatan, lelehan gula-gula pasti akan masuk ke dalam lubang kecil tersebut, dan bila mengeras, gula-gula bahagian dalam batang ini menstabilkan kesemua bahagian gula-gula.


Angka misteri pada botol sos tomato
Heinz merupakan salah satu jenama sos tomato yang cukup diminati masyarakat dunia. Jika diperhatikan, di bahagian tepi botol pasti ada angka “57”. Angka tersebut bukan sembarang angka. Pada masa sos tomato hampir habis, biasanya sos di dasar botol akan sangat sukar dikeluarkan. Jika anda berada di dalam situasi ini, apa yang akan anda lakukan? Ramai orang biasanya akan meletakkan mulut botol ke arah bawah dan menepuk dasar botol dari atas, benar bukan? Tapi cara seperti itu salah.

Jika mahu mengeluarkan sos dari dasar botol, caranya anda perlu sengetkan botol sos tersebut 45 darjah, lalu tepuklah bahagian yang bertuliskan angka “57”.

Soalannya, kenapa mesti 57? Dulu, kilang mengklasifikasikan produk mereka dalam 57 jenis, dan sejak itu angka 57 menjadi angka bertuah bagi Heinz.


Kedutan pada seluar jeans
Kenapa seluar jeans direka agak mengecut di bahagian paha?

Ketika mereka ingin menghantar seluar jeans ke pelbagai pelusuk dunia ketika abad 19, seluar jeans tersebut akan dilipat sekecil mungkin, agar jumlah penghantaran dapat dimaksimumkan. Kerana terlipat dalam jangka waktu lama, jeans yang sudah sampai ke tempat tujuan pun menjadi sangat kusut dan mengecut. Namun, kedutan seperti itu malah menjadi trend pula pada seluar jeans sehingga kini.


Tanda “12M” pada produk make-up

Jika diperhatikan di setiap produk make-up biasanya akan ada gambar berbentuk tiub dengan tutup terbuka dengan tulisan “12M”. Ini sebenarnya merupakan tanda bahawa setelah bila produk dibuka, hanya boleh bertahan selama 12 bulan (M = Month = Bulan).


Rekaan “hidung babi” di beg galas masa kini

Kerap melihat beg galas seperti ini? Jangan fikir bukan-bukan, rekaan tersebut mempunyai fungsi tersendiri.

Lubang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai perkara, seperti mengantung kasut contohnya. Unik bukan? Tidak disangka benda yang selalu kita abaikan ini mempunyai fungsi yang kita tak sedar.



Untuk lebih jelas tonton video ini:




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 03:44 PM | Show all posts
akak simpan duit dekat kocek tu.. tak sangka rupanya tempat kedap udara
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 04:43 PM | Show all posts
Sedapnya tomato ketchup tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertarik ngn batang lolipop tu..aku ingt utk main tiup2 bila dh abis mkn lolipop
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 12:57 PM | Show all posts
owh gtu ke... yg pasal mekap tu tau lah 12 month,lain2 baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 02:20 PM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2017 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa spender aku takde poket mcm tu?haha kena beli spender baru ke cmne ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 03:18 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-4-2017 03:44 PM
akak simpan duit dekat kocek tu.. tak sangka rupanya tempat kedap udara

hahahaha...nk guna kena seluk tangan plak laaaa....sesuatu sngt akak nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 04:00 PM | Show all posts
BOLEH LA CUBA NANTI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 1.040023 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list